Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»#Infografik: 10 Generasi Honda Civic, Hampir Separuh Abad Cipta Nama
Roda4

#Infografik: 10 Generasi Honda Civic, Hampir Separuh Abad Cipta Nama

Han OthmanBy Han Othman30/10/20182 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SIAPA tidak kenal Honda Civic? Melakukan debut pada 1973, tahun ini genap 43 tahun Civic mewarnai dunia automotif. Di Malaysia, Civic sememangnya dekat dengan peminat-peminat kereta tempatan dan bukan sedikit yang memiliki model itu sejak generasi pertama hingga kini. Di bawah ini ialah infografik mengenai generasi Civic zaman-berzaman. Apakah anda salah seorang yang memiliki model legenda tersebut?

heading-civic

GENERASI-1

civic-1
Honda Civic melakukan debut pada 1972. Sebelum tahun itu, Honda lebih dikenali sebagai pengeluar motosikal. Model ini ialah kereta pertama menggunakan   enjin CVCC yang tidak memerlukan pengubah pemangkin untuk melepasi   standard emisi pada masa itu. Ia juga kereta nombor satu dalam senarai  perbatuan Agensi Perlindungan Alam Sekitar (EPA) sepanjang tahun pengeluarannya.

GENERASI-2

civic-2
Generasi kedua  muncul dengan gaya yang sama dan kemudian ditawarkan dengan suspensi koil belakang independen. Honda Civic ini juga menawarkan 13 peratus keluasan ruang dalaman, termasuk memperkenalkan sistem pencucuh elektronik (1981).

GENERASI-3

civic-3
Diperkenalkan pada 1983, model 1984 memenangi Anugerah Kereta Terbaik Jepun 1984. Dilengkapi suspensi depan dan belakang baharu. Suntikan terus juga diperkenalkan pada model ini dan CRX-HF ialah model pertama menembusi had kombinasi ekonomi bahan api 50mpg.

GENERASI-4

civic-4
Generasi ini tampil dengan rekabentuk semula yang signifikan ke pasaran global.  Generasi keempat didatangkan dengan suspensi double wishbone (siku berganda) depan yang disukai ramai tuner dan peminat kereta kerana mempunyai kamber (camber) boleh laras.

GENERASI-5

civic-5
Honda Civic 1991 memenangi Kereta Terbaik Tahunan Jepun kali kedua. Generasi ini menggunakan material ringan untuk kecekapan bahan api, manakala suspensi   ditala lembat untuk lebih keselesaan pemanduan.

GENERASI-6

civic-6
Menjelang 1998, Civic tersenarai sebagai kereta kompak paling laris. Garis badan baharu memberikan rupa bersegi dan kembalinya semula Si pada 1990 bermakna Civic tahun itu lebih berkuasa berbanding sebelumnya. Civic turut merangkul anugerah Kereta Terbaik Tahunan Jepun buat kali ketiga.

GENERASI-7

civic-7
Rekabentuk luaran Honda Civic generasi-7 tidak banyak berubah, tetapi rekaan dalaman direka semula dengan menawarkan lebih ruang. Civic ini juga sudah tidak menggunakan lagi suspensi double wishbone depan dan digantikan dengan topang McPherson bagi mendapatkan lebih ruang enjin (dan mungkin juga menjimatkan kos). Ramai peminat Civic melaungkan protes terhadap perubahan berkenaan.

GENERASI-8

civic-8
Generasi ini terkenal dengan enjin K20 yang datang daripada Civic SI. Ia   juga dikenali dengan rupa paras atletik dan sporty berserta ciri-ciri keselamatan terkini.

GENERASI-9

civic-9
Cuma membabitkan perubahan minor pada rupa luaran dan dalaman, tetapi ramai peminat Civic mengharapkan transformasi drastik dari segi prestasi enjin. Hasilnya Honda bakal memperkenal Civic generasi ke-10 dengan enjin serba baharu tahun ini (2016).

GENERASI-10

Civic generasi ke-10 diperkenalkan pada Oktober 2015 yang dibangunkan berasaskan platform kompak global Honda. Kali ini, Civic tampil lebih ringan, jarak roda lebih panjang dengan brek cakera belakang sebagai standard. Sistem stereng lebih rigid dan nisbah gear dipelbagai. Rupa luaran menampilkan ciri moden seperti lampu siang LED dan lambung belakang LED bentuk ‘D’. Sesetengah peminat kereta tempatan menggelarkan model ini sebagai ‘Civic Ketam’.

BACA >>> Spesifikasi Honda Civic 2016, Tampil dengan Transmisi CVT dan Pilihan Turbo

BACA >>> (GALERI) Honda Civic 2016 – Ditawarkan 2 Pilihan Enjin 1.8L & 1.5L Turbo

SUMBER: HondaPartsOnline.net

9 generasi Honda Civic autotainment generasi Honda Civic Honda Honda Civic infografik Roda4
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Majlis pelancaran Ford Ranger Facelift 2026 | 1Utama
Roda4

Ford Ranger 2027 Facelift Perkenal Tiga Varian Baharu, Sudah Lebih 24,000 Unit Atas Jalan

23/07/2026
Denza Z9GT
Kenderaan Elektrik (EV)

Denza Z9GT 2027 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM358,800

23/07/2026
Roda4

BMW M3 Touring Competition M xDrive Rasmi Tiba di Malaysia, Wagon M Pertama, Harga RM898,800

23/07/2026
Roda4

BMW M2 CS Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM950,800!

23/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

By Shazwan Hisam16/07/2026
Roda2

Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

By Shazwan Hisam16/07/2026
HEV

Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

By Abang Hirata15/07/2026
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

By Abang Hirata20/07/2026
Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

By Shazwan Hisam16/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

By Shazwan Hisam15/07/2026
TnG perkenal Enhanced RFID
Auto Terkini

Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

By Shazwan Hisam22/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.