Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Indonesia Lancar Honda CBR150R (2021) dengan Fork USD dan Klac A&S, Harga Mula RM10.3k
Auto Terkini

Indonesia Lancar Honda CBR150R (2021) dengan Fork USD dan Klac A&S, Harga Mula RM10.3k

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju13/01/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


ASTRA Honda Motor (AHM) melancarkan Honda CBR150R (2021) serba baharu dengan naik taraf terkini seiring konsep Total Control yang menjadi asas pembangunan sportbike fairing jenama itu.

Seperti pernah kami sebut sebelum ini, CBR150R (2021) serba baharu versi Indonesia ini memiliki ciri baharu seperti:

  • Assist & Slipper (A&S) – ciri klac antigelincir untuk mencegah tayar belakang menggelincir akibat brek enjin ketika menurunkan gear secara ekstrem selain melancarkan tukaran gear.
  • Fork terbalik (USD) – sistem suspensi depan untuk tunggangan lebih tangkas, dan stabil ketika memecut dan dalam kelajuan tinggi.
  • Lampu depan LED – diilhamkan daripada model abang CBR250RR
  • Rekabentuk badan besar – juga diilhamkan daripada CBR250RR dengan mengekalkan  siluet badan agresif, dan rekabentuk tajam, manakala ergonomik tunggangan condong ke depan.

FAKTA CBR150R (2021) INDONESIA

  • Dijana enjin 4-lejang silinder tunggal 149.16cc DOHC penyejukan cecair dengan teknologi suntikan bahan api PGM-FI berkuasa 16.8hp @ 9,000rpm dan tork 14.4Nm @ 7,000rpm dengan transmisi klac manual 6-kelajuan.
  • Pecutan 0-200 meter dapat dibuat sepantas 10.6 saat dengan kelajuan maksimum 127kmj.
  • Dilengkapi ciri Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dan Signal Henti Kecemasan (ESS).
  • Sistem suspensi jenis fork USD di depan dan monoshock Prolink dengan swingarm di belakang.
  • Sistem henti menggunakan brek cakera tunggal jenis petal di depan dan belakang, manakala saiz tayar 100/80-17M/C 52P (depan) dan 130/70-17M/C 62P (belakang).
  • Memiliki berat kerb 137kg (Non-ABS) dan 139kg (ABS), dan kapasiti tangki minyak 12 liter
  • Dimensi badan: panjang 1,983mm, lebar 700mm dan tinggi 1,077mm, manakala jarak roda 1,310mm, tinggi pelana 782mm, dan jarak kelegaan bumi 160mm
  • Kluster instrumen jenis LCD digital penuh dengan paparan maklumat lebih besar, jelas dan terang.
  • Ada dua pilihan varian:
CBR150R Non-ABS
    • Matte Black, Victory Black Red dan Dominator Matte Black – Rp35.9 juta (RM10,310)
    • Honda Racing Red – Rp36.6 juta (RM10,510)
CBR150R ABS
    • Victory Black Red dan Dominator Matte Black – Rp39.9 juta (RM10,310)
    • Honda Racing Red – Rp40.6 juta (RM11,660)
    • MotoGP Edition – Rp40.8 juta (RM11,710)

BACA >>> Perbandingan: Honda CBR250RR vs Kawasaki Ninja ZX-25R, Model Mana Terpantas 0-100kmj?
BACA >>> Tayar Sotong, Tiada Brek Punca Nahas Honda CBR150R, Nyaris Tercampak Masuk Gaung

Honda Honda CBR150R (2021) PT Astra Honda Motor (AHM) roda2 sportbike sportbike 150cc
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Honda XR300L dan Honda XR300 Rally di India
    Roda2

    Honda Perkenal XR300L, XR300 Rally di India – Model Kembara Lebih Mampu Milik?

    28/07/2026
    Roda2

    #Spyshot: BMW S1000 RR 2027 Dikesan Jalani Ujian Litar – Rekaan Keseluruhan Baharu

    28/07/2026
    Tiket F1 di Sepang ada harga Madani
    Auto Terkini

    PMX Dedah Tiket F1 di Sepang Ada Harga Madani!

    27/07/2026
    Auto Terkini

    FLUX Tawar Suzuki Fronx, Jimny – Diskaun 69% Sempena Merdeka

    27/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Auto Terkini

    #Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

    By Syafie27/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Nissan GT-R NISMO 2020
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apakah Rahsia Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan?

    By Abang Hirata28/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.