Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»India Lancar Suzuki Gixxer SF 155 (2019), Harga RM6,500
Roda2

India Lancar Suzuki Gixxer SF 155 (2019), Harga RM6,500

AryonBy Aryon21/05/20191 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SEPERTI dimaklumkan semalam, Suzuki India melancarkan dua model sportbike untuk pasaran negara itu, Gixxer SF 155 pada harga Rs1.09 lakh (RM6,500), selain Gixxer SF 250. Harga tersebut ialah Rs8,000 (RM480) lebih mahal daripada model lama.

Gixxer SF 155 (2019) menampilkan rekabentuk serba baharu yang mirip abangnya SF 250. Rekabentuk kali ini agak menarik dengan ciri lampu utama LED dan lampu belakang tirus. Sebagai jentera yang menumpukan kepada tunggangan harian, ia direka dengan pelana terpisah, bar hendal clip-on dan mufler kembar.

BACA >>> Bocor Foto Rasmi Suzuki Gixxer SF 250 (2019)

Gixxer SF 155 (2019) ini dijana enjin silinder tunggal 155cc dengan teknologi suntikan bahan api (FI) yang menghasilkan kuasa 13.9hp. Namun, kuasa dihasilkan direndahkan daripada model terdahulu, 14.6hp. Angka tork kekal pada 14Nm @ 6,000rpm, manakala transmisi menggunakan kotak gear klac manual 5-kelajuan.

Berat Gixxer SF 155 (2019) ialah 146kg, 6kg lebih berat berbanding model lama yang pastinya mempengaruhi nisbah berat kepada kuasa model aras mula ini. Tambahan lagi dengan kuasa yang dikurangkan.

Sistem brek menggunakan brek cakera untuk kedua-dua roda. Tidak seperti Gixxer SF 250, model ini dibekalkan ciri ABS saluran-tunggal. Sistem suspensi menggunakan fork teleskopik di depan dan monoshock di belakang, manakala kapasiti tangki 12 liter membolehkan sportbike ini ditunggang sejauh 360km untuk isian penuh.

BACA >>> Indonesia Lancar Suzuki GSX-R150 Matt Edition Warna Merah Kusam

Gixxer SF 155 (2019) ditawarkan dalam dua warna glass sparkle black (hitam) dan metallic sonic silver (perak).

GALERI

KREDIT FOTO: IndianAutosBlog

India roda2 sportbike Suzuki Suzuki Gixxer SF 155 (2019) Suzuki India
Aryon

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    KTM 390 Duke 2026 Untuk Jepun – Brek WP Baharu, Enjin 399cc 45PS, Harga RM20.7k

    24/07/2026
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    24/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    24/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026

    1 Comment

    1. Bryan on 25/05/2019 08:57

      I really like this bike.. I want to buy it but my money not enough now..

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.