Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»Inilah 6 Rahsia Kenapa Toyota Vios (2019) Kekal Relevan
Autotainment

Inilah 6 Rahsia Kenapa Toyota Vios (2019) Kekal Relevan

Han OthmanBy Han Othman23/12/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


TOYOTA Vios
mula diperkenalkan pada 2002 sebagai model yang dibikin khas untuk pasaran Asia Pasifik, dan pernah mengecapi gelaran sebagai sedan bukan nasional paling popular di Malaysia. Tanyalah eksekutif muda sekitar tahun itu, pasti Vios tersenarai dalam kereta idaman mereka.

Pada 2013, Toyota melancarkan Vios generasi ketiga yang dibangunkan berasaskan konsep ‘Distinctively Stunning’ (Perbezaan Menakjubkan), dengan hasrat menjadikan sedan subkompak itu sebagai model global berkelas dunia.

BACA >>> Lepas Pandu Uji, Inilah Pandangan Abang Mengenai Toyota Vios (2019)

Dengan pasaran automotif yang semangat sengit, perubahan trend, kepedulian pembeli kepada teknologi dan ciri keselamatan, Toyota menyedari betapa pengeluar itu tidak boleh lagi terlalu bergantung harap kepada aspek reliabiliti semata-mata untuk kekal relevan di mata pembeli.

Terbaharu pada Januari tahun ini, Toyota memperkenalkan Vios (2019), iaitu model generasi ketiga versi dipertingkat (facelift) dengan menampilkan pembaharuan cukup signifikan dari segi rekabentuk dan prestasi. Malah tidak keterlaluan untuk kita mengatakan edisi facelift ini mampu membuatkan model baharu ini kekal relevan di pasaran berdasarkan spesifikasi ditawarkan.

Agaknya, apakah rahsia Vios kekal relevan dan disukai ramai?

1. ENJIN 1.5 DOHC, CVT SEQUENTIAL SHIFT


Vios dijana enjin 1.5L DOHC Dual VVT-i berkuasa 105hp @ 6,000rpm, dan tork 140Nm @ 4,200rpm. Hantaran kuasa lancar ke roda disalurkan menerusi transmisi CVT 7-kelajuan dengan anjakan sekuensial aka Sequential Shift. Ciri mod pemanduan, Sport dan Eco menawarkan kualiti pengendalian mengujakan selain memberikan penjimatan bahan api.

2. ADA 3 VARIAN SEBAGAI PILIHAN

Pasaran tempatan ditawarkan dalam tiga varian: 1.5J, 1.5E dan 1.5G dengan lima pilihan warna biru metalik, merah metalik, hitam, perak metalik dan putih pada harga seperti berikut:

  • Toyota Vios 1.5J – RM77,200
  • Toyota Vios 1.5E – RM81,200
  • Toyota Vios 1.5G – RM87,300

3. LUARAN LEBIH ELEGAN

Penampilan Vios (2019) diserlahkan dengan ciri lampu utama berserta lampu siang (DRL) LED dengan ciri follow-me-home untuk semua varian, dan rim aloi 16 inci (untuk varian 1.5G sahaja), manakala varian G dan E diberikan ekstra gaya lampu kombi LED.

4. KABIN BERUBAH SEPENUHNYA

Perubahan paling ketara ialah ruang kabin. Papan pemuka dan panel instrumen direka baharu dan begitu juga kemasan baharu untuk upholsteri. Bahagian konsol tengah tampil serba baharu dan ditambahh dua slot pengecas USB di belakang.

Keselesaan penumpang dipertingkat menerusi lampu kabin dan ruang but luas serta sistem kawalan penyaman udara automatik untuk semua varian. Varian paling lengkap, 1.5G menerima meter Optitron berwarna dengan paparan multiinfo dan sistem infotainmen skrin sentuh 6.8 inci DVD-AVX dengan USB Mirroring (termasuk varian E), dan pedal syif.

Ciri standard lain untuk 1.5G termasuk kemasan kulit, dan cermin pandang belakang elektrokromik.

BACA >>> #PanduUji: Adakah Toyota Vios (2019) dengan Rupa Moden Masih Relevan?

5. KAWALAN STERENG DIPERTINGKAT

Pemanduan kini lebih senyap dengan mengurangkan kesan gegar dan bising menerusi penggunaan damper bunyi yang ditambah baik. Semua varian menerima penarafan maksimum Asean NCAP, lima bintang, terdiri daripada 7 beg udara SRS, Kawalan Stabiliti Kenderaan (VSC), Kawalan Traksi (TRC) dan Kawalan Bantuan Mula Daki (HSA).

Faktor keselamatan dipertingkat lagi dengan ciri tambahan seperti Pemantauan Titik Buta (BSM) dengan Amaran Trafik Lintas Belakang (RCTA), Monitor Pandangan Panorama (PVM), dan Perakam Video Digital (DVR) depan dan belakang.

6. JAMINAN TANPA HAD PERBATUAN

Bagi menghilangkan keresahan, Vios serba baharu ini diberikan waranti lima tahun dan tanpa had perbatuan, termasuk keahlian bantuan jalanan 24 jam untuk pemilikan tahun pertama. Ini membolehkan pemilik menerima bantuan sekiranya terkandas di jalan raya hanya dengan membuat satu panggilan telefon sahaja sepanjang 24 jam sehari selama seminggu.

BACA >>> Lakaran Bayangan Toyota Vios Generasi Baharu Ini Mungkin Buat Anda Jatuh Cinta

Roda4 Sedan sedan subkompak Toyota Toyota Vios (2019) UMW Toyota
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Nissan Tekton 2027
Roda4

SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

10/07/2026
Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027
Kenderaan Elektrik (EV)

Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027 – EV Prestasi 680hp, Jarak Pandu Lebih 670km

10/07/2026
Jaecoo J5 EV 2027
Kenderaan Elektrik (EV)

Jaecoo J5 EV 2027 Debut di Malaysia – EV Pertama Omoda | Jaecoo dengan Jarak Pandu 402km

09/07/2026
McLaren 788HS 2027
Roda4

Model Penutup Era Supercar, McLaren 788HS 2027 Diperkenal Hanya 200 Unit,

09/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
ARC XRS x Star Wars
Aksesori

Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

By Syafie08/07/2026
Roda2

Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

By Shazwan Hisam07/07/2026
ZXMoto 820RR-R 2027
Roda2

ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

By Shazwan Hisam08/07/2026
Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
Kenderaan Elektrik (EV)

Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

By Abang Hirata06/07/2026
Geely siar imej acah Geely Preface L90
Auto Terkini

Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

By Han Othman07/07/2026
Toyota Corolla Cross 2027
Roda4

Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

By Abang Hirata04/07/2026
Nissan Tekton 2027
Roda4

SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

By Abang Hirata10/07/2026
Auto Terkini

BMW 7 Series Protection Diguna PMX Bukan Kereta Rasmi Baharu Tapi Aset Sedia Ada Kerajaan

By Syafie08/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.