Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Inilah Cerita Sebenar Proton X50 Tak Sempat Hantar Sudah ‘Total Lost’
Auto Terkini

Inilah Cerita Sebenar Proton X50 Tak Sempat Hantar Sudah ‘Total Lost’

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju11/03/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


JURUJUAL kereta, Puteri Sajeda Hussein, 25, yang juga pemilik akaun Facebook Puteri TopSales memberikan penjelasan panjang lebar mengenai insiden sebuah Proton X50 rosak teruk akibat terbabas ketika dalam perjalanan menghantar kenderaan utiliti sukan (SUV) itu kepada pelanggannya di Johor.

Berdasarkan kenyataan Puteri Sajeda, dia cuma mantan penasihat jualan (sales advisor) di sebuah cawangan Proton di Kuala Lumpur, tetapi masih menjalankan urus niaga jual kereta atas dasar kepercayaan pelanggan.

Menurutnya, urusan jualan dengan bakal penerima X50 itu dibuat sejak empat bulan dan model warna merah tersebut sudah didaftarkan 1 Mac lalu, manakala penghantaran kereta dari Kuala Lumpur ke Johor Bahru dirancang pada 6 Mac (Sabtu).

Disebabkan bukan lagi jurujual Proton sah (authorised), dia tidak dibenarkan menghantar kereta kepada pelanggan secara bersendirian dan perlu ditemani penasihat jualan sah. Tugas penghantaran itu kemudian diserahkan kepada jurujual Proton dari bilik pameran Proton 3S Jelatek Kuala Lumpur, Azmi Surya Irawan.

Pada 6 Mac itu, Azmi memandu X50, dan dia pula memandu kereta milik penasihat jualan tersebut. Kedua-dua mereka bertolak jam 3 petang dari bilik pameran di Kuala Lumpur ke lokasi penghantaran pelanggannya di Johor. Dipendekkan cerita, X50 dipandu Azmi mengalami kemalangan hingga rosak teruk (total lost).

Puteri Sajeda pula mendapat tahu kemalangan berkenaan apabila dimaklumkam pelanggannya selepas diberitahu Azmi sendiri.ย  Menurut Puteri Sajeda, Azmi sendiri membuat pengakuan memandu 180kmj. Bagaimanapun kes masih dalam siasatan. Mujurlah tiada sebarang kecederaam dialami.

Puteri Sajeda turut menyiarkan tangkap layar perbualannya dengan Azmi dalam WhatsApp mengenai masalah tuntutan insurans X50 berkenaan. Ini kerana, SUV itu sudah didaftarkan, tetapi pinjaman jual beli belum dibayar (disbursed). Malah, tuntutan insurans sebagai kereta pameran dengan plat dagang (trade plate) juga tidak dapat dibuat kerana kenderaan sudah berdaftar.

Jadi salah satu cara adalah memohon tuntutan atas insurans pelanggan, tetapi semuanya bergantung kepada budi bicara pemilik X50 tersebut yang belum sempat pun memandu SUV berkenaan.

Tapi kira steady juga la terbabas 180kmj, pemandu tak ada apa ๐Ÿ˜…. Tapi memang complicated masalah ni. Harap dapatlah diselesaikan elok-elok dan jadi pengajaran buat semua.

BACA >>>ย Elak Langgar Tayar Lori, Proton X50 Ini Terbabas dan Remuk Teruk, Tapi Pemandu Selamat
BACA >>>ย Lihatlah Cara Proton X50 Masuk Parkir Sendiri, Semudah Tekan Satu Butang Sahaja

SUMBER: Facebook Puteri TopSales

Proton X50 puteri TopSales
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    KTM 390 Duke 2026 Untuk Jepun โ€“ Brek WP Baharu, Enjin 399cc 45PS, Harga RM20.7k

    24/07/2026
    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru โ€“ Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    24/07/2026
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Dipratonton di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    24/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my ยท GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.