SEBENARNYA, kami bukanlah anti-kereta baharu. Semua kereta terpakai hari ini pernah jadi kereta baharu pada suatu masa dulu? Pendek kata, tanpa kereta baharu, siapalah kereta terpakai.
Isu yang cuba dibangkitkan ialah stigma masyarakat yang menganggap keputusan membeli kereta terpakai sebagai tidak berbaloi. Seringkali apabila kita terfikir dan menyuarakan hasrat mahu membeli kereta terpakai dengan alasan bajet atau mahu berjimat, ada saja pendapat yang meminta anda berfikir banyak kali.
BACA >>> 11 Orang Ini Patut Beli Kereta Terpakai Saja! Jangan Nak 'Eksyen' Lebih Naa...
Antara nasihat paling popular ialah; kos senggara (maintenance) tinggi, bahaya kalau terbeli kereta kemalangan, kereta cepat rosak (kena selalu baiki), faedah bank tinggi (kalau buat pinjaman) dan nampak lekeh bawa kereta terpakai kerana anda seorang eksekutif.
Tetapi, apakah mereka peduli tentang ansuran bulanan dan kos lain yang perlu anda tanggung sehingga 9 tahun (ikut tempoh pinjaman)? Apakah mereka yang memandu kereta anda? Apakah kereta anda akan kekal baharu selama setahun? Jawapannya, TIDAK. Anda juga yang perlu menanggung segalanya.
Jika betul anda berhasrat mahu beli kereta terpakai, teruskan! Sekarang kami akan bantu anda memilih kereta terpakai yang berbaloi!
1. TETAPKAN BAJET
Anda perlu tetapkan bajet kewangan supaya tidak tersasar atau menerawang jauh tanpa arah tujuan. Kalau bajet anda cuma Proton Saga, tidak perlulah membuang masa melihat senarai harga Porsche 911. Katakan bajet anda RM20K.
2. BUKA KALKULATOR PINJAMAN KERETA
Kami guna kalkulator online di SINI. Isi maklumat harga kereta (RM20K), bayaran muka (RM5K), kadar faedah (4%) dan tempoh pinjaman (48 bulan @ 4 tahun). Sekarang, total ansuran bulanan anda ialah RM338.68/bulan.
3. SURVEI ONLINE ATAU BUKA MAJALAH, JANGAN KE KEDAI
Buat survei di laman web seperti Mudah atau Carlist, atau beli majalah seperti MotorTrader. Menerusi tetapan had bajet RM20K, anda secara automatik akan dipaparkan pelbagai pilihan model kereta di bawah bajet tersebut.
Ingat, jangan terus pergi ke premis kereta terpakai untuk mengelak 'dipukau' jurujual. Hati-hati, jurujual yang bagus mampu membuatkan anda melanggar had bajet. Sedar tidak sedar bajet RM20K sudah bertambah jadi RM30K. Layari saja Internet. Lebih selamat dan selesa.
4. HADKAN TAHUN PENGELUARAN 5 TAHUN KE BAWAH
Memang banyak pilihan kereta dengan bajet RM20K. Anda mungkin rambang mata. Tetapi jika anda mencari kereta yang kurang ragam, mungkin anda perlu kecilkan pilihan kereta mengikut tahun pengeluaran setakat 5 tahun (2013). Ini cuma opsyen. Sebenarnya ada saja kereta berusia lebih 5 tahun dalam kondisi baik. Tetapi, anda sekarang sedang cuba mengurangkan risiko.
5. SEMAK PERBATUAN (MILEAGE)
Kereta yang jauh atau kerap berjalan, secara normal akan cepat haus dan lusuh. Lagi tinggi nilai perbatuan (jauh berjalan), lagi rendah nilai jual semula kereta itu. Cari kereta pada perbatuan rendah atau sederhana.
6. CURIGA HARGA MURAH
Jangan cepat teruja jika ada kereta dijual sangat murah. Sesiapa pun mahu menjual kereta mereka pada harga tinggi atau harga pasaran. Jika terlampau murah, mesti ada udang di sebalik batu.
Banyak kes menunjukkan kereta dijual murah disebabkan perkara berikut:
- Pernah kemalangan teruk
- Perbatuan terlalu tinggi
- Banyak kali bertukar pemilik (3-4 orang).
Kereta mungkin nampak cantik, tetapi ragam sebenar mula kelihatan selepas beberapa bulan memandu.
7. CARI PEMILIK SEBENAR
Inilah untungnya jika membuat survei online. Anda dapat mencari kereta yang dijual pemilik terus (direct owner). Kenapa perlu pemilik terus? Ini kerana mereka tidak pandai menipu. Anda boleh cuba mengorek rahsia keretanya atau menyoal apa saja. Mana tahu pernah kemalangan? Bersembanglah dengan mesra mengenai kos senggara dan bengkel pilihannya selain bertanya mengenai alat ganti yang pernah atau baru ditukar.
Harga pemilik sebenar mungkin sedikit mahal, tetapi masih ada ruang rundingan. Tambahan lagi jika anda datang dengan kuasa tunai. Ingat, cash is king!
8. MINTA JADUAL SERVIS
Pemilik yang menyimpan buku jadual servis, termasuk resit alat ganti atau baik pulih ialah mereka yang peduli tentang kereta. Ada pemilik yang menjadikan pusat servis sah sebagai bengkel rasmi dan ada yang sekadar menyenggara kereta di bengkel biasa. Terpulang kepada anda asalkan dia dapat berikan jadual rutin servis yang lengkap.
Maklumat servis sangat penting untuk mengenal pasti ragam kereta. Anda dapat tahu jenis masalah yang kerap berulang. Apakah alat ganti yang sering ditukar? Apakah ada kerosakan major membabitkan kotak gear atau enjin?
9. PERIKSA RUPA LUARAN & DALAMAN
Anda perlu cerewet sedikit walaupun bukan kereta baharu. Lihat luaran dan dalaman kereta. Warna kereta mungkin pudar sedikit, tetapi janganlah teruk sangat dan ada kemek di sana sini. Kerusi biarlah bersih dan tiada kesan tompokan air tumpah merata-rata.
Jika ada, minta diskaun. Cucian dan gilap menelan belanja hingga RM200. Cat penuh seluruh badan kereta memerlukan RM1K - RM2K, manakala upah mengetuk badan kereta bermula serendah RM150 ke atas (ikut tahap kemek). Minta kurang harga jika pemilik tidak mahu betulkan.
10. PERIKSA KELENGKAPAN & PERALATAN
Sila pastikan segala kelengkapan dan peralatan berfungsi dengan baik seperti:
- Lampu tinggi dan rendah, signal, kabus, lampu kabin (di siling) dan amaran (hazard light)
- Penyaman udara
- Hon
- Radio dan pemain cakera padat (CD)
- Hendal pintu dan glove-box (laci dashboard)
- Tuil atau penetap cermin sisi
- Suis tingkap kuasa
- Soket 2.4V / palam pencucuh rokok
- Tuil tangki minyak, bonet dan but
- Pelaras kerusi dan tali pinggang keledar
- Tayar simpanan dan kotak alatan (tools box)
11. PERIKSA ENJIN
Jangan terus hidupkan enjin. Ada 2 peringkat perlu diperiksa.
Peringkat 1, buka bonet dan pastikan:
- Tiada kesan minyak bocor
- Tiada kabel sambungan elektrik reput atau terputus
- Tiada komponen material getah yang tertanggal, melecur, melepuh, haus dan rosak
- Tiada bahanasing dalam radiator. Buka penutup dan lihat air radiator sama ada keruh atau jernih.
- Tiada bahanasing dalam minyak enjin. Tarik indikator minyak enjin dan lihat rupa minyak (cair, pekat, ada serbuk besi, dan lain-lain).
Peringkat 2, hidupkan enjin dan pastikan:
- Semua indikator pada panel meter menyala dan terpadam (seperti beg udara, suhu, enjin, ABS, dan lain-lain).
- Lihat asap yang keluar daripada ekzos. Jika keluar sedikit percikan air dan asap tidak berwarna atau biru sedikit itu bermakna enjin kereta dalam keadaan sihat.
- Tekan minyak pada 3,000rpm, 4,000rpm dan 5,000rpm. Setiap tahap dibuat secara ligatan (rev) enjin, iaitu tekan hingga mencapai tahap rpm diperlukan dan terus lepaskan pedal minyak. Meter rpm untuk enjin yang baik akan turun sekata bersama deruman lancar (tidak tersekat atau terbatuk).
12. PANDU UJI
Tidak kira sama ada anda berunding dengan pemilik terus atau penjual kereta terpakai, anda sebenarnya ada hak untuk meminta dibenarkan memandu uji kereta yang mahu dibeli. Memandu uji di sini bukanlah setakat menghidupkan enjin dan menekan pedal minyak. Kereta pilihan anda itu mesti bergerak. Pada tahap ini telinga anda memain peranan penting, termasuk deria lain. Apa yang anda perlu lakukan ialah:
- Cuba membrek secara perlahan dan kecemasan. Dengar jika ada sebarang bunyi aneh keluar.
- Cari selekoh dan belok. Dengar jika ada keluar bunyi ketika memusing stereng.
- Redah kawasan tidak rata. Sama juga, dengar jika ada sebarang bunyi aneh di bahagian tayar atau dalam kabin.
- Pandu dalam pelbagai halaju (60-110kmj). Pasang telinga dan rasai jika ada bunyi angin, gegaran enjin atau stereng, dan sistem suspensi.
- Gerakkan setiap takah gear. Jika manual, pastikan setiap takah gear (1-5/6) dapat ditukar lancar. Jika Auto, pandu kereta dalam tetapan D4, D3 atau D2, termasuk R. Pastikan setiap takah gear dapat ditolak atau ditarik masuk dengan lancar dan tidak tersekat atau tersentap.
13. NEGO SAMPAI JADI
Kalau sudah puas hati, apa lagi. Rundinglah sampai jadi!
sandra lawrence says
Apakah Anda mencari pinjaman pribadi, Atau kau menolak pinjaman oleh bank. Aku memberikan pinjaman kepada perusahaan dan individu pada tingkat bunga rendah dan terjangkau dari 2% Bunga. Silahkan hubungi kami melalui email: [email protected]
Halimjb says
Salam admin...saya baru lepas loan...kereta dah 2minggu saya tnggu tak siap lagi..puspakom dah siap buat..cuma tinggal tukar name je blum..saleman kedai tu ckp ada masalah dgn bank..die ckp geran tu blum di batalkn lagi dari bank..blh bagi penerangan tak admin saya kurang fhm
nuradilah says
itu bermaksud owner mungkin baru jual kereta di usedcar dan kereta tu masih ada bayaran yang belum dibayar oleh owner. setelah membuat pindahan milik oleh owner lama ke pihak usedcar,usedcar akan membuat settlement baki pinjaman yang belum diselesaikan oleh pemilik owner itu tadi. jadi proses untuk tukar nama owner baru (awak) akan mengambil masa sedikit disebabkan untuk pembatalan tuntutan oleh owner lama.
Fred says
Halimjib boleh emel sy [email protected]
AO says
Kena follow up dengan used car
ctkini says
Entri yang menarik. Kalau beli dengan usedcar proses agak mudah tapi kalau beli dari tangan owner macamana prosesnya ya? tq
AO says
Kalau beli direct owner, kena buat sendiri semua proses daripada check Puspakom, tukar nama, dan pinjaman bank (kalau ada)
Fir says
Assalamualaikum...sy juga menggunakan kete 2nd hand... pemilik sebelum ni kurang peduli dlm penjagaan enjin dan body...sy beli sbb minat punye psal..byk juga modal nk menjadikan kete sy tu mantap...tukar mcm2...alhamdulillah...dah 8 thn sy guna...masih gagah dan mantop di jalanan... Honda Civic EK bernadikan B16B Type R... terbaik! Sekarang...sy dah beli kete baru... MPV ... utk jln2 dgn family ... tp sy masih guna kete kesayangan sy tu utk fun2...pegi keje... hehehe... anyway...seken ke baru ke... beli je... dah pakai nnt.. layan je...
K-led says
stuju dgn Fir di atas... pemilik sebelum ini jenis kurang peduli... yg patot tukar/servis xbuat... skarang setelah hampir setahun keta saga model 1985 enjin magma thun 87 kalau xsilap.... makin elok pulak keta 2... sbab apa? owner keta xkira keta baru atau lama, servis apa yg patot... bukan hanya tau bawa isi minyak tukar minyak enjin shj... kalau benda basic xdpt nk buat pd keta lama, pakai keta baru xsampai 2 tahun pun buleh meragam xtentu psl krn xpeduli pjagaan kreta... wiring bsepah dlm engine bay, bwh dashboard mcm2 bnda yg xpatot ada... kdg2 dgn mbeli keta 2nd, barangkali buleh selamatkan keta2 yg tidk dijaga... dan model yg xnampak masa depan janganla g beli pulak wlpn hrga murah kaw2 (no offense)... maap jika ada yg ada model2 ini tp itula hakikatnya spareparts payah, pbuatan xda kualiti, asyik meragam xtentu hala...
K-led says
kalau keta 2nd sekalipun, jenis yg spareparts senang dan bsepah dan harga brg2 dia xmhal,, bagus la beli... kna bijak analisis jugak... tp kalau ada org nk jual evo hrga xsmp 10k elok sambar je...... dan bak kata orang2 yg xmampu nk ada kreta, ;'bersyukurlah kalau ada keta walaupun keta lama'........... bukan rekaan tapi saya dengar sendiri drpd org2 yg xmampu nk beli kreta wlpn da btahun2 bekeluarga...
mahadzir says
Admin mcm mana pulak kalau saya dah loan dengAn dan dah approve so saya da sign agreement tu sbb saya rasa saya mampu..tpi selepas 2 jam saya sign saya call salesman tu untuk cancel kan saya pnya agreement sebab family saya tak setuju..tpi selepas 2 mniggu bank call saya untuk beritahu yang saya xboleh cancel ..kalau saya cancel nama saya akan di sitos..pada pndapat saya time saya sign agreement tu dlam pkul 5ptg dan pkul 7ptg sy call salesman untuk cancel tpi selepas dua minggu baru bank call saya yang agreement saya xbole cancel saya tetap kena ambil kerata tu sedangkan saya da tetap untuk bertegas settle kan ni hal ni dngan bank negara tpi bank tu tak takut sebab dia cakap dia ada bukti yang saya da sign agreetment tu.siap gertak saya untuk buat pilihan untuk ambik kereta atau nk kna sitos sbb officer bank tu ckap dia banyak kerja nak buat..so admin mcam mana saya nk sttle hal ni..adekah saya salah ataupn memang btul kalau da sign agreetment mmg xboleh nak cancel?klau setahu saya xmungkin agreetment tu dorg hantar slepas pkul 5?setahu saya lepas pkul 5 bank da tutup and xkan dlam masa dua jam dorang da masuk kan loan saya tu..dan bank yang saya loan ni pun agak pelik sebab nama bank tu BERJAYA CREDIT hanya ada di kualalumpur..so admin saya perlu kan pendapat admin untuk bantu saya pas hal ni ..ape patut saya buat??
AO says
Boleh minta bantuan tribunal pengguna. Lain kali jangan buat loan kat bank pelik-pelik
azhar mohamed says
tu bkn bank... tu pinjaman credit berlesen
Lyana says
BERJAYA CREDIT?
Tak pernah dengar pun...Biasa syarikat credit ni berpakat dengan tokey kedai tu. Kalau loan di bank pun diorang ni boleh berpakat tentang harga. Ini lagi syarikat kewangan cam tu..ELK dan lain2. Buat report je. Rasa bleh cancel. Duit pendahuluan untuk booked kereta pun sebenarnya boleh pulang balik. Tak boleh burn begitu saja kalau tak jadi ambil kereta. Kalau tak pulang boleh pergi Tribunal Pengguna. Report.
Jangan lupa.. Jangan letak duit muka sampai beratus2. Setakat RM200 je pun boleh. Tak ada dalam dokumen yang menyatakan nak booking kereta kena sampai beratus2 malah beribu. Sebab kalau nak cancel mesti pembeli teragak2 takut duit tak dapat balik burn gitu je. Tuntut balik. Itu hak anda. Malah dalam booking rumah pun (akta strata) dibolehkan menuntut duit cengkeram kalau tak jadi beli. Jika pemaju enggan, buat laporan dan tindakan. Kita ada hak.
Hairul Aminur says
Berapa interest dia tuan?
alorina says
Admin saya ada berminat dgn 1 kereta 2nd hand tp owner suruh urus loan sdri dgn bank...saya ada jumpa dealership utk tnya mcm mna pengurusan loan Dia cakap kena sediakan rm6500 utk dia urus semua 2..betul ke?minta pendapat dengan admin
ABG GYL says
Alternatif, saya cadangkan tuan ke bank dan cari banker sendiri. Tuan boleh uruskan sendiri.
electro says
kalau lancer gt secondhand punya sparepart ok x..atau mahal..tahun 2011
AO says
Elok masuk forum pasal kereta yang nak dibeli tu. Buat penilaian sendiri
Nisa says
Saya nak beli kereta terpakai yang berusia 2 tahun setengah secara tunai.Bagaimana saya nak pastikan yang pemilik kereta tersebut telah menyelesaikan loan bank.Adakah sekarang prosedur menukar hak milik geran kereta hanya secara online,tidak perlu pergi ke jpj lg.
ABG GYL says
Untuk pertukaran nama, perlu buat puspakom dan kemudian tukar nama di JPJ. Untuk pastikan masih ada hutang atau pihak, tuan boleh rujuk pihak Bank. TQ
Hazwn says
Aku nak beli vios 1.5s harga 38k beli cash..
b says
Beli lah. Ape masalah kau?
racing fan says
Perancangan paling tak ekonomi...
Cik Dee says
Assalam.. tq admin ats perkongsian yg penuh dgn info..
Sy ade viva manual dh 7 thn pakai.. bercadang nk trade in dgn kereta 2nd. Mgkin admin boleh cadangkn kereta 2nd yg berbaloi utk dbeli? Harga mampu milik. Xnk installment kterlaluan.. tq so much
Nassrol Fahmi says
Saya berminat beli Proton Iriz 2014, Mileage dlm 40k - 45K, ok x bagu kereta 2014 gn mileage mcm tu? Mohon pendapat tuan
Puan S says
Admin mohon jasa baik tolong bagi advice. Husband saya nak beli kereta 2nd dr direct owner. Keta honda accord tahun 2008 harga RM60K. Mileage 68500. Belum dapat berhubung dgn owner tp saya musykil kereta dah nak 10thn tp low mileage. Saya risau sebab husband selalu buat keputusan agak tergesa2 esp bila dah berkenan. Perlu ke bawa inspection di puspakom?
ABG GYL says
Sebelum nak tukar nama, memang perlu lakukan pemeriksaan di PUSPAKOM dan baru boleh tukar nama di JPJ. Ada mungkin mileage betul dan sebaliknya. Kebiasaannya owner asal tak akan saja-saja tukar mileage. Jika owner masih servis di pusat servis, so boleh check di mana-mana pusat servis Honda.
Mazlina says
Kereta 2nd hand ni memang kena perati betul-betul sebelum beli. Jika survey dengan betul akan dapat banyak jimat. Tapi jika tak pandai pilih, silap hari bulan maintainence lagi mahal daripada kereta baru 🙂
salman says
Salam admin.. Kalau kereta pasang sunroof test puspakom lepas ke?
Or ada cara2 nya?
AO says
Salam. Lepas, jangan risau
JayGanu says
Salam,boleh sy thu selain dr ahli kluarga,sape lgi yg boleh jdi penjamin..sy buat loan dngan maybank,tp smpai skrang sya tak dpt feedback dr pihak bank,da sebulan lebih..ni kali pertama sya nk buat loan,tq..
ABG GYL says
Hanya ada hubungan keluarga saja boleh jadi penjamin
Azli says
Saya ingin bertanya Bank manakah boleh buat pinjaman untuk kereta lebih 10 tahun...?
AO says
Itu kena buat survey sendiri. Kami pun tak tau
amir says
saya nk beli kerera second, tp sye ada loan bank kereta myvi baru.mse nk beli kereta second salesmen kte boleh uruskan tntg loan, tp syaratnya kereta myvi kena declare as trade in dgn kedai yg sye nk beli kereta second tu. boleh percaya atau tak? sedangkan kereta myvi, sye nk bg terus pd akak ipar kemudian tinggal byr bulan2 je...
Akmal Haziq says
Kereta yang masih ada loan tidak dibenarkan untuk trade in. Sebab hutang kereta masih ada lagi dengan bank. Kalau tidak, bank akan tindakan mahkamah. Info yang aku dapat dari pihak bank sendiri. Salesman pun pandai nak menipu orang. Jadi kena berhati-hati kalau kau pakai kereta baru yang masih berhutang.
Iam isabirah says
Hai encik akmal..boleh sy bertanya....mcam mana ye kita nk taahu kete second yg kita nk beli kat used car tu dh habis loan ke blom..bukan ape..sbb ramai saleman skrag ni pandai putar belit crita..last2 bila dh beli baru tahu kete tu x abis bayar lagi .mcam mana ye?..tq
Zany says
Ingin bertanya. Saya berminat nak beli my first car. Toyota vios. Harga otr 47k, dp 3k, monthly dlm 550. Gaji basic sy 2000 bersih boleh pergi 2.8k. Kalau awk sarung kasut sy, awk beli tak? Sy dalam dilema ni..
John says
Harap2 cari yang better la. means, kalau en masih muda jangan biar komitmen tinggi. Nanti kiraan DSR sekiranya en nak beli rumah akan jadi susah jika melebihi 70% dari pendapatan.. Kereta 2nd yg bulan2 bayar 300 pun dah ok.. Kalau berminat jugak, teurskanlah.. Jut my 2 sen...
Lyana says
Rasa loan tak lepas juga tu. Kena RM2.5k ke atas tetap. RM550 mahal untuk sebuah 2nd hand. Nanti kalau kerete ada masalah kena duit lagi. Cari yang rendah.
Biasa RM2.5k gaji bersih boleh lulus kereta harga sekitar RM18k-RM25k sahaja.
Apix says
assalam admin,..mohon bertanya,..bank apakah yang menetapkan rate yang paling rendah untuk loan kereta secondhand?dan urusan yang cepat dan senang bagi pekerja swasta gaji 2000 sebulan,..terima kasih
din says
kereta sorong
tukang ajar abc says
Hi admin, mahu bertanya.. Adakah membeli kereta secondhand (berusia 11 tahun pada tahun ini) selamat? Saya mempunyai rakan yang ingin menjual Mitsubishi Storm 4x4 (2006). Jika saya tetap mahu membeli four wheel drive ini, apakah aspek penting yang perlu saya perhatikan? Serta apakah pandangan admin tentang kos dari segi mantainance/ baik pulih kelak. Biasanya apakah part kereta (dari aspek dalaman) yang sudah 'wear out' jika sudah digunakan sedemikian lama. Tq...
ABG GYL says
Untuk pembelian kereta 2nd hand tiada masalah. Untuk check kereta, boleh ajak yang kerja mekanik untuk menilai kereta sebelum menetapkan harga. Sekiranya tidak mempunyai kawan yang kerja mekanik, boleh hantar ke PUSPAKOM dengan bayaran RM50 untuk check kereta okey atau tidak. Thx
Razi says
Min.. Nak tanya bolehkah beli kereta 2nd guna kredit kad. Kalau boleh cas kredit kad tu atas apa? Transfer atau cas beli brg? Sbb xde duit muka dan kalau boleh xnak cashkan kredit kad. Mohon pencerahan.
Lyana says
Mana boleh guna kad kredit beli kereta walaupun 2nd. Tapi..sekarang ada perkhidmatan transfer cash tu dengan credit card. Itu skim apa tak tahu. Kena tanya bank.
jc says
hello bos, tumpang tanya, skrg ni kadar faedah untuk kereta seken brapa percen lebih kurang?
Lyana says
Percent ikut bank yang meluluskan kalau usia kereta tidak lebih daripada 10 tahun. Setakat ni Public bank paling rendah 3.30%. Dan jangka pembayaran hanya 7 tahun sahaja. Itu pun melibatkan kereta keluaran luar negara. Bukan Proton atau Perodua. 2 kereta syarikat ini bank malas nak layan. Aku pun tak tau kenapa. Kalau dapat...rezeki la.
Kalau kereta lebih 10 tahun biasanya syarikat kredit berlesen yang ambil alih. Bunga mencecah 8% atau lebih. Nazak ko nak membayar...!
onizuka says
kereta 2nd hand nk buat loan 9 years slalu bank ambil kereta start tahun bila ya??bank mana yang mudah nk buat urusan tu
Lyana says
Biasa kereta second dah berusia 7 tahun ke atas, bank malas nak layan. Kecuali kalau ada agent yang pandai uruskan. Itu pun...budget mesti lari punya.
Biasanya hal macam ni akan terus ke finance. Bunga tinggi la... Cari la kereta yang usia bawah 10 tahun. Mungkin bank akan luluskan. Tapi tak semua bank ada pinjaman untuk used car macam tu
Zairi says
Nak tanya jika beli kereta 2nd di use car jika jd beli adakah pihak use car akan minta duit booking tujuan kereta tersebut bawa ke puspakom
Shahrol says
Saya hendak bertanya ..adakah perkara ni biasa atau saya telah ditipu oleh syarikat used car .saya telah membayar sebyk RM 9500 kpd pihak used car sbgai deposit tetapi apabila perjanjian dlm loan sy pihak bank telah menyatakan deposit saya hanya RM 7000 shj krn pihak used car bg pihak bank 7000 shj.apabila sy bertanya kpd pihak used car ini adalah perkara biasa shj dimana r
RM 2500 itu adalah duit urusan sdgka. Seblmnya tidak pula dinyatakan..jika perkara ini adalah satu penipuan apakah tindakan yg sy perlu lakukan.tkasih
ABG GYL says
jika pihak tuan merasakan ini penipuan, boleh buat laporan Polis dan kemudia ke bahagian tribunal.
Lyana says
Kenapa beri banyak sangat. Jangan beri deposit banyak2 kepada used car. Mereka ni penipu!!! Setakat RM200 ringgit pun boleh. Dan itu pun boleh dituntut. Buat report polis. Dan jangan lupa ke Tribunal. Tribunal yang akan ambil tindakan. Dah ada kes macam ni. RM500 deposit kereta pun dah dapat balik.
Sam Che Ong says
Saya pernah membeli kereta terpakai dan ia memang memberi banyak masalah kepada saya. Rosak sini rosak sana sebab kami tak tahu apa yang dilakukan oleh owner sebelum saya. Lepastu kawan saya beritau saya tentang satu laman fesbuk yang dipanggil MyCarsearch, saya terus trade in kereta saya dan beli Proton Persona dengan harga yang lebih murah berbanding dengan showroom showroom kat luar. Tak sampai satu minggu dah saya dapat kereta baru ku. YASSS!
Siti Aliah says
Salam tumpang tanya, berapa lama tempoh untuk tunggu kereta keluar selepas loan approve? Normally berapa lama ya.? Sy first time beli recon car. Salesman kata sedang tunggu kastam beri greenlight untuk bayar duti kereta.
Nurul11 says
Admin, sy nak mohon pendapat n nasihat..
Saya nak jual persona sy yg baru berusia setahun.. kereta dah tiada loan dgn bank..dan mengikut undang2 terbaru yg dikeluarkan bank, potential buyer x blh ambil loan direct dgb bank, kena melalui car dealer..
Bank dah luluskan permohonan potential buyer melalui car dealer tu...tapi..Potential buyer mintak sy buat penukaran hak milik kenderaan di jpj dl baru bank blh payment.. potential buyer kata kereta sy simpan dl smpi dpt duit walaupun geran dah tukar nama...
Blh admin advice cara yg selamat utk sy sebagai penjual tidak di tipu...saya prefer dpt cash br tukar hak milik kenderaan dan seterusnya serahkan kenderaan pd pemilik baru..
Tqvm admin
ABG GYL says
Boleh cuba check dengan bank pihak pembeli itu membuat pinjaman untuk pengesahan
Puteri says
Salam nak tanya admin. Jika sy berminat nk cari kereta sambung bayar. Apakah sumber yg terbaik sy boleh cari secara online.. mohon pencerhan.
ABG GYL says
sejujurnya kami tidak galakkan anda berbuat demikian. Banyak risiko daripada kebaikan
Lyana says
Elakkan sambung bayar
Fasya says
Salam.admin nak tanya.adk sy nak beli kereta second hand.dlm perjanjian duet poket agent rm1800.500 da byr sbgai booking. Sekarang nie loan dah lepas tapi belom sign agreement. Masalah sekarang nie, agent mintak lg 1k dekat adik tp sruh adk byar dekat bank. Detail yg agent bg itu utk roadtax,insurance dan byran pdhuluan. Sy bising dekat adk cakap mungkin agent tipu sebab experiance sy xperlu byr sbb itu urusan dealer/kedai. Semua roadtax ,insurance di tanggung oleh pekedai.Lepas sign agreemnt bru bank hantar surat dan tarikh pembyaran akan dinyatakan. Mohon pencerahan/penjelasan yang jelas tentang procedure kereta 2nd hand. Kalau kami nak cancel boleh atau tidak. Dan bgaimana nak dapat kan balik deposit rm500. Terima kasih.
Lyana says
Betul ke dah buat road tax bagai? Kalau belum bawa ke Tribunal. Cengkeram kereta kena ambil balik. Kalau tak dapat, Report je Tibunal. Nak kaut untung tu
amirul says
salam, admin saya nak mintak pendapat. kalau beli kereta secondhand ford fiesta ok tak?? ramai org kondem saya cakap nanti byk mslh kene repair itu ini laa. mmg ford ni asyik problem je ke?? mohon pencerahan
Hafiz Rafii says
Salam admin, sy baru lulus loan dari cimb berjumlah rm45k untuk kereta honda insight, tp malangnya setelah mengkaji semula honda insight nie, ternyata banyak yg tak bagus dari bagusnya, jadinya boleh tak loan sy tu d tukar kepada kereta lain? Lagipun sy blom sign agreement lagi ni..so masih ade peluang tak nak buat pertukaran kereta? atau cancelkan loan adalah lebih baik? Tp sayang laa loan da pass..just nak kereta lain je, taknak honda insight
ABG GYL says
Boleh. selagi tak sign boleh tukar lagi. tak ada masalah
izzue says
ada keburukkan tak kalau kita rejct loan. tapi loan dh lulus. saya reject. sbb intrest high. kalau sy nk buat pinjaman selepas ini. bank akan reject atau tidak.? mohon pencerahan
AO says
Ya ada risiko bank akan reject sebab info yang kita pernah request loan akan muncul dalam rekod bank atau CCRIS
Alaska1280 says
Salam, sy nk beli kereta second hand harga dlm belas2 ribu sahaja , tp sy dh cuba untuk buat loan kereta dgn bank tp x lepas . Kerana kereta tu dh x bole loan sebab faktor usia kereta tu dh lebih . Patutkah sy apply personal loan utk beli kereta tu? Mohon nasihat apa perlu sy buat? Sebab xda cash nk beli kereta tu
ABG GYL says
Cuba anda berbuat kira-kira, adakah interest personal loan dibuat adalah bersamaan dengan kadar bank jika anda buat loan untuk pembelian kereta. Jika tidak banyak beza, ya boleh. Jika dapat beli secara cash lebih better.
Mr malique says
Salam admin..sya hendak membeli kereta 2nd untuk my first car. Sya nk tnya admin, yg mana lebih menguntungkan buyer, adakah baik membuat pinjaman peribadi dan bayar cash terus dan kereta tersebut menjadi milik kita dan tidak perlu risau ditarik oleh bank sekiranya ada tunggakan atau buat loan kereta lebih menjimatkan kerana kadar faedah lebih rendah? Yg mana pilihan yg tepat dan selamat.mohon bantuan dan penjelasan.
ABG GYL says
Perlu dilihat adakah interest loan peribadi adalah lebih rendah berbanding loan beli kereta. Jika ya, anda boleh proceed.
Syazwan says
Tuan saya nak bertanya... Macam mana saya nak beli kereta second hand direct owner...pastu saya nak purchase guna nama syarikat saya....saya ada tya bank...ada bank yg xdpt bagi loan...sbb keta second hand tu ada bagi loan lagi dan bank xbuat loan kereta utk syarikat...bangaimana ya saya nak solve isu ni
AO says
Boleh buat survey kalau ada bank boleh bagi pinjaman kenderaan untuk pembelian kereta 2nd atas nama syarikat. Alternatif lain boleh cuba ialah buat pinjaman peribadi.
Mohd Shamsyul says
Salam admin,
Mohon bertanya, jikalau hati sudah berkenan dan hendak nego harga, bagaimanakah untuk pastikan nego dapat diteruskan sampai jadi?
Satu lagi, jikalau harga yg ditawarkan memuaskan hati, pembeli perlu bayar full cash atau separuh2 dulu semasa booking dan separuh lagi setelah selesai proses penukaran nama dan terima kunci?
Mohon nasihat tuan yg arif dalam bidang ini.
Terima kasih.
HOUSNE says
sekarang rate untu used car bank mana murah ye kawan2..n then kalau kita beli ngan dealer..kita ade hak nak tentukan mne bank yg interest rate rendah even dealer trsebut da suggestkn bank dieorg..mohon pencerahan kawan2 atau ade org kerja bank cni bantu sy..huhu
Lyana says
public bank
Ida says
Hi..mohon penceraham..sy ada attention utk bli used car honda jazz hybrid harga RM54K tahun 2012ileage dlm 60 ribu km blh ker sy request utk check di puspakom condition kereta dan proceed dgn loan
ReeN says
saya ada jazz hybrid tahun 2014 mileage 80,000km utk dijual
Lyana says
Kenapa nak jual?
abin says
Info2 yang sangat membantu..terutamanya bagi golongan yang kurang pengetahuan macam saya nie..terima kasih admin (thumbs up).
Shafik tahir says
Assalamualaikum,tumpang tanya.sy berminat nak buat loan kereta proton persona tahun 2011 dari use car,tapi sy takut kereta yg sy nak tu kot kot masih ada finance dgn bank lagi ke..macam mana sy nak tau kalau kereta tu masih under finance atau dah habis ye?sebab takut bila dah pakai kereta tu bank cakap ada hutang lama pulak.
ABG GYL says
Boleh tanya kepada used car. Kalau dah setel, kebiasaannya dekat geran akan tulis dah setel.
Aini Leng says
Admin ada blog or page website used car yang dipercayai dan rating tinggi tak? saya pelajar universiti yang berhasrat untuk mebuat survey tentang used car. terima kasih admin. 🙂
ABG GYL says
Mungkin boleh merujuk kepada rakan kami di Carlist.my
Azley says
Apa yang kita boleh ambil tindakan jika mileage ditipu oleh penjual. Contoh di meter papar 80k+, tapi bila di periksa dengan SC yang sebenar 200k+...(kereta dah dibeli)
ABG GYL says
Boleh cuba buat aduan di Tribunal Aduan Pengguna. Pastikan semua bukti ada.
d says
umo 28 ade slip gaji,kwsp tp tiada penjamin..lepas x kalau nk loan kete used car rm 18k
Lyana says
Gaji berapa? 18K-25K lepas dengan gaji 2.5K ke atas tanpa penjamin & tanpa komitmen hutang lain
farhan says
salam min..nk tanya..sy dapat kereta di kedai dgn harga 16k..sy sudah beri ic dan lesen copy.tp musykilnya dr 16k dia jual trmasuk fee bagai jd harga kereta 22k.bulanan 403 selama 5 tahun.agreement blum sign..sbb 1 st time beli kereta..ada suggestion?
Lyana says
Biasanya harga yang dipaparkan tu belum harga On The Road lagi. Akan ada tambahan. Percayalah...sekitar
4-5K
Pokya con codey says
Salam admin. Saya ada kereta berbaki 4 tahun lagi. Jadi utk sy beli kereta second dan amik loan 7 tahun, mcm mana pengiraan tu
kiera says
assalam. ayah saya ada beli kereta honda city 2013 rm 51k. loan bank dah lulus. dah sign agreement. masalah sekarang owner bagitau kereta xpernah accident. tapi bila cek balik kereta pernah accident 2kali. (ada police report) enjin pernah rosak n mcm2 lg. tp masa test drive condition kereta is ok la. mcm mn ye admin?? rasa tertipu plk. takut kemudian hari jd mcm2.
ABG GYL says
Boleh berbincang secara baik dengan penjual. Sekiranya tidak, boleh cuba buat laporan di bahagian kepenggunaan yang menyatakan diri anda tertipu. Pastikan semua bukti seperti perbualan di whatsapp atau mesej disertakan sekali
MAn says
Salam.....sebelum tu sya mnta maaf, sbb klau brkenaan kereta ni sya mmang kurang arif.Saya ada plan nak beli kereta secara CASH below 30k. ada saranan tak kereta jenis apa yang low maintenance dan dri segi aspek lain.
syakir says
assalamualaikum admin..tq atas info yg berguna..sy nk tanya pada yg arif sya ada perhatikan kereta usedcar dlm app carlist dan sgt berminat dgn kereta peugeot 208 tahun 2015 ,millage pun dlm 38k mcm tu dan harga dia rm38k adakah sya lps utk apply loan kali pertama saya dgn gaji sya sebulan rm1400+rm300(mengajar al quran) so gaji bulanan sya sebulan jd rm1700..tolak pembelanjaan saya dan anak2 rm600 ..so baki gaji bersih bulanan sya rm1100..adakah sya lps nk apply loan utk beli my first car??tq admin klu jwb soalan sya..
ABG GYL says
Bagi soalan tuan, ada kemungkinan pinjaman tidak diluluskan. Bagaimanapun, adalah lebih baik jika tuan boleh cuba hubungi penjual untuk bertanyakan pandangan dan cadangan. TQ
Fo9216 says
Assalammualaikum tuan. Sy ingin tahu. Sy ingin membeli kereta 2nd tp owner lama masih berhutang lg dgn bank. Blh tuan bg step by step apa yg patut sy buat dari urusan bank hingga pusapakom & jpj. Sy ingin membeli secara tunai. Dan juga kereta owner lama ada sedikit kemek dan bg saya itu adalah tanggungjawab owner untuk repair dgn guna kos ntk puspakom pon atas owner jgk kan?
AO says
Kalau beli direct owner masing-masing kena jujur.
1. Bila sudah tengok kereta dan puas hati, pergi ke Puspakom buat inspection.
2. Kemudian pergi bank dengan owner untuk settle loan sama ada cash atau owner baru buat loan baru (mesti cover hutang lama).
3. Bawa balik kereta dengan geran. Pergi tukar nama dan tunggu surat release bank.
5. Sudah dapat, pergi pula JPJ untuk tukar nama owner lama kepada nama kita. Beli insuran baru atas nama kl sendiri. Abaikan roadtax lama masih hidup.
Khairul says
Salam admin...nk tanya susah k nk bli kereta direct owner ni..kalau loan kita uruskan sendiri..boleh bagi step tak..
ABG GYL says
Tak susah, boleh setelkan di Bank.
karim says
salam admin..nk tya sy nak bel kereta 2nd honda city tahun 2008 rasanya berbaloi x kalau beli kereta tu
eyrah says
Admin nak Tanya Dan tolong bantu. Jawab saya byar deposit book rm500 pada salesman. Tapi kenapa ya sebelum bayar dia tak bgi Pandu uji?. Hanya lihat mcm Tu sahaja. Lepastu, kawan saya ni Rasa was2 nak terus. Slip gaji Dari guarantor dh bagi, cuma slip gaji dia n bank statement sahaja Belum. Document sewaktu deposit Dah ISI semua.Tapi retina nk cancel atas beberapa faktor yg to confident nk teruskan. Kalau nak batalkan before salesman tersebut buatkan loan, agak2 deposit rm400 boleh dapat tak?.. Menurut salesman, diorng akan pulangkan rm400 kalau cancel.
Iman Firdaus says
Admin, nk tanya. Kalau kereta ni admin rasa elok tak dari segi harga, penampakan, kualiti dan sebagainya?
https://www.carlist.my/used-cars/proton-waja-1-6-a-one-owner-full-spec-condition/4885723
ABG GYL says
Lebih bagus kalau bro dapat bawa kawan yang kerja sebagai mekanik untuk check kereta, adalah lebih baik macam tu. Sebab tengok dalam gamnbar dan depan-depan berbeza.
Wana says
Hai saya nak tanya saya umur 21 beli kereta second ...saya pakai eon kredit sebab mak saya blaclist sebab x dpt beli keta baru org tu kata kena cari guarantor tapi x ada...so saya putus kan guna eon kredit beli keta second..lepas je jumpa kereta saya test drive and check enjin ..semua ok saya booking kereta tuh bayar 500 ...saya booking kereta hari sabtu and proses dia mesti start hari isnin kan..so saya tungu lah start je masuk hari isnin mingu depan saya tanya org cina jual kereta tu and dia kata still proses ..so saya tungu lagi dah lah tingal berapa hari je nak start gst dihapuskan ..and say call mingu dePan lagi dia kata bank gah proeses sebab gst so bank proses ok saya tungu lagi mingu saya tanya lagi dia kata proeses lagi ...sebab system and saya tungu mingu depan lagi dia tunjuk gamabr kata say punya in proeses dari bank eon ....saya ckp lama betul proes dia saya nak keta tuh sebelum Raya ckp kat dia ye dlm proses ...and hari Raya pun tiba keta pun belum dpt lagi and mingu dePan saya mesej dia dia blutick kat wasap je..::dia nak makan deposit saya ke apa kalau saya cancel duit tuh say x dpt blk...sudah 1 bulan 1 mingu ...proses dia lama eon memang proeses lama ke ...atau org tuh tipu saya ...
ABG GYL says
Nampak gaya ada unsur penipuan. Paling penting, adakah anda terima resit rasmi daripada syarikat penjual kereta itu? Jika ya, mohon buat laporan.
Rizal says
Saya dalam dilemma.. berminat membeli Vellfire 2009 ..2.4 kondisi luaran baik.. dalaman masih x pasti kerana kekurangan ilmu kentera kereta. Mohon advice. Harga agak menarik kerana tuan kereta sepupu saya.
ABG GYL says
Jika rasa berkenan angkat saja. Tak kan sepupu nak kenakan betul tak kalau kereta tu tak okey. Tapi jika masih risau, ajak saja rakan yang tahu pasal kereta atau upah saja mekanik untuk pandu uji kereta itu.
Rizal says
Betul tu tuan... mmg nk angkat jer.. kawan2 plak.. semua jenis hntr worksyop jer.. satu mender x tau..
enah says
hai.. kwan2.. btul ka loan skrg ni lmbat approve? dealer submit dokumen 20/ogos pihk bank call tmuduga 24/ogos.. tapi sudh 2 minggu lbih sy blum tau loan llus atau tidk.. dealer ckap mmng lmbat.. btul ka? sy loan d cimb bank. mohon ssiapa yg prnah laluu atau tahu bnda ni.. terangkn..
hisyam says
hai admin.. sy ada buat loan d cimb.. kreta second hand.. submit dokumen 20/ogos.. pihak bank call 24/ogos tpi sy sudh tnggu hmpir 3 minggu.. btul ka loan skrg ni lmbat d proses?
Yem says
Salam tuan, nk tnya sket.recon unregistered tahun lama e.g 2004, masih boleh buat full loan lg ker?
WhatEver says
Tambahan dari senarai tips yg diberikan
Alhamdullilah setakat ini, berjaya dapat kereta2 yg baik
1. Tengok no plat yg cantik. No yg dibeli dan bukan diberi oleh JPJ
2. Semak nama, alamat serta byrn cukai kenderaan yg dilakukan. Alamat menentukan kegunaan kenderaan tersebut
3. Slip servis kenderaan tersebut
SisMaziah says
Assalam , boleh ke kita biar je segala maklumat penting kita mcm payslip , stment bank & kita pnya kwsp kt pnjual kereta ? sy ada deal dgn usercar ni , nk ambik alza tahun 2012 , pastu dia check sy pnya payslip apa smua dia ckp blh lulus & dia akan uruskan . kereta tu dia letak hrga 30500 . pstu sy tnya dia bulan2 brpa sy prlu byar nnt , dia ckap dlm 509 utk 9tahun . sy tnya bank mana nnt u guna , dia ckp aeon creadit . pstu dia mnta deposit 2k bla dia dh try bg lulus . bila blik rmh sy try kira smua dkt 50k lbh pnjaman sy.lst sy mnta dia onhold dlu.mslhnya mak sy suruh p ambk detail pribadi mcm pyslip apa smua tu . sy jd takut nk wssp org tu.mcm mana nk bgtau ya ..
ABG GYL says
Tak ada masalah ada pada dia. Selagi anda tak sign, selagi itu loan tak anggap diterima. Pinjam RM30,500 dan total bayarn hampir Rm50k adalah tidak mengejutkan. Adalah perlu tahu faedah untuk 2nd car adalah lebih tinggi daripada kereta baru.
Shah says
Saya berminat dengan sebuah kenderaan ni. Mitsubishi Spacegear. Dalam kategori mpv. Saya berkenan kerana ruangnya yang besar dan luas dan harganya yg berpatutan. Masalah saya mencari maklumat di internet tak banyak mengenai model ini di Malaysia. Tahun buatannya adalah tahun 2003. Agak lama juga. Berbaloi kah untuk saya miliki?
GN says
Boss Sy nak keta kancil than 2007...dgn harga Rm2800.(OTH)...To harga mcm Tak msk akal...murah sangat....beli dari dealar.... Boleh ke percaya ?
fauzan says
salam admin , saya mempunyai minat mendalam kereta honda fd 2.0 .sec.hand tahun 2010 . hasil drpd coment rakan2 lain dkt sini bnyk yg kene tipu dlm hal membeli kereta secondhand .jadi saya rase takut untuk beli kereta second wlaupun minat mendalam dkt fd 2.0 .selalunya beli kereta second kene bagi duit booking , dan akan tunggu urusan loan dari bank . persoalannya admin , bagaimana cara untuk membeli kereta second ni dgn betul ? maksudnya mengenai cara pembelian dengan betul .
ABG GYL says
Kena tengok sama ada beli daripada individu mahupun di kedai. Apa-apapun, pastikan tengok kereta dulu dan buat semakan di JPJ, baru buat keputusan
Anis Syahirah says
Saya ada beli kereta second hand tp tak habis bayar lagi. Saya ingat nak tolak kereta tu nak ambil kereta second hand baru. Macam mana ye procedur nya? Kena bayar lebih apa2 tak utk tolak kereta lama tu?
Mimi says
Salam admin.. sy baru saja beli kereta terpakai.. lepas dari tanda tangan surat2 dekat bank.. selang bpe hari kami ke kedai ambil kereta dan geran.. itu sahaja ke? Xde surat menyurat dr bank?? Dan tarikh bayar pon kami xtahu.. tokey kedai ckp tarikh lbih kurg dgn tarikh amik kereta.. mcm tu je ke..
Maaf..pengalaman pertama beli kereta
ABG GYL says
Untuk tarikh boleh semak dengan pihak bank bilakan due date. Pihak bank akan bagi tahu.
Lydia Shukor says
Salam lyana,
Kalau saya nak beli kereta second dengan harga body saja. Ap process yg perlu saya buat? Sbb kalau ikut harga kedai OTR, beza harga kereta dan OTR boleh cecah RM3000. Boleh ke saya buat process tukar nama, Puspakom dan etc sendiri?
ABG GYL says
Tiada masalah sepatutnya
Luffy Amzur says
Salam admin,
Mintak pendapat skit, kereta 2nd dr used car harga body rm42900 (cat 1 layer & bodykit ori) Hrga OTR jejak 51k = jpj, bank, puspa and invoice kedai rm4k++ (duit cat, bodykit & warranty). 1 soalan sy, hrga invoice tu sptotnye msok dlm harga body rm42.9k skali tp ini diasingkan. Adakan berbaloi bg pendapat admin untuk saya menanggung kos rm8.1k untuk OTRkan kereta? Sbb sy ada bg tau downpayment sy ad rm7k. Rsau bila used car dgar ad downpayment, dye mmpermainkan duit kita. Jst mnx pendapat sblom sign aggrement. 1st car.
Muhd Saufi says
Salam admin, sy bru bekerja selama 8 bulan, jd sy ingin membeli kereta 2nd hand. Sbb terlalu minat dengan Volkswagen golf... Jd sy survey online skit golf 1.4 tahun 2011 dgn harga rm50000 kebawah. Klu buat loan sy mampu bayar. Tp sy kurang pasti dgn kereta ini sama ad memberi bebanan atau tidak pada masa akan datang. Jadi sy nak mntak pendapat admin perlukah sy teruskan niat untuk memeliki kereta ini atau pun cari model kereta lain?
Khamsiah says
Saya nak minta pendapat,nama saya dah blacklist tp saya nak membeli kereta secondhand dengan cara loan kedai...adakah wajar dan apakah keburukannya klu saya buat loan kedai...
ABG GYL says
Loan kedai tiada masalah, cuma interest tinggi sedikit. Jika terpaksa, boleh teruskan tapi anda harus tahu interest dia tinggi sedikit berbanding bank.
Qaseh says
Salam admin,
Minta pendapat saya ingin beli kereta 2nd dgn harga body rm34k gaji basic rm1700+650(tetap) adakah loan saya lepas? Dan berapakah deposit yg sy patut bayar kpd pihak bank jika loan sy dululuskan?? 1st beli kereta 2nd
Remy says
Salam admin..sy berhajat untuk membeli kereta vios thun 2016 second hand berharga RM32K..owner nya hanya mahukan bayaran cash shaja..bolehkan sy membuat full loan untuk kereta ini?
Remy says
Salam admin..sy berhajat untuk membeli kereta vios thun 2016 second hand berharga RM32K..owner nya hanya mahukan bayaran cash shaja..bolehkan sy membuat full loan untuk kereta ini?
Aman says
Salam tuan nak.mintak pendapat.. saye berminat dengan kia forte tahun 2012.. ok ke.. bagaimana caranya saya nak check milage di SC..
Lokers says
Saya nk beli kereta 2nd..saleman ckp loan dah nk lulus cume nama sy ade saman jd x bleh tukar nama perlu setelkan saman..betol ke..
ABG GYL says
Ya betul
Ebby says
Admin nak tanye sy nak beli kereta nak buat loan satria neo r3 dia suruh bayar deposit rm1000 untuk proses semua tapi kalau contohnya loan tu tak lulus macam mana admin dapat balik tak deposit tu??
ABG GYL says
Itu harus dibincang semula dengan penjual
Che Qiim says
Salam. Admin. Saya berminat nak beli kereta Avanza second auto. Boleh berikan panduan khusus berkaitan selok belok kereta Avanza atau kepada rakan Yang Ada Avanza. Saya nak beli ni kerana saya jenis family type. Senang nak bawa family. Mohon respon daripada Admin.
ABG GYL says
Boleh, paling penting boleh ikut tip kami beri. Sebelum pergi tengok kereta, bawa kawan kerja mekanik atau upah mekanik untuk ikut sekali.
Che Qiim says
Baik. Nanti saya maklumkan hasil dapatan saya apabila telah ikuti panduan Yang tuan berikan.
Ros says
Salam admin, nak tnya pendapat, berapa harga yg biasanya ditetapkn oleh penjual utk 'process fee'? Sy cadang nk beli kereta jenis mpv harga Rm40k. Loan dh lulus cuma x sain agreement lg. Penjual mintak rm500 untuk deposit. Process fee + insurans +road tax dan lain2 dia mintak rm5500. Bagaimana pendapat tuan?
chazeela says
salam admin,tumpang iklan, sy nk jual kereta sy Honda city iDsi 2008 . Harga 24K . Berminat sila hubungi 0148605353 .Tq admin
fifi says
salam bossku, sy nk beli cash kereta 2nd dgn kedai kereta tpakai. sy nak tau dokumen apa nk bawa,berapa duit kena bawa dan sy x setuju kalu kena bayar 20k pada hari prtama tengok kereta.. boleh ke bayar dgn kedai selepas tukar nama? perlu bayar deposit tak kalau xnak bayar penuh pada hari pertama tu? boleh terus ambik kereta ke bila pergi ke kedai pada kali kedua? xleh lh banyak2 kali ulang alik sana..
Norhayati says
Admin... Tlg reply msg sy..sy nk beli keta nissan xtrail.. Loan pun dh lulus tp kn tambah lbh kurang 17k..sy nk trade in kereta toyota wish sy.. Tp td salesman ckp nk trade in kn ad surat AP.. Masalahnya kereta wish tu dl sy beli 2nd hand dan sy xpnh pl tgk surat AP atau terima dr used car.. Salesman ckp xde surat AP xblh jual kereta wish..mmg mcm tu ke syarat nk trade in keta?
Abang GYL says
Untuk kereta dijual semula rasanya tak perlu surat AP. Sebab kereta itu sudah di bawa masuk ke Malaysia dan tak perlu lagi benda itu.
Aini says
Kalau beli kereta second 0 down-payment boleh ke??
Chekim says
salam admin,tumpang iklan, sy nk jual kereta sy Honda city iDsi 2008 .
Harga 22K
Tiada Hutang dengan Bank
Tidak pernah kemalangan
Tukar sbb beli kereta baru
Enjin baik, Leather seat,auto
Berminat sila hubungi 0148605353 .Tq admin
AnisMalin says
Abg GYL,
nk cter ni. sy rasa salesman dah kelentong suami sy la. suami nk beli preve tuk ayah dia. loan dgn aeon dh lepas, tp xdpt loan harga penuh kereta tu, kena tmbh 6k tp ayah dia x setuju. jd suami sy dicadangkn tukar myvi jela. tibe2 dah tukar tu, salesman tu suruh suami sy byr deposit 500 tuk booking (dah byr), lepastu harga otr jauh sgt dgn market value. loan dpt 24k je jd dia suruh suami sy byr dp 13k, service 1ribu & kereta tu ada kemek dia suruh suami sy byr 1500 tuk repair, ape kebnde myvi lg mahal dr preve ni..pastu knp repair suami sy kne byr pulak. suami sy dah sign aggrement, tp dia kata dh byr 13k bru bole tukar nama, and then baru je ckp yg repair tu suami kne tanggung. bole x kalau nk cancel? mcm merepek je salesman tu
Abang GYL says
Kalau loan dah sign, memang tak boleh patah balik. Tapi selagi tak sign ambil kereta, penjual tidak akan dapat duit dari bank. Jadi boleh report pada pihak tertentu
fira says
Abg GYL,
Sy beli kereta direct owner. owner still ad hutang dengan bank. owner upah broker tuk jualkan kereta. broker caj RM3500 untuk processing fee. loan dah lulus tp blom sign agreement lg. baru ni broker bg tau banker mtk RM330 untuk saya bayar dekat banker ms sign agree,emt nti untuk transfer ownership tak termasuk inspection, service fee RM180. betul ke sy kne byar dekat banker .. bukan dah termasuk ke dekat processing fee yg sy bayar broker. bole tlg x bg pendpt ..plss
Nak tahu says
1. Kereta atas nama sendiri dah jelas/settle loan di bank.
2. Cadang nak finance semula utk dapatkan cash
Soalan :-
1. boleh ke tak boleh finance semula atas nama sendiri;
2. Cadangan institusi kewangan yang membenarkan finance for cash under same name
terima kasih.
Eliza says
Bank mana yg mudah bagi loan kereta 2nd hand?yang kereta tu bukan jenama popular
Rata2 bank sekrg tahun 2020 ni tak ambil loan kereta 2nd hand & sesetgh bank yg amik pun yg berjenama popular mcm Toyota & mereka tengok model apa& tahun buatan nya bila.
Alasan mereka kereta brand tak famous tiada dlm loan listed & isu valuations.
amad says
kalau ada borang pihak salesman offer utk cover kerosakkan kereta tu mcm mana ye dan kerosakkan yg mcm mana ditanggung? pihak kedai atau insurance yang tanggung? tempoh jaminan?
Afiq says
Admin... Sy ada cari wira terpakai utk adik Ipar... Trjumpa yg elok kt klang... Lepas tgk kereta kami byar rm500 deposit... Tp bila dh balik baru tergerak hati nk cek SAMAN kereta tu.. Lps cek dpt tau kereta masih ada 8 SAMAN lama rm2800.. Kalau sy tros kn niat beli wira tu adakah adik Ipar sy yg akan tanggung SAMAN tu lepas dah siap tuka nama pd geran? Atau patutkah sy batal kn niat beli wira tu... Boleh kah sy dptkn blk duit deposit tu... Mohon pencerahan admin... Tq
Abang GYL says
Saman atas nombor plat kereta atau owner?
Ali says
Salam.
Saya nak tanya, apakah faktor yang akan mempengaruhi interest dari bank? Adakah kereta used akan dikenakan caj interest lebih tinggi berbanding keret baru?
Abang GYL says
Wsalam. Ya, interest loan kereta terpakai adalah lebih tinggi berbanding kereta baru. Antara faktor lain membuatkan faedah lain-lain bergantung pada Bank dan skor kredit anda.
syuhkriee says
mohon admin listkan usedcar yang boleh dipercayai dan mempunyai kekuatan tersendiri.
Siti says
Salam admin nk tnye
Klu Kita nk beli kereta diused car tp Kita beli body sj lain2 Kita uruskan sdr proses tukar nama,puspakom bole ke?sbb sy tgk rata2 bila usedcar yg uruskan bole cecah 5-6k tambahan utk processing kereta OTR..
Mohon pencerahan
Abang GYL says
Boleh jika dibenarkan
Riena Che Hashim says
Asmlkm min...sy nk tnya tntg prosedure beli kereta terpakai nie....contoh mcn sy di selangor & kereta tersebut dikedah...jika sy pergi kesana utk melihat kereta & sy berkenan, adakah proses tukar nama & kereta boleh dibawa pulang dlm masa sehari tersebut? Mohon penjelasan...
nur juliana says
salam min..skrgni sy dlm proses pemilikan kereta trpakai..kt sni ada sedikit keraguan..perlu ke caj agreement bila kita beli kereta? dorg caj smpai rm650..kt sini sy bgthu apa yg dorg caj..
tukarnama-650
agreeemnt-650
puspakom-380
invoice-600
roadtax-100
lojik xdgn hrga2 yg dorg caj ni min?sbb sy xprnah beli kreta 2nd hand..yg sedia ada skrg ni kereta baru..mohon min bg pencerahan ye. terima kasih
Abang GYL says
Kalau ikutkan agrement dan invoice tak ada caj itu.
Tukar nama kalau ikutkan RM150 dan bukannya RM650, Puspakom pula sekitar tak sampai RM100.
sham says
salam
saya nak bertya asal status kereta preowned
siapa ada pengalaman blh share. pro and con beli kereta bekas preown
saya plan nk beli kereta dgn kwn. asalnya dia beli kereta preowned. dlm kes ni..jika saya beli dr kwn..maka kire saya 3rd owner atau 2nd owner?
note: usia kereta thn ke6..
tkasih atas info yg bakal dikongsikan
Fatimah says
Saya nak tnya, macm mna nk tahu yg kereta tu bebas hutang dan senarai hitam .
Zan says
Saya nak tanya pakcik sya beli kete second dan baru shaja pakai dlm dua hari tiba2 tempeture naik dan menyebabkan overheat . Bila rujuk balik pada kedai tersebut harga kos sehingga 1800 . Dan pihak kedai minta bayar 500 selebihnya pihak kedai kereta tersebut tanggung. Sya nk penjelasan adakah kes mcm ni cust perlu keluar duit atau pihak kedai yg kene bertnggung jawap sepenuhnya sbb kereta baru dua hari pakai dari tarikh keluar kete .
Helmi says
saya ada berkenan dengan 1 kereta used car Volkswagen Polo TSI 1.2 keluaran 2012, bagi admin kereta tu ok ke?? sbb saya dah cari kat mana mana website tanya ok ke pakai kereta tu, tapi still tak ada jawapan, jadi saya nak tanya orang yang lebih tau tentang kereta mcm mana. ok ke tidak.
sya says
saya ada buat loan untuk nissan almera and 100 loan, sebab before ni saya nak myvi dp 3k tp dia kata better amik nissan. tp masalahnya nissan almera tu tahun 2014 and monthly 650. macam terlalu tinggi untuk kereta lama. apa yg perlu saya buat ? ada kah saya dibodohkan ?
Cik lili says
Suami saya ada beli kereta second, ada waranti setahun. Tak sampai setahun kereta dah dua kali masuk bengkel, first kerosakan masatu abs pump. Yang kali kedua ni pula masalah piston dah kene overhaul. Saya risau akan jangka masa panjang duit kami habis kene betulkan kereta sahaja. Persoalannya, jikalau saya report ke tribunal tentang kereta yang tak sampai setahun tapi dah macam macam kerosakkan. Adakah akan dapat pampasan atau tindakan sepatutnya?
Azhan O says
Kereta terpakai memang kebanyakannya tiada waranti, kecuali beberapa kedai yang menawarkan waranti khas. Itupun dalam tempoh terhad sama ada 3 bulan atau 6 bulan.