Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#TahukahAnda: 5 Kereta Kegemaran Presiden AS, Donald Trump
Autotainment

#TahukahAnda: 5 Kereta Kegemaran Presiden AS, Donald Trump

Han OthmanBy Han Othman27/02/20201 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


DONALD Trump dinobatkan sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS) baharu pada 2016 bagi menggantikan Barack Obama yang tamat tempoh dua penggal pemerintahannya. Ramai kenal siapa Trump menerusi rancangan realiti TV, The Apprentice yang berkisarkan tentang dunia perniagaan.

Sebagai Presiden AS yang memiliki latar belakang seorang bilionair, mungkin ramai ingin tahu cita rasa Donald Trump tentang kereta. Di bawah ini kami senaraikan lima kereta kegemaran Presiden AS ke-45 itu.

BACA >>> Lamborghini Sián – Supercar Hibrid Superkapasitor Pertama Dunia Inspirasi Countach

1. MERCEDES-BENZ SLR MCLAREN (2003)

mercedes-benz-slr-mclaren-2003
Apabila diriliskan pada 2003, SLR mewakili kemunculan semula Mercedes-Benz dalam pasaran supercar sejak kali akhir melakukannya menerusi kelibat 300SL pada dekad 50-an dalam kejohanan Formula Satu (F1). Bersama desain serba futuristik, SLR McLaren tampil dengan enjin 5.4L supercharge V8 yang menghasilkan kuasa 617hp dan tork 780Nm, sekali gus meletakkan ia sebagai antara jentera berkuasa paling mengagumkan pada era tersebut.

SLR McLaren juga tersenarai antara kereta paling mahal ketika itu pada harga AS$455,000 (RM1.93 juta) yang pastinya hanya mampu dimiliki oleh golongan hartawan. Kelibat kereta sport itu dilihat memasuki Menara Trump pada 2005.

2. ROLLS-ROYCE SILVER CLOUD (1956)

rolls-royce-silver-cloud-1956
Donald Trump amat sukakan kemewahan dan tiada kereta yang lebih mewah di dunia ini selain Rolls-Royce. Tidak mengejutkan kenapa beliau menjadi antara peminat tegar jenama kereta mewah buatan England itu. Model Silver Cloud 1956 ialah kereta pertamanya dan antara model paling disayangi Donald Trump.

Malah, ada kemungkinan besar Trump akan menggantikan Cadillac yang biasa dijadikan kenderaan rasmi Presiden kepada Rolls-Royce pada bila-bila masa.

BACA >>> 10 Fakta Pantas: Rolls-Royce Cullinan, SUV Pertama Jenama Mewah British

3. ROLLS-ROYCE PHANTOM

rolls-royce-phantom
Donald Trump meraih berbilion dolar sejak memiliki Rolls-Royce pertamanya. Hari ini, bukanlah perkara pelik apabila beliau kadangkala dilihat sedang memandu Rolls-Royce Phantom yang selalu menjadi pilihannya jika terasa mahu memandu sendiri.

Harga Rolls-Royce Phantom bermula sekitar AS$500,000 (RM2.12 juta) dengan hampir keseluruhan spesifikasi boleh dibina dan direka mengikut kehendak pemiliknya. Umum, terutama penduduk AS tahu mengenai minat Trump terhadap emas dan ramai menganggarkan harga Rolls-Royce dimiliki Trump mencecah sekali ganda daripada harga asal.

4. LAMBORGHINI DIABLO VT (1997)

lamborghini-diablo-vt
Diperkenalkan pada 1990, Lamborghini Diablo VT 1997 tidak memerlukan masa lama untuk menggantikan legasi populariti Countach yang dihentikan pengeluaran pada 1990. Dengan enjin 6.0L V12, Lamborghini Diablo VT mampu memecut lebih 321kmj. Trump membeli model VT biru, iaitu versi pacuan semua roda (AWD) dengan kuasa 530hp yang dapat disalurkan terus kepada keempat-empat tayar. Keretanya itu pernah ditayang di Reddit beberapa tahun lalu yang siap dengan nama atas plak pada pintu.

5. CHEVROLET CAMARO INDIANAPOLIS 500 (2011)

chevrolet-camaro-kereta-pace-2011
Pada 2011, populariti diraih Donald Trump daripada rancangan The Apprentice membuatkan beliau dijemput memandu kereta pace pada kejohanan perlumbaan Indianapolis 500 ke-100. Bagaimanapun, pemilihan beliau itu dikecam peminat sukan lumba kerana kehadirannya dilihat tiada kaitan dengan dunia permotoran. Akhirnya, beliau berundur dan digantikan dengan pemandu legenda, AJ Foyt.

Satu daripada model kereta pace Chevrolet Camaro Indianapolis 500 dijana enjin 6.3L V8 berkuasa 426hp bersama skema warna seperti Chevrolet Camaro 1969 sebagai kereta pace legenda. Walaupun banyak foto Donald Trump di samping kereta pace Camaro berlegar di ruang maya, tetapi tiada fakta yang dapat mengesahkan sama ada beliau benar-benar menyukai kereta tersebut atau sekadar lakonan provokasi.

* Kecuali kereta akhir (Chevrolet Camaro), model lain bukanlah kereta milik Trump sebenar, cuma gambar model saja yang sama. Harap maklum.

SUMBER: Cheatsheet.com

Amerika Syarikat (AS) autotainment Chevrolet Camaro Indianapolis 500 Donald Trump kereta Donald Trump kereta kegemaran Donald Trump Lamborghini Diablo VT 1997 Mercedes-Benz SLR McLaren 2003 Presiden Amerika Syarikat (AS) Presiden AS ke-45 Rolls-Royce Phantom Rolls-Royce Silver Cloud 1956
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

GWM Wey 05 Malaysia
Autotainment

Protected: Kenapa Hibrid Pintar GWM Hi4 Lebih Masuk Akal Berbanding Lompat Terus ke EV?

06/07/2026
Autotainment

Toyota Outrun 2026 – Beberapa Jalan Di Putrajaya Ditutup Bermula Malam Sabtu

03/07/2026
Rossi asas skil julur kaki dalam MotoGP
Tahukah Anda

Fakta atau Auta: Benarkah Skil Julur Kaki Rossi Beri Kesan Teknikal?

02/07/2026
Tahukah Anda

#TahukahAnda: 1, 2 atau 4-Piston: Apa Perbezaan Angkup Brek dan Mana Lebih Bagus?

01/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur (TASKL)
Auto Terkini

Tiada Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur Tahun Ini

By Shazwan Hisam30/06/2026
GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
Elektrifikasi

Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

By Han Othman26/06/2026
Vespa Edizione Ottantesimo 2026
Roda2

Vespa Edizione Ottantesimo 2026 – Model Unit Terhad 80 Tahun dengan Enjin 310 HPE Kuasa Tinggi

By Abang Hirata02/07/2026
Toyota Corolla Cross 2027
Roda4

Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

By Abang Hirata04/07/2026
Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
Kenderaan Elektrik (EV)

Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

By Abang Hirata06/07/2026
Roda2

Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

By Shazwan Hisam06/07/2026
Autotainment

Protected: Nak Pakai EV Tapi Risau Nak Cas? Inilah Cara GWM Hi4 Selesaikan Masalah ‘Range Anxiety’

By Han Othman28/06/2026
Roda2

Honda CBR650R, CB650R E-Clutch Terima Warna Baharu Untuk 2027

By Shazwan Hisam03/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.