Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Ini Empat Model HEV Menarik di Pameran ‘Toyota Beyond Zero’
Auto Terkini

Ini Empat Model HEV Menarik di Pameran ‘Toyota Beyond Zero’

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju21/02/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SELAIN menawarkan Toyota Corolla Cross 1.8L HEV dan Innova Zenix 2.0L HEV, UMW Toyota (UMWT) juga membawa masuk barisan model kenderaan elektrik hibrid (HEV) baharu untuk tontonan di pameran ‘Beyond Zero’ di Taman Teknologi Malaysia, Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Acara yang berlangsung hingga 28 Februari itu bakal mengetengahkan empat model, iaitu Toyota Alphard 2.5L HEV, Vellfire 2.5L HEV, Camry 2.5L HEV dan Prius 24h Le Mans Centennial GR Edition. Berikut perinciannya:

1. ALPHARD 2.5L HEV

Toyota Alphard baharu yang ditambah baik aspek prestasi pemanduan menerusi pengurangan getaran dan bunyi serta menawarkan kecekapan penggunaan bahan api lebih ekonomi yang membantu pengurangan emisi karbon hingga 39 peratus.

Sistem trenkuasa hibrid elektrik dengan dwi-kuasa dan berupaya mengecas bateri sendiri dengan mencatat kecekapan pengunaan bahan api 5.5 liter petrol per 100km.

Purata penggunaan bahan api itu lebih rendah 38.8 peratus berbanding Alphard dengan trenkuasa pembakaran dalaman (petrol).

Penjimatan bahan api itu untuk jarak sekitar 20,000km setahun dan jika digunakan lapan tahun, pengguna boleh menjimatkan perbelanjaan bahan api anggaran sekitar RM11,400!

Kenderaan pelbagai guna (MPV) 7-kerusi itu dalam pacuan roda depan (FWD) itu dijana trenkuasa hibrid 2.5L HEV Generasi Keempat dengan output kuasa 184kW (246.7hp)

  • Output enjin: 140kW
  • Tork enjin: 233Nm
  • Output motor: 134kW
  • Tork motor: 270Nm
  • Dimensi: Panjang 5,005mm, lebar 1,850mm, dan tinggi 1,950mm

2. CAMRY 2.5L HEV

Toyota Camry HEV menggunakan sistem HEV generasi keempat dengan platform Arkitetur Global Baharu Toyota (TNGA) dan dipacu enjin baharu 2.5 L Dynamic Force dengan output lebih tinggi, tetapi emisi karbon lebih rendah tanpa menjejaskan prestasi pemanduan berkuasa.

Sedan FWD itu memerlukan 4.5 liter petrol untuk pemanduan 100km, lebih rendah 34 peratus berbanding Camry biasa dengan trenkuasa ICE.

Pengguna Camry HEV boleh jimat RM7,500 untuk kos bahan api (20,000km setahun selama lapan tahun).

Emisi karbon cuma 103g per km atau 34 peratus lebih rendah berbanding Camry ICE. Model itu menawarkan kuasa berikut:

  • Kombinasi kuasa enjin hibrid: 155kW (207.8hp)
  • Output enjin: 131kW
  • Tork enjin: 221Nm
  • Output motor: 88kW
  • Tork motor: 202Nm
  • Dimensi: Panjang 4,885mm, lebar 1,840mm, dan tinggi 1,445mm.

3. TOYOTA VELLFIRE 2.5L HEV

Kenderaan pelbagai guna (MPV) premium, Vell๏ฌre HEV menerima penambahbaikan dari aspek prestasi, kecekapan bahan api dengan pengalaman pemanduan lebih senyap, mewah dan mesra penumpang.

MPV hibrid yang boleh mengecas bateri sendiri itu menggunakan petrol 5.5 liter per 100km, iaitu lebih tinggi berbanding Alphard 2.5L HEV, tetapi lebih rendah berbanding Vellfire dengan trenkuasa ICE.

Penggunaan bahan api efisien itu membolehkan pengguna jimat belanja sekitar RM11,800 untuk lapan tahun penggunaan (jarak 20,000km setahun).

Pelepasan karbon tetap rendah, cuma 124g per kilometer atau 40 peratus lebih rendah berbanding versi petrol dengan sistem pacuan FWD dan enjin hibrid 2.5L generasi keempat.

  • Kombinasi output:ย 184kW (246.7hp)
  • Output enjin: 140kW
  • Tork enjin : 233Nm
  • Output motor: 134kW
  • Tork motor : 270Nm
  • Dimensi: Panjang 5,005mm, lebar 1,850mm, dan tinggi 1,950mm

4. TOYOTA PRIUS 24H LE MANS CENTENNIAL GR EDITION

Toyota Prius HEV ini dihasilkan sebagai model tribut 24 Hours of Le Mans yang membuktikan usaha Toyota GAZOO Racing (TGR) dalam membangunkan teknologi baharu dalam sukan permotoran yang lebih mesra alam.

Kami pernah melaporkanย  Toyota Prius 24h Le Mans Centennial GR Edition di sini, tanpa sebarang input tentang trenkuasa.

Berdasarkan maklumat diterima di Beyond Zero, Prius itu menerima tambahan satu lagi unit motor elektrik untuk menjadikan kereta elektrik pacuan semua roda (E-Four).

Enjin sama seperti Prius generasi kelima, 2.0L dengan sistem HEV generasi kelima, tetapi Toyota tidak berkongsi data kuasa.

Auto Terkini Roda4 Toyota Beyond Zero UMW Toyota Motor (UMW Toyota)
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    FLUX Tawar Suzuki Fronx, Jimny โ€“ Diskaun 69% Sempena Merdeka

    27/07/2026
    FI kembali ke Sepang untuk GP Bahrain 2026
    Auto Terkini

    PMX: Hubungan Baik Agong, Raja Bahrain Jadi Faktor F1 di Litar Sepang

    27/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Di sebalik Falsafah Rekabentuk MV Agusta, Kejuruteraan Jadi Karya Seni!

    27/07/2026
    Auto Terkini

    #Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

    27/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my ยท GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.