Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»#IAA2017: Renault Megane RS (2018) Sedia Cabar Type R
Roda4

#IAA2017: Renault Megane RS (2018) Sedia Cabar Type R

Han OthmanBy Han Othman12/09/20171 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


GENERASI baharu Renault Megane RS tampil di Pameran Motor Frankfurt (IAA) 2017 dengan enjin 4-silinder 1.8L pengecas turbo, bukan 2.0L seperti khabar angin diperkatakan. Trenkuasa itu diambil terus daripada model sport enjin tengah, Alpine A110, dan ditala bagi mendapatkan hamburan kuasa 276hp dan tork 390Nm serta disalurkan kepada sistem pacuan roda depan menerusi transmisi manual atau automatik klac dual 6-kelajuan.

Menurut Renault, teknologi Klac Dual Efisien (EDC) terdiri daripada beberapa ciri spesifik seperti pedal syif khas, sama seperti digunakan jentera lumba, yang membolehkan pemandu menukar gear tanpa perlu mengalih tangan daripada roda stereng ketika membelok. Teknologi Kawalan Luncur (Launch Control) untuk pecutan sempurna, manakala Multi-Anjakan Bawah (Multi-Change Down) berfungsi menurunkan gear dengan pantas ketika membrek.

Renault Megane RS serba baharu ditawarkan dalam opsyen dua tetapan casis – Sport dan Cup. Kedua-dua varian tersebut dibekalkan stereng 4-roda 4Control, berserta kuasa hentian mampatan hidraulik depan dan belakang, yakni teknologi yang diambil terus daripada sukan permotoran. Ini termasuk ciri peredam tambahan menerusi paksi stereng independen pada suspensi depan, dan diferensial gelincir terhad (LSD) Torsen (varian Cup sahaja).

BACA >>> Renault Clio RS Black Edition Kini Berwajah Lebih ‘Jahat’

Pemandu juga boleh memilih lima pilihan mod pemanduan – Comfort, Normal, Sport, Race dan Perso. Akses pantas kepada mod Sport dan Race pula boleh dicapai menerusi punat khas R.S. Drive. Seperti kereta lumba bukan?

SERBA MENAWAN

Rupa luaran hot-hatch Perancis itu menampilkan fender lebar, yang dipanjangkan 60mm dan 45mm di depan dan belakang. Berbanding Megane GT, bampar depan baharu dengan ‘bilah’ gaya Formula Satu (F1) dan ambilan udara lebar, serta gril spesifik dengan paten grid berlian.

BACA >>> Renault Megane 2016 Kini Lebih Nilai dan Mampu Milik, Mungkinkah Jengah Pasaran Malaysia?

Profil Megane RS turut didominasi ventilator ekstraktor pada fender depan, dan rim aloi khas 18 dan 19-inci. Rupa belakang pula menampilkan difuser inspirasi-F1, paip ekzos tengah dan lambang Megane RS. Melengkapkan rupa model ini ialah palet warna baharu, dipanggil Volcanic Orange (jingga) yang menggabungkan kilatan unik dengan kesan khas seakan reflek cahaya, sama seperti warna signatur Renaultsport, Liquid Yellow.

DALAMAN SPORTY

Ruang dalam mengetengahkan kerusi sport yang disepadukan bersama penyandar. Rupa kokpit kelabu arang dihiaskan dengan sulaman benang merah, berserta tombol gear dan pedal aluminium ‘bespoke’. Pembeli juga boleh memilih upholsteri ‘tenunan gentian karbon’ atau Alcantara.

Paparan RS Motor dinaik taraf juga sebahagian daripada pakej dengan dua konfigurasi pilihan:

  • RS Monitor – memaparkan prestasi pemandu dalam masa nyata pada skrin R-Link 2
  • RS Monitor Expert – membolehkan pemandu menghubungkan kamera untuk merakamkan aksi mereka memandu, dan memainkannya semula, menganalisis, dan berkongsi di media sosial.

Akhir sekali, Renault Megane RS memuatkan banyak ciri Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS) seperti:

  • Amaran Menukar Lorong (LDW)
  • Amaran Jarak Selamat (SDW)
  • Pengecaman Tanda Trafik (TSR) dengan Penghalang Halaju Lampau (OSP)
  • Amaran Titik Buta (BSW)
  • Bantuan Parkir Mudah (EPA)
  • Sensor parkir (depan, belakang dan sisi)
  • Kamera undur
  • Kawalan Jelajah Adaptif (ACC)
  • Sistem Pembrekan Kecemasan Aktif (AEBS).

Hot-hatch ini akan berada di pasaran Eropah pada Disember ini, dan Britain pada musim bunga 2018. Sementara itu, versi Trophy yang lebih buas dengan hamburan kuasa 296hp dan tork 400Nm, dan casis Cup sebagai standard bakal debut pada penghujung 2018.

GALERI

SUMBER: Car Scoops

 

hot-hatch IAA 2017 Pameran Motor Frankfurt 2017 Renaul-Megane RS (2018) Renault Renault Megane RS (2018) Renaultsport Roda4
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

20/07/2026
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

20/07/2026
Dunlop buka lebih 200 outlet di Malaysia
Aksesori

Dunlop Tetapkan Hala Tuju Pertumbuhan Jangka Panjang di Malaysia

19/07/2026
Auto Terkini

Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

16/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

By Shazwan Hisam16/07/2026
Roda2

Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

By Shazwan Hisam16/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

By Shazwan Hisam15/07/2026
Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

By Shazwan Hisam16/07/2026
ARC XRS x Star Wars
Aksesori

Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

By Syafie08/07/2026
HEV

Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

By Abang Hirata15/07/2026
Roda2

Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

By Shazwan Hisam07/07/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.