Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»Inilah 10 Jentera F1 Musim 2017, Rekabentuk Serba Baharu dan Lebih Pantas di Selekoh
Autotainment

Inilah 10 Jentera F1 Musim 2017, Rekabentuk Serba Baharu dan Lebih Pantas di Selekoh

Han OthmanBy Han Othman16/03/20171 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SETIAP pasukan Formula Satu (F1) bagi saingan musim 2017 sudah pun selesai mengumumkan jentera dan nama pelumba masing-masing. Apa yang menarik tentang kempen musim ini adalah setiap peserta bakal berlumba dengan jentera baharu yang dibikin khas untuk mematuhi peraturan baharu diperkenalkan Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA).

Pelbagai gimik dilakukan sempenan debut jentera baharu yang rata-ratanya menampilkan perubahan sayap depan dan bilah berserta muncung dengan lohong bagi membolehkan udara mengalir masuk menembusi badan kereta. Antara ciri baharu lain ialah pengenalan ‘sirip jerung’ (shark fin) di belakang penutup enjin dan penggunaan tayar yang lebih lebar. Pemerhati mendakwa jentera F1 musim ini mampu membelok lebih pantas di selekoh.

Mari kita saksikan senarai pasukan yang bakal beraksi dalam saingan F1 musim ini bersama jentera masing-masing:

1. Williams FW40

Williams mencuri perhatian umum apabila menayangkan imej FW40 lebih awal daripada dirancang. FW40 bakal dipandu pelumba muda, Lance Stroll dan veteran F1, Felipe Massa yang tidak jadi bersara berikutan dipanggil Williams utnuk menggantikan Valtteri Bottas yang berhijrah ke Mercedes.

2. Sauber C36

Sempena meraikan ulangtahun ke-25 bagi Sauber dalam F1, logo khas dengan tulisan emas dilekatkan di sisi belakang jentera. Pasukan ini menamatkan kedudukan di tempat ke-10 dalam kategori Kejuaraan Pembina pada tahun lalu. Bagi musim 2017, Sauber mengekalkan Marcus Ericsson dan membawa masuk Pascal Wehrlein.

3. Renault R.S.17

Dengan pengambilalihan pasukan Lotus pada minit akhir, Renault memulakan musim 2017 dengan melancarkan warna sementara pada casis tahun lalu. Menariknya, warna dua tona itu mendapat pujian ramai, manakala Renault mengharapkan tuah warna baharu itu mampu membantu pasukan mereka bersaing dalam siri F1 musim ini dengan menyasarkan tempat ke-5 keseluruhan. Nico Hulkenberg daripada Force India dibawa masuk menggantikan Kevin Magnussen, manakala Jolyon Palmer kekal buat musim kedua.

4. Force India VJM10

Pada 2016, Force India ialah pakej yang mengejutkan apabila bersaing hebat dengan pasukan Williams untuk merebut tempat keempat dalam kategori Kejuaraan Pembina Dunia sebelum berjaya mengetepikan lawannya itu. Semestinya tahun ini mereka mengharapkan keputusan yang lebih baik dengan menyasarkan kedudukan ketiga dan ke atas. Saingan musim ini digalas pelumba Mexico, Sergio Perez dan Perancis, Esteban Ocon.

5. Mercedes W08 EQ Power+

Berdasarkan potensi juara musim lalu, persoalan terbesar sepanjang saingan musim ini adalah apakah pasukan lain mampu mengejar Mercedes? Tampil dengan enjin paling berkuasa, Mercedes memperkenalkan pakej jentera dengan mengekalkan pasukan aero yang asal. Melainkan Red Bull mampu melakukan keajaiban, Lewis Hamilton dan Valtteri Bottas sebenarnya sedang saling bersaing sesama sendiri dalam pasukan yang sama.

6. Ferrari SF70H

Tidak banyak perkata yang diperkatakan tentang Ferrari musim ini. Walaupun menamatkan kedudukan di tempat ketiga, Ferrari agak bergelut dengan prestasi yang tidak menenti sepanjang musim lalu. Malah, kehilangan jurutera bereputasi tinggi, James Allison ke Mercedes, membuatkan Sebastian Vettel dan Kimi Raikkonen perlu bekerja lebih keras.

7. McLaren-Honda MCL32

Pelancaran McLaren-Honda antara paling meriah musim ini yang bukan saja memperkenalkan desain warna jingga baharu yang serba garang, tetapi turut meraikan permulaan era baru pasukan itu selepas pemergian Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Ron Dennis. Tugas atas trek masih digalas Fernando Alonso yang kali ini akan berpasangan dengan rakan pasukan baru, Stoffel Vandoorne. Musim ini juga merupakan kontrak terakhir Alonso dengan McLaren-Honda. Jika beliau berjaya membuktikan sesuatu, tidak mustahil kontraknya dilanjutkan.

8. Haas F1 VF-17

Musim lalu, Haas cuma dapat menamatkan saingan di kedudukan ke-8 dengan Romain Grosjean menjadi satu-satunya pelumba yang mengutip mata bagi pasukan itu. Sebaliknya rakan sepasukan, Esteban Gutierrez langsung tidak mendapat sebarang mata. Bagaimanapun, musim ini, tempat Gutierrez diambil alih oleh Kevin Magnussen. Mampukah pasukan Haas melakukan sesuatu?

9. Red Bull Racing RB13

Red Bull dijangka menjadi pencabar utama kepada Mercedes musim ini apabila jauh mengatasi Ferrari di tempat kedua musim lalu. Dengan mempertaruhkan kepakaran Adrian Newey dalam hal kejuruteraan bagi peraturan baharu 2017, Red Bull juga masih yakin meletakkan Daniel Ricciardo dan Max Verstappen sebagai pengemudi utama jentera mereka. Jika kena dengan enjin yang dibangunkan, tidak mustahil kombinasi pasangan ini mampu melakukan sesuatu dalam saingan kedudukan Kejuaraan Pelumba Dunia.

10. Scuderia Toro Rosso STR12

Sama seperti Renault, Toro Rosso juga menyasarkan kedudukan kelima musim ini. STR12 dikatakan antara jentera yang menampilkan rekabentuk paling menonjol. Khidmat Carlos Sainz masih diharapkan buat musim ketiga berturut-turut, manakala Daniil Kyvat kembali ke pangkuan pasukan yang pernah disertainya pada 2014 lalu selepas tidak lagi diperlukan Red Bull. Mampukah pelumba Rusia itu membuktikan sesuatu?

SUMBER: Auto Express

autotainment F1 FIA Formula Satu Formula Satu (F1) GP 2017 kereta baharu F1 2017 Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) Roda4
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

16/07/2026
Sidang Media Art of Speed (AOS) Malaysia 2026 lancar
Auto Terkini

Art of Speed (AOS) Malaysia 2026 Kembali Lebih Besar, Angkat Tema ‘Summer Festival – Kustom Bergaya’

16/07/2026
Auto Terkini

#BikinAuto: Urban Widetrack Avontur Diubah Dari SUV Jadi Pikap, Defender OCTA Tampil Bergaya dan Mewah

15/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

15/07/2026

1 Comment

  1. joehaz on 09/03/2017 11:41

    kenapa la sirip panjang sgt sampai ke belakang..sebab aerodinamik kan, tp jadi rupa lain dah haa

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
ARC XRS x Star Wars
Aksesori

Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

By Syafie08/07/2026
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

By Shazwan Hisam16/07/2026
Roda2

Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

By Shazwan Hisam07/07/2026
Konsep kapal boleh terapung atas air
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

By Shazwan Hisam09/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

By Shazwan Hisam15/07/2026
Roda2

Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

By Shazwan Hisam16/07/2026
ZXMoto 820RR-R 2027
Roda2

ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

By Shazwan Hisam08/07/2026
Nissan Tekton 2027
Roda4

SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

By Abang Hirata10/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.