Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Inilah 5 Sebab Ducati Scrambler Icon Dark Sesuai untuk Anda
Auto Terkini

Inilah 5 Sebab Ducati Scrambler Icon Dark Sesuai untuk Anda

AryonBy Aryon13/10/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


DIPERKENALKAN pada 1962, Ducati melancarkan semula siri Scrambler pada 2014 yang mewujudkan segmen serba baharu dalam barisan produk jenama motosikal premium dari Itali itu. Malah, sejak dilancarkan sudah 55,000 unit model Scrambler terjual seluruh dunia.

Scrambler Icon Dark dijana enjin 803cc Desmodromic L-Twin penyejukan udara dengan teknologi suntikan bahan api elektronik (EFI) berkuasa 73hp @ rpm8,250 dan tork 67Nm @ 5,750rpm yang dicapai menerusi transmisi klac manual 6-kelajuan. Model ini mencatatkan kadar ekonomi bahan api pada 5 liter per 100km.

BACA >>> Ducati Scrambler Icon Dark (2020) Kini di Malaysia, Harga RM49.9k

Siri terbaharu Scrambler ini boleh dimiliki pada harga RM49,900 sahaja. Jika sudah ada bajet, mungkin  Scrambler Icon Dark ini model terbaik yang anda cari. Boleh juga dijadikan model aras mula kepada anda yang baru hendak berjinak-jinak dengan jenama Ducati.

Ada apa dengan Scrambler Icon Dark?

1.REKABENTUK TRENDY

Scrambler Icon Dark menampilkan rekabentuk scrambler minimalis dan sesuai digayakan penggemar motosikal gaya retro yang ringkas dan bersih.

Tiada sebarang dekal grafik pada badan, cuma lencana ‘Scrambler Ducati’ yang menghiasi tangki minyak. Sesuai dengan nama ‘Dark’ diberikan, model ini diberikan tona warna hitam kusam (Matt Black) yang dikontraskan dengan kemasan aluminium pada panel tangki minyak, ekzos, peg kaki dan frem.

Panel sisi boleh ditanggalkan dan diganti untuk mengubah personaliti.

2. TEKNOLOGI TERKINI

Retro cuma pada gaya, tetapi ini ialah model Scrambler yang dilengkapi ciri moden masa kini seperti lampu utama dan lampu siang (DRL) LED, fork terbalik (USD) 41mm Kayaba, monoshock Kayaba boleh laras prabeban dan tayar Pirelli MT 60 RS 110/80 R18 di depan dan Pirelli MT 60 RS 180/55 R17 (belakang).

Sistem brek Scrambler Icon Dark menggunakan brek cakera 330mm dengan kaliper brek 4-piston dan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) Belokan Bosch, dan brek cakera 245mm dengan kaliper apung tunggal dan ABS Belokan Bosch.

Tidak dilupakan sistem infotainment Ducati Multimedia System (DMS) dengan skrin LCD yang membolehkan jentera dihubungkan menerusi Bluetooth dengan telefon pintar, set telinga pada helmet penunggang dan pembonceng, atau sistem navigasi Ducati. Ada empat peranti boleh dihubungkan serentak!

Ciri lain diperbaharui ialah tetapan suspensi, kawalan klac hidraulik dengan tuil boleh laras dan alatan suis ergonomik. Scrambler Icon Dark mampu memberikan keselesaan tunggangan optimal untuk apa saja pengembaraan yang mahu ditempuhi. Penunggang juga ada akses tolok minyak dan indikator gear supaya tunggangan jadi lebih menenangkan.

3. KESELAMATAN NOMBOR SATU!

Scrambler Icon Dark juga tidak mengetepikan aspek keselamatan. Model ini didatangkan standard dengan ABS Belokan dwi-saluran Bosch sebagai tambahan keselamatan dan ketenangan minda ketika menempuh jalan berliku dan pedalaman untuk pengalaman pengembaraan mengujakan di Malaysia.

4. MUDAH KUSTOM

Istimewa mengenai siri Ducati Scrambler ialah ciri mudah kustom yang dimiliki dan tidak terkecuali Scrambler Icon Dark. Model ini memang dihasilkan untuk memenuhi ekspresi penunggang, dan juga satu-satunya Scrambler paling banyak boleh dikustom.

5. BUKAN ATAS JALAN BIASA SAHAJA

Kalau sudah namanya scrambler, sudah tentu Scrambler Icon Dark ini boleh ditunggang atas jalan off-road. Model ini menawarkan karakter dan prestasi lasak yang sinonim dengan jentera scrambler.

Unit suspensi ditala sebaliknya dan set tayar menawarkan ekstra cengkaman sepanjang menempuh pelbagai cabaran rupa bumi dengan cukup yakin!

BACA >>> #RetroAuto: Semua Tentang Scrambler yang Perlu Anda Tahu

GALERI
Auto Terkini autotainment Ducati Scrambler Ducati Scrambler Icon Dark (2020) roda2 scrambler
Aryon

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Mazda Roadster (MX-6) 2027 Untuk Jepun, Dapat Edisi Khas PS Baharu

    27/06/2026
    Teknologi hibrid pintar Hi4 GWM
    Autotainment

    Bukan Setakat Import: Kenapa GWM Hi4 Direka Khas untuk Cuaca, Jalan Raya Malaysia?

    26/06/2026
    Teknologi hibrid pintar Hi4 GWM
    Autotainment

    4WD Hanya untuk Off-Road? GWM Hi4 Buktikan Ciri Itu Lebih Penting untuk Pemanduan Harian

    26/06/2026
    Autotainment

    Nak Pakai EV Tapi Risau Nak Cas? Inilah Cara GWM Hi4 Selesaikan Masalah ‘Range Anxiety’

    26/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    By Syafie19/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    By Syafie19/06/2026
    Roda2

    SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

    By Shazwan Hisam21/06/2026
    MotoGP

    #MotoGP: 850cc “Lebih Seperti Motosikal Sebenar” – Augusto Fernandez

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apa Fungsi ‘Red Carpet’ di Jalan Raya Malaysia?

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    Autotainment

    Nak Pakai EV Tapi Risau Nak Cas? Inilah Cara GWM Hi4 Selesaikan Masalah ‘Range Anxiety’

    By Han Othman26/06/2026
    Honda N-BOX 2027
    Roda4

    Honda N-BOX 2027 dalam Rekabentuk N-BOX Custom yang Lebih Garang!

    By Abang Hirata22/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.