Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Inilah 7 Tawaran Baharu Kepada Pengguna & Pemandu Uber Malaysia
Auto Terkini

Inilah 7 Tawaran Baharu Kepada Pengguna & Pemandu Uber Malaysia

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju15/03/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

pemandu uber
BAGI menawarkan perkhidmatan lebih baik kepada pengguna dan meningkatkan pengalaman kepada rakan-rakan pemandu, Uber Malaysia melancarkan kempen ‘Driver Forward’ selama tiga bulan yang berasaskan kepada tiga perkara: Sokongan, Fleksibiliti dan Pendapatan.

Fokus utama itu ialah hasil maklum balas pemandu beberapa bulan lalu. Di bawah faktor Sokongan, pihak Uber menumpukan kepada penambahbaikan berterusan dalam memberi sokongan kepada pemandu dan meningkatkan keupayaan perolehan pendapatan.

Bahagian Fleksibiliti pula bertujuan memudahkan pemandu membahagikan masa memandu Uber dengan keutamaan masa peribadi mereka. Pengurus Besar Uber Malaysia, Karina Ali Noor berkata, pemandu Uber berpendapat Uber perlu melakukan penambahbaikan.

“Kami mendengar maklum balas itu dan mengumumkan kempen ‘Driver Forward’ sebagai salah satu usaha menjadikan pengalaman pemanduan lebih baik buat pemandu.

“Mereka memainkan peranan penting dalam pertumbuhan Uber di Malaysia dan kami akan terus mendapatkan kepercayaan mereka,” katanya.

BACA >>> Quick Ride Tawar Skim Beli Proton untuk Pandu Uber Serendah RM45/hari, Servis Percuma!

insentif uber
pemandu uber
pemandu uber
insentif uber
pemandu uber
insentif uber
pemandu uber
pemandu uber

PENAMBAHBAIKAN BUAT PEMANDU UBER

Selain itu, Uber juga mengumumkan pembaharuan sokongan pelanggan lain, penambahbaikan dasar dan produk di bawah bahagian Sokongan yang boleh didapati 100 peratus kepada rakan pemandu Uber. Antaranya:

1. Sokongan Bahasa – BM: Ciri ini akan ditambah pada sokongan saluran telefon 24/7 buat rakan pemandu. Apabila menghubungi talian hotline, mereka boleh memilih ejen berbahasa Melayu atau Inggeris.

2. Polisi Hilang dan Jumpa: Pemandu yang memulangkan barangan yang hilang akan menerima token RM10.

3. Yuran Pembersihan: Pemandu akan diberikan token RM20 sekiranya mereka memilih untuk membersihkan kenderaan mereka sendiri, dan tidak perlu mengemukakan resit. Bayaran tersebut berdasarkan kepada jumlah kotoran dan pembersihan yang perlu dibuat.

4) Warna Kereta: Ikon kereta dalam aplikasi akan mengikut warna sebenar kereta pemandu yang boleh dilihat sendiri dalam peta. Ini membantu meningkatkan pengalaman mengambil penumpang dan membolehkan kedua-dua pihak mengecam sesama sendiri.

5) Pemandu Berkongsi Trip Perjalanan: Sama seperti ciri yang ada pada penumpang, pemandu kini boleh berkongsi lokasi peta secara live, status perjalanan dan maklumat berkaitan dengan lima nombor pra-pilihan ketika online.

6) Tempahan untuk Orang Lain: Apabila penumpang memohon Uber untuk rakan dan ahli keluarga, pemandu akan dapat melihat nama penumpang yang dijemput dan nombor dihubungi. Penumpang berkenaan akan menerima sistem pesanan ringkas (SMS) terdiri daripada butiran nama, jangka masa tiba (ETA), model kereta, nombor pendaftaran kereta dan maklumat nombor telefon.

7. Peringatan Penilaian dan Maklum Balas: Penumpang diminta memberikan penilaian selepas perjalanan dan pemandu akan menerima tip pro untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik.

Dalam beberapa bulan akan datang, Uber akan memperkenalkan satu set inisiatif dan perubahan komprehensif, bertujuan meningkatkan pengalaman rakan pemandu, terutama bawah tonggak Pendapatan dan Fleksibiliti.

BACA >>> Panduan Rating GrabCar, Uber – Berapa Banyak Bintang Patut Anda Beri?
pemandu uber

HAB GREENLIGHT

Sementara itu, Uber Malaysia turut memperkenalkan Hub Greenlight, iaitu pusat sokongan di Petaling Jaya kepada rakan pemandu. Berkeluasan 4,600 kaki persegi, hab itu mampu melayan hingga 1,000 pemandu seminggu.

Ini termasuk memberikan perkhidmatan walk-in kepada pemandu yang memerlukan bantuan. Kemudahan itu merangkumi bilik taklimat yang akan digunakan untuk sesi pengenalan kepada pemandu baru dan lama, serta lokasi komuniti untuk pemandu Uber.

Hab berkenaan ialah komitmen jangka panjang Uber dalam menyokong rakan kongsi pemandu dan mengembangkan perniagaan di Malaysia.

GALERI
pemandu uber
pemandu uber
insentif uber
insentif uber
pemandu uber
insentif uber
pemandu uber
pemandu uber
pemandu uber
pemandu uber
aplikasi uber driver foward hub greenlight insentif uber pemandu Uber promosi uber Uber Malaysia
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    BYD Alor Setar sambut Yangwang jelajah Malaysia
    Auto Terkini

    Jelajah Yangwang U9 China – Malaysia Tiba di Malaysia, Disambut BYD Alor Setar

    06/07/2026
    Auto Terkini

    Sistem Navigasi Bawa Lima Warga China ‘Teroka’ Gaung Sedalam Tujuh Meter

    03/07/2026
    Harga diesel Semenanjung Malaysia
    Auto Terkini

    KPDN Batal Kawalan Jualan Diesel di Sabah, Sarawak, dan Labuan Mulai Hari Ini

    01/07/2026
    Passport dan MyKad wahaj baharu akan diperkenal dalam enam bulan
    Auto Terkini

    Pasport Malaysia Baharu Dengan Tempoh Sah Laku 10 Tahun Kini Boleh Dimohon

    01/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur (TASKL)
    Auto Terkini

    Tiada Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur Tahun Ini

    By Shazwan Hisam30/06/2026
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Vespa Edizione Ottantesimo 2026
    Roda2

    Vespa Edizione Ottantesimo 2026 – Model Unit Terhad 80 Tahun dengan Enjin 310 HPE Kuasa Tinggi

    By Abang Hirata02/07/2026
    Toyota Corolla Cross 2027
    Roda4

    Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

    By Abang Hirata04/07/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    Autotainment

    Protected: Nak Pakai EV Tapi Risau Nak Cas? Inilah Cara GWM Hi4 Selesaikan Masalah ‘Range Anxiety’

    By Han Othman28/06/2026
    Roda2

    Honda CBR650R, CB650R E-Clutch Terima Warna Baharu Untuk 2027

    By Shazwan Hisam03/07/2026
    Mazda Roadster Special Edition PS 2026 Jepun.01
    Roda4

    Mazda Roadster (MX-6) 2027 untuk Jepun, Dapat Edisi Khas PS Baharu

    By Abang Hirata29/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.