Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Infiniti QX60 2026, SUV Mewah 3 Baris, Tanpa 3.5L V6, Guna VC-Turbo 2.0L 268 hp
Auto Terkini

Infiniti QX60 2026, SUV Mewah 3 Baris, Tanpa 3.5L V6, Guna VC-Turbo 2.0L 268 hp

Abang HirataBy Abang Hirata20/05/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

INFINITI QX60 merupakan kenderaan utiliti sukan (SUV) mewah dengan tiga baris tempat duduk. QX60 mula dikeluarkan pada 2012 dan diambil alih generasi kedua pada 2021.

Saiznya lebih lima meter panjang dengan lebar hampir dua meter. Dipasarkan di Amerika Syarikat (A.S) bermakna enjinnya pun besar dengan sesaran 3.5 liter V6 selain 2.5 liter hibrid (generasi pertama).

Enjin 3.5 liter V6 terus ditawarkan pada generasi kedua dan diganding bersama 2.0 liter turbo sebelum digugurkan.

Sekarang tiba giliran model dengan rupa baharu, selari dengan rancangan pelancaran sejumlah model baru Nissan dan Infiniti yang diumumkan pada Mac lalu.

QX60 2026 tampil dengan rekaan lebih ekspresif serta teknologi terkini yang meningkatkan pengalaman pemanduan SUV mewah tiga baris ini.

Gaya luaran lebih berani, kabin yang dinaik taraf dan ciri teknologi intuitif direka khas untuk menyokong gaya hidup aktif pemiliknya.

Varian Sport baharu pula menonjolkan elemen lebih agresif dan eksklusif, menambah pilihan dalam barisan model QX60.

Sebagai salah satu model paling popular dalam keluarga Infiniti, QX60 terus memainkan peranan penting dalam menarik pembeli baharu dan menyumbang lebih separuh jualan pada 2023.

Rekaan Luaran Lebih Tegas dan Menawan

  • Jeriji hadapan baharu diinspirasikan daripada hutan buluh dengan logo Infiniti 3D berlampu.
  • Lampu siang LED baharu gaya kekunci piano digital.
  • Bahagian belakang lebih lebar dan rendah dengan bampar serta kemasan pintu belakang direka semula.
  • Varian AUTOGRAPH dilengkapi ciri pencahayaan sambutan Infiniti Light Path.
  • Warna baharu: Deep Emerald, antara 10 pilihan termasuk Radiant White, Mineral Black dan Moonbow Blue.
  • Varian SPORT dan AUTOGRAPH ditawarkan dengan warna dua tona – bumbung Black Obsidian.
  • Saiz roda:
    • PURE: kini standard 20 inci (sebelum ini 18 inci).
    • LUXE: rekaan jejari baharu.
    • AUTOGRAPH: rekaan dua tona eksklusif.

Varian Sport Pertama Kali Ditawarkan

  • Varian baharu Sport tampil lebih agresif:
    • Jeriji berjaring khas dan bampar unik.
    • Roda 20 inci hitam berkilat.
    • Lencana “S” eksklusif pada pintu but.
  • Kabin dengan kerusi kapten, upholsteri Dusk Blue, dan pelapik bumbung hitam.
  • Hanya ditawarkan dengan sistem pacuan semua roda (AWD), diasaskan dari spesifikasi LUXE.

Teknologi Bantuan Pemandu Lebih Pintar

  • ProPILOT Assist 2.1: pemanduan bebas tangan di lebuh raya pada laluan tertentu.
  • Sistem kamera 3D Around View® dengan Moving Object Detection.
    • Kini dengan mod “spin” dan sudut pandang depan lebar (Front Wide View).
  • Fungsi Invisible Hood View: paparan maya telus bonet untuk bantu parkir dan elak halangan rendah.

Infotainmen dan Sistem Audio Premium

  • Dua paparan 12.3 inci standard untuk kluster dan infotainmen.
  • Google built-in dengan Google Maps, Assistant dan Play Store.
  • Sistem audio:
    • LUXE dan SPORT: Klipsch® 16-speaker, subwufer 8 inci, amp 600W.
    • AUTOGRAPH: Klipsch Reference Premiere 20-speaker, amp 24 saluran.
  • AUTOGRAPH juga menampilkan fungsi Individual Audio – hanya pemandu dengar panggilan atau navigasi.

Kabin Lebih Premium dan Praktikal

  • Kabin rekaan Shibui Jepun (keanggunan sesuatu yang ringkas).
  • AUTOGRAPH dengan kemasan kayu terbuka dengan logam dan kerusikulit semi-anilin bercorak ‘kimono ripple’.
  • PURE dan LUXE kini guna upholsteri TailorFit® (65% bahan kitar semula).
  • Konfigurasi kerusi:
    • 7 tempat duduk (bangku baris kedua) – PURE, LUXE.
    • 6 tempat duduk (kapten baris kedua) – SPORT, AUTOGRAPH.
  • Ruang kargo maksimum 2,134 liter.

Enjin VC-Turbo dan Keupayaan Menarik Terbaik Kelas

  • Enjin VC-Turbo 2.0L dengan 268 hp dan 388Nm.
  • Transmisi automatik 9-kelajuan dengan mod pemanduan dan paddle shifter.
  • Kapasiti tunda hingga 2,722 kg (dengan pakej lengkap).
  • Varian SENSORY dan AUTOGRAPH dilengkapi cangkuk tunda, sambungan 7-pin dan Kawalan Ayunan Treler.
  • Anggaran penjimatan bahan api:
    • FWD: 10.7 L/100 km bandar / 8.4 L/100 km lebuh raya / 9.8 L/100 km gabungan
      AWD: 10.7 L/100 km bandar / 8.7 L/100 km lebuh raya / 9.8 L/100 km gabungan

Pelancaran dan Jualan

Infiniti QX60 2026 bakal tiba di pasaran A.S. antara bulan Jun hingga Ogos ini (musim panas), dengan harga akan diumumkan kemudian.

Kredit gambar: Infiniti

Infiniti QX60 Sport 2026:

Infiniti QX60 AUTOGRAPH 2026:

Infiniti Infiniti QX60
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Geely siar imej acah Geely Preface L90
    Auto Terkini

    Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

    07/07/2026
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC X Star Wars Kini Rasmi Dijual, Harga Mula RM135!

    07/07/2026
    Roda4

    Pikap Musso Kembali! KGM Motors UK Perkenal Musso Rhino dan Musso Rhino+

    07/07/2026
    Auto Terkini

    Pemandu Kenderaan Komersial Positif Dadah Ditahan JPJ, AADK di Plaza Tol Gombak

    07/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur (TASKL)
    Auto Terkini

    Tiada Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur Tahun Ini

    By Shazwan Hisam30/06/2026
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Vespa Edizione Ottantesimo 2026
    Roda2

    Vespa Edizione Ottantesimo 2026 – Model Unit Terhad 80 Tahun dengan Enjin 310 HPE Kuasa Tinggi

    By Abang Hirata02/07/2026
    Toyota Corolla Cross 2027
    Roda4

    Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

    By Abang Hirata04/07/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    Roda2

    Honda CBR650R, CB650R E-Clutch Terima Warna Baharu Untuk 2027

    By Shazwan Hisam03/07/2026
    Roda2

    Harley-Davidson Perkenal Koleksi Eksklusif Liberty Edition 2026 Di Kuala Lumpur

    By Shazwan Hisam03/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.