Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Inilah 5 Sebab Kenapa Anda Wajib Ke Ducati Penang
Roda2

Inilah 5 Sebab Kenapa Anda Wajib Ke Ducati Penang

Abang GYLBy Abang GYL15/03/20171 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Ducati PenangKHAS buat pemilik motosikal Ducati di utara tanah air. Anda patut rasa bertuah kerana memiliki fasiliti servis selepas jualan terbaik di Pulau Pinang.

Umum ketahui servis selepas jualan adalah ‘senjata’ utama kejayaan sesebuah produk atau jenama. Tiada guna produk bagus tetapi servis selepas jualan ‘suck’.

Produk haruslah seiring dengan servis selepas jualan. Jika kedua-duanya ada, kami yakin ia akan sukses.

ducati penangItulah pendekatan yang diambil oleh Ducati Penang dengan mengutamakan pelanggan. PanduLaju bersama rakan media lain baru-baru berkesempatan melawat Ducati Penang turut terkejut dengan pendekatan yang diambil. Biarpun hanya bergelar ‘pengedar’, inisiatif yang diambil oleh Ducati Penang jauh lebih bagus.

Bagi yang bercadang mahu membeli motosikal berkuasa tinggi dari Itali itu, Ducati Penang adalah tempat paling sesuai. Nak tahu kenapa? Inilah 5 sebab kenapa kami syorkan anda ke Ducati Penang.

ducati penang1. PUSAT SERVIS 5 BINTANG

Buat pertama kalinya di Malaysia, Ducati Penang menawarkan perkhidmatan servis pintu ke pintu secara percuma.

Selepas membuat temu janji, tim Ducati Penang akan datang ke rumah anda untuk mengambil motosikal dan menghantar semula selepas siap.

Ini bermakna anda tidak lagi perlu menghabiskan masa untuk menunggu di pusat servis sehingga motosikal siap. Paling penting, perkhidmatan ini diberikan secara percuma buat semua pemilik Ducati.

ducati penang2. MEKANIK & STAF BERPENGALAMAN

Demi kepuasan pelanggan, kesemua mekanik wajib menjalani latihan di Thailand. Begitu juga jurujual berpengalaman yang sedia membantu anda.

ducati penang
ducati penang

3. TUNGGANG UJI

Sebanyak enam unit Ducati disediakan untuk pelanggan yang berminat untuk ditunggang uji. Antaranya Ducati Multistrada Enduro, 959, 821, Scambler, Hypermotard dan xDiavel.

4. BANTUAN PINJAMAN

Untuk memudahkan pelanggan, Ducati Penang bekerjasama bersama Aeon Credit dengan menawarkan pinjaman untuk pembelian motosikal Ducati. Dalam erti lain, proses pembelian motosikal menjadi mudah dan cepat.

ducati penang5. LAYANAN VIP

Lebih menarik, Ducati Penang turut menawarkan servis tambahan kepada pelanggan yang jarang menunggang motosikal mereka.

Pengurus jualan bersama juruteknik akan ke rumah pelanggan untuk melakukan pemeriksaan. Tujuan utama Ducati Penang berbuat demikian ialah untuk memastikan jentera pelanggan sentiasa berada dalam keadaan baik dan bersedia untuk dibawa pada bila-bila masa.

Bagaimanapun, servis ini hanya ditawarkan di kawasan Pulau Pinang saja dan ia adalah percuma.

ducati penangKEPUASAN PELANGGAN DIUTAMAKAN

Menurut Pengarah Urusan Ducati Penang, Kheoh Hock Seng, pihaknya sangat menitik beratkan aspek servis selepas jualan dan kepuasan pelanggan harus diutamakan.

” Kami sememangnya memberi tumpuan penuh kepada servis selepas jualan kerana ia adalah tunjang utama bagi sesebuah jenama. Untuk itu kami sudah memperkenalkan servis pintu ke pintu secara percuma.

” Selain itu, kami sudah mengatur pelbagai aktiviti menarik sepanjang tahun ini bersama pemilik-pemilik Ducati di utara tanah air selain merapatkan hubungan silaturahim sesama mereka.

” Kami berharap pelanggan dapat terus memberi sokongan kepada Ducati Penang,” katanya lagi ketika program Ducati Penang Heritage Ride 2017 bersama media baru-baru ini.

Program Ducati Penang Heritage Ride 2017 turut dijayakan dengan sokongan daripada Canon Malaysia, Allianz dan Aeon Credit.

GALERI

Ducati Penang
ducati penang
ducati penang
ducati penang
ducati penang
ducati penang
ducati penang
ducati penang
ducati penang
ducati penang
ducati penang
ducati penang
ducati penang
ducati penang
ducati penang
ducati penang
ducati penang
ducati penang
ducati penang
ducati penang
ducati penang
ducati penang
ducati penang
ducati penang
Ducati Ducati penang ducati pulau pinang Kheoh Hock Seng
Abang GYL

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    KTM 790 DUKE 2027 – The Scalpel Kembali, Gaya Agresif Ala 990 DUKE/1390 SUPER DUKE R

    24/06/2026
    Roda2

    SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

    21/06/2026
    Roda2

    Honda CRF250R, CRF250RX, CRF450R dan CRF450RX 2027 – Model 450 Rombakan Besar!

    20/06/2026
    Roda2

    #KLIMS2026: Suzuki SV-7 GX Bakal Masuk Malaysia, Previu Di MITEC

    18/06/2026

    1 Comment

    1. Alam Bakar Shah bin Abdul Rahman on 04/06/2018 09:26

      Why all the Ducati having a same problem?. It’s hard to start when the engine hot.

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    By Syafie19/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    By Syafie19/06/2026
    Roda2

    SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

    By Shazwan Hisam21/06/2026
    MotoGP

    #MotoGP: 850cc “Lebih Seperti Motosikal Sebenar” – Augusto Fernandez

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Autotainment

    Nak Pakai EV Tapi Risau Nak Cas? Inilah Cara GWM Hi4 Selesaikan Masalah ‘Range Anxiety’

    By Han Othman26/06/2026
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apa Fungsi ‘Red Carpet’ di Jalan Raya Malaysia?

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    Roda4

    Mitsubishi Outlander PHEV 2026 Terbaru di Jepun, SUV 7 Tempat Duduk Yang Belum Masuk ASEAN

    By Abang Hirata25/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.