Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»Inilah 7 Nissan GT-R Edisi Khas yang Paling Wow!
Autotainment

Inilah 7 Nissan GT-R Edisi Khas yang Paling Wow!

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju06/08/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SETIAP generasi Nissan GT-R ada keistimewaan tersendiri, tetapi model 1990-an ialah dekad yang merintis tradisi naik taraf edisi istimewa dan terhad, malah kekal bertahan hingga hari ini.

Lencana GT-R melakar sejarah 50 tahun yang cukup gemilang, daripada gelaran Hakosuka ketika awal kemunculan  hingga kemunculan mesin R35 yang cukup buas dan membuka mata dunia. Walaupun GT-R sudah wujud sekitar 50 tahun, tetapi 1990-an ialah tahun permulaan untuk fasa komersial bermula.

BACA >>> Hot Wheels Tambah Dua Lagi Model Skyline – R30 dan R33 GT-R – Bakal di Pasaran

Pada permulaan dekad itu, versi R32 tiba sambil disusuli kejayaan demi kejayaan besar dalam beberapa siri perlumbaan dan gagal disaingi pesaing lain. Di sinilah bintang dunia permotoran dilahirkan. Apabila Nissan melancarkan model edisi khas, semestinya itu ialah kereta buatan Jepun paling istimewa dalam sejarah.

Di bawah ini kami senaraikan 7 model terbaik GT-R edisi khas tersebut:

1. R35 GT-R50


Kita mulakan dengan model paling terkini, iaitu GT-R sempena ulang tahun ke-50. GT-R ini sangat istimewa bukan hanya kerana 50 unit dikeluarkan, tetapi setiap satu unit direka berbeza. Rupa badan nampak seperti diambil daripada komik DC yang dikustomkan.

BACA >>> Nissan GT-R50 Sentuhan Italdesign yang Serba Memukau

Daripada naik taraf turbo spesifikasi GT3 hingga pilihan warna, kemasan gentian karbon rekaan sendiri, damper khas dan apa saja imaginasi pembeli boleh dizahirkan. Maka, GT-R50 ialah jawapan Nissan kepada permintaan pengguna yang semakin meningkat untuk memiliki sebuah supercar ultra eksklusif. Harga? Cuma sediakan £800,000 (RM4.3 juta) atau lebih. Itu belum lagi ditambah opsyen dan ciri kustom.

2. R32 SKYLINE GT-R NISMO


Sekarang, mari kita kembali kepada Godzilla pertama, kereta yang bertanggungjawab menyingkirkan Ford Sierra Cosworth dalam perlumbaan kereta touring, Grup A Australia. Senang cakap, R32 benar-benar juara. Malah, perlumbaan jadi sangat membosankan hingga banyak pengeluar memutuskan menarik diri. Semuanya gara-gara raksasa Godzilla, R32 GT-R yang dinobatkan sebagai raja baru dengan kuasa memusnahkan sesiapa saja yang cuba menghalangnya.

Varian Nismo ialah homologasi edisi terhad istimewa yang diperkenalkan pada 1990. Cuma 500 unit dihasilkan dengan 60 unit lagi ialah versi lumba. Didatangkan dengan ambilan udara tambahan, manakala gril berjeriji dibuang untuk menambah baik aliran udara ke intercooler.

Ada spoiler lip bonet untuk membantu mengalirkan lebih banyak udara sejuk ke bahagian enjin, termasuk dan spoiler lip but yang berfungsi meningkatkan dayatujah (downforce) belakang.

3. R33 SKYLINE GT-R NISMO 400R


Pada tahun dikeluarkan, tiada model lain yang lebih cool melainkan model ini. Nissan pada 1996 memutuskan membina model jalanan edisi khas yang berasaskan jentera GT-R Le Mans, dan model terpilih itu ialah R33 Nismo 400R.

Hasilnya, model ini mampu menghamburkan kuasa 400hp daripada enjin 6 sebaris 2.8L RBX-GT2, bersama dua pengecas turbo besar. Ia juga model manual dengan kotak gear Getrag yang disalurkan lancar ke sistem pacuan semua roda (AWD). Nissan khabarnya cuma menjual 44 unit model ini di Jepun walaupun ada sumber lain mendakwa pengeluarannya ialah 99 unit.

4. R33 SKYLINE GT-R 40TH ANNIVERSARY AUTECH


Inilah GT-R yang betul-betul 4 pintu yang hari ini sudah pun diharamkan pengeluarannya. Cuma versi Autech (1998) sengaja dibuat begitu sempena meraikan ulang tahun Skyline (bukan GT-R) ke-40.

BACA >>> #Videotomotif: Audi RS 6 Avant ‘Tapau’ Nissan GT-R dalam Lumba Drag

Model khas Autech dijana enjin dan transmisi gear daripada R33 GT-R yang dipasangkan pada casis yang lebih panjang dan kecil. Namun, ia masih AWD dan mampu dipandu buas seperti sebuah GT-R. Cuma boleh berpura-pura sebagai kereta famili.

5. R35 GT-R 45TH ANNIVERSARY


R35 GT-R ini dibuat sempena ulang tahun ke-45, yang tiba 17 tahun selepas ulang tahun ke-40 menerusi Autech. Secara teknikal, GT-R pertama dilancarkan pada penghujung 1969, tetapi Nissan mungkin agak terlambat untuk merealisasikan potensi model edisi spesial Ulang Tahun ke-45 dan melancarkannya setahun kemudian.

Ia dibina berasaskan model hardcore R35 dan dijadikan supaya lebih mudah digunakan untuk rutin harian. Suspensi dilembutkan. Jadi, ia kurang agresif di bandar. Lain masih kekal sama kecuali ciri dalaman spesifikasi tinggi dan satu plak yang tertera nombor pengeluaran kereta itu. Hanya 100 unit dikeluarkan.

6. R34 SKYLINE GT-R NISMO Z-TUNE


Model ini boleh digelar sebagai bapa kepada semua GT-R edisi khas era Skyline. Inilah Nismo Z-Tune yang fenomena. Jentera ini dibina sempena meraikan 20 tahun Nismo dalam bidang talaan prestasi dan setiap satu daripada 20 unit dipasangkan menggunakan tangan.

Model ini belajar daripada R34 yang bersaing dalam kelas GT500 R34. Selain membesarkan kapasiti enjin kepada 2.8L, kereta ini juga dipasangkan dua pengecas turbo besar dan komponen karbon besar untuk mengimbangi penambahan berat. Berat Z-Tune ialah tidak lebih R34 GT-R standard. Bahagian terbaik? Lonjakan kuasa hingga 500hp.

BACA >>> Aksesori Nissan GT-R Paling Mahal Buat yang Banyak Duit, Harga Brek Cecah Lebih RM200k!

R34 GT-R  dipecahkan antara 718 V-Spec II Nurs and 285 M-Spec Nurs. V-Spec II (V untuk Victory) dan Nur (untuk Nurburgring) cukup mengagumkan.

Namun, kebangkitan sebenar ialah M-Spec (untuk ketua jurutera kereta – Mizuno) Nur. Ia mengambil V-Spec II dan menambah damper ‘Ripple Control’ yang lebih sensitif kepada bonggol kecil dan melancarkan pengendalian tanpa mengabaikan kawalan badan. Supercar ini hanya ada dalam warna emas khas, dengan padanan aksen dalaman.

Walaupun kuasa rasmi ialah 276hp, tetapi model Nissan disiapkan untuk menampung lebih kuasa, hingga 330bhp. Hanya dengan sedikit penambahbaikan saja sudah boleh meningkatkan kuasa kepada 450hp. Mungkin Z-Tune ialah bapa, tetapi M-Spec Nur ialah jentera final!

SUMBER: CarThrottle

autotainment edisi khas Nissan Nissan GT-R Nissan Skyline GT-R R35 Roda4 Skyline Supercar
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Mazda CX-60 dan CX-80 2026 Jepun, Naik Taraf dan Gugur Varian Untuk Mudah Pilih

    19/03/2026
    Volkswagen ID. Cross 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Volkswagen ID. Cross 2027 Tampil Rekabentuk Ringkas, Harga Marhaen

    19/03/2026
    Sukan Permotoran

    dari April Fool ke Litar: BMW M3 Touring 24H Sah Berlumba di 24 Hours of Nürburgring

    18/03/2026
    Lepas Malaysia buat baju raya khas
    Auto Terkini

    Lepas Tampil Strategi Jenama Berteras Komuniti Menjelang Pelancaran Malaysia

    19/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Autotainment

    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

    By Admin PanduLaju12/05/2021
    Honda Rebel 2026
    Roda2

    BSH Perkenal Warna Baharu Honda Rebel 2026

    By Shazwan Hisam13/03/2026
    QJMotor AX200s recall
    Auto Terkini

    Isu Mufler Retak: QJMotor Malaysia Panggil Balik Skuter AX200s

    By Shazwan Hisam17/03/2026
    Proton X90 2026 facelift
    Auto Terkini

    Tiada ADAS, Proton X90 2026 Facelift Kini 1-Bintang Sahaja!

    By Han Othman15/03/2026
    WMoto NX150S 2026
    Roda2

    Skuter Urbah, WMoto NX150S 2026 Lancar di Malaysia, Harga RM6,688

    By Shazwan Hisam16/03/2026
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    PMX Datuk Seri Anwar Ibrahim dan tol
    Auto Terkini

    Diskaun Tol 50 Peratus Sempena Aidilfitri 2026!

    By Shazwan Hisam18/03/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.