• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Nissan GT-R50 Sentuhan Italdesign yang Serba Memukau

Nissan GT-R50 Sentuhan Italdesign yang Serba Memukau

July 3, 2018 By AI 2 Comments

98
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PADA 28 Jun lalu Italdesign dilaporkan memfailkan nama GT-R50 di Pejabat Harta Intelek Kesatuan Eropah (EUIPO). Sehari selepas itu, Nissan dan Italdesign mendedahkan hasil rekacipta menakjubkan yang pasti membuatkan ramai terpesona.

Nissan GT-R50 ciptaan Italdesign dibangunkan sempena meraikan ulang tahun ke-50 Italdesign dan GT-R. Italdesign dimiliki VW Group, berfungsi sebagai firma yang pembangunan, kejuruteraan dan pembuatan kereta, manakala pasukan Rekabentuk Nissan Eropah (NDE) di London dan Rekabentuk Nissan Amerika (NDA) di San Diego bertanggungjawab atas kerja penggayaan.

Model tersebut sebenarnya dibina berasaskan GT-R R35, tetapi apabila melihat rekabentuk luaran yang radikal, ramai  mungkin tidak menyedarinya.


Seperti pratonton GT-R generasi akan datang, GT-R50 tampil seperti R35 dari 20 tahun akan datang. Penampilan meraik ialah hujung belakang bercat emas yang dikontraskan dengan warna badan hitam. Lampu belakang terapung tampak menakjubkan dan mirip lampu belakang model konsep Nissan 2020 Vision Gran Turismo. Ruang kabin juga dikemas kini yang kelihatan lebih moden berbanding R35 biasa bersama trim emas supaya sepadan dengan luaran.

Di sebalik bonet ialah enjin V6 3.8L twin-turbo yang pertingkat dengan pengecas turbo besar daripada GT-R GT3, intercooler besar, aci engkol tugasan berat, piston berbeza, rod penyambung dan bering baharu, injektor bahan api aliran tinggi dan banyak lagi.

Transmisi dual-klac (DCT) sekuensial 6-kelajuan pada transgandar belakang dan diferensial juga dipertingkat yang memberikan GT-R50 kuasa maksimum hingga 710hp dan tork 780Nm.

Ketua Pereka Nissan, Alfonso Albaisa menganggap  detik ini sebagai peluang yang jarang berlaku apabila dua peristiwa besar bertemu, iaitu ulang tahun ke-50 Italdesign yang membentuk dunia automotif dan ulang tahun ke-50 Nissan menerusi GT-R ikonik menyeronokkan.

"Bagi meraikan pertembungan ini, Nissan dan Italdesign mencipta GT-R kustom sempena 50 tahun dalam kepemimpinan kejuruteraan.

"Walaupun bukan GT-R generasi akan datang, ini ialah perayaan dua ulang tahun mengujakan dalam cara provokatif dan kreatif - yang menyimpulkan salah satu platform kejuruteraan Nissan terbaik dan rekabentuk Jepun dengan seni bina Itali," katanya.

Seperti dimaklumkan Albaisa, GT-R50 ini bukan Nissan GT-R versi akan datang. Namun, agak mengejutkan jika mereka tidak menayangkan rupa luaran dan dalaman GT-R 'R36'. Apapun, sebelum kemunculan R36, kehadiran GT-R50 dalam jelajah promosi Eropah bulan depan, pasti ramai peminat permotoran tidak sabar menyaksikan gaya baharu supercar kegilaan ramai itu.

SUMBER: AutoGuide

98
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Alfonso Albaisa, Auto Terkini, EUIPO, GT-R50, Italdesign, Nissan, Nissan 2020 Vision Gran Turismo, Nissan GT-R, Nissan GT-R GT3, Nissan GT-R50, Rekabentuk, Roda4, Supercar

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

PanduLaju.com.my

Pilihan Ramai

  • Perodua Terima Tempahan Kenderaan Lebih 25k Dalam Tempoh Sehari!
    Perodua Terima Tempahan Kenderaan Lebih 25k Dalam Tempoh Sehari!
  • Penunggang Bawah 400cc Mula Guna Lebuhraya CCLEX di Filipina, Tol RM4.80
    Penunggang Bawah 400cc Mula Guna Lebuhraya CCLEX di Filipina, Tol RM4.80
  • 34 Motosikal Rosak Terbakar di PPR Kg Muhibbah, Polis Syak Unsur Khianat
    34 Motosikal Rosak Terbakar di PPR Kg Muhibbah, Polis Syak Unsur Khianat
  • Proton Perkenal Kilang Pemasangan Enjin 1.5 TGDI untuk Model Baharu di Tanjung Malim
    Proton Perkenal Kilang Pemasangan Enjin 1.5 TGDI untuk Model Baharu di Tanjung Malim

PANDU UJI

#PanduUji: Honda HR-V (2022) yang Bakal Jadi SUV Segmen-B Paling Win!!!

 KENDERAAN Utiliti Sukan (SUV) segmen-B dinantikan ramai, Honda HR-V … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda Civic FE (2022) yang Sedap Lain Macam!

 SOALAN paling kerap ditanya kepada abang, macam mana Honda Civic FE … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: 7 Fakta Asas Aprilia SR GT 200 (2022) Anda Perlu Tahu

APRILIA SR GT 200 (2022) yang diperkenalkan ke Malaysia Jumaat lalu … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my