Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Renault Megane 2016 Kini Lebih Nilai dan Mampu Milik, Mungkinkah Jengah Pasaran Malaysia?
Roda4

Renault Megane 2016 Kini Lebih Nilai dan Mampu Milik, Mungkinkah Jengah Pasaran Malaysia?

Han OthmanBy Han Othman17/10/20161 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

renault-megane-2016-bg
WALAUPUN ada permintaan, tetapi hakikat pahit yang terpaksa kita terima ialah pasaran hatchback seperti Renault Megane 2016 sememangnya tidak besar di negara ini. Apakah kerana pembeli kita tersilap sangka menganggap model hatchback menawarkan kapasiti but yang sempit? Walhal, faktanya tidak begitu.

Ataupun disebabkan faktor harga yang agak premium berbanding model sedan. Lihat saja harga Mazda3 versi hatchback, lebih mahal daripada model sedan. Honda Malaysia pula khabarnya masih berkira-kira mahu membawa masuk model Civic hatchback.

Jika anda si kaya yang tercari-cari sebuah kereta kompak yang tidak berkompromi dengan ciri premium, mewah dan teknologi termaju, Renault Megane 2016 ialah model yang anda patut cari. Bersama rupa paras menggiurkan dan prestasi enjin memberangsangkan, Renault Megane 2016 sememang berbaloi dibeli.

Megane adalah antara model segmen C hatchback paling menarik setakat ini yang punya banyak potensi hebat menerusi penampilan tiga varian; Zen, GT-Line dan GT.

Megane Zen
Megane GT-Line
Megane GT

Renault Megane Zen and GT-Line menawarkan enjin 1.2L berkuasa 130hp, manakala GT didatangkan dengan enjin 1.6L 202hp. Semua model dibekalkan transmisi automatik DCT dengan 7-kelajuan dan lima tempat duduk. Sensor parkir belakang dan kamera undur ialah standard. Model GT dilengkapi beberapa ciri tambahan seperti pacuan empat roda, kawalan lancar dan pedal anjakan. Hanya GT-Line memiliki ciri amaran titik-buta. Turut menjadi ciri standard ialah brek parkir elektrik, termasuk sistem pemantau tekanan tayar (TPMS).

Di Australia, Renault Megane 2016 sudah siap dijual di pasaran negara itu pada harga AUD$22,490 (RM72,042) atas jalan dengan waranti lima tahun tanpa had perbatuan. Apakah kita akan menyaksikan Renault Megane 2016 dijual dalam julat harga di bawah RM130,000, seperti model segmen C jenama import lain?

Seperti kita sedia maklum, cuma Renault Megane versi prestasi sahaja dibawa masuk Renault Malaysia sebelum ini, iaitu Renault Megane RS di bawah tanda nama Renaultsport (kategori prestasi tinggi). Jadi apakah Renault Megane 2016 baharu ini akan berada dalam barisan model penumpang Renault Malaysia lain seperti Clio, Fluence, Captur dan Koleos?

Sama-samalah kita tunggu.

GALERI

Renault Renault GT Renault Malaysia Renault Megane Renault Megane 2016 Renault Megane GT-Line Renault Megane Zen reviu kereta Roda4
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Geely Auto No.1 di China 2 Bulan Berturut-Turut!

10/03/2026
Roda4

Audi Q7 S line CKD Kini Dari RM399,990, SUV 7 Tempat Duduk, Enjin V6 3.0L

09/03/2026
Lotus Eletre X Hybrid 2026
HEV

Lotus Eletre X Hybrid Guna Teknologi Hibrid Berkuasa 952ps, Tork 935Nm

09/03/2026
Chery Malaysia sambut Aidikfitri dengan rebat sehingga RM18,888
Auto Terkini

Chery Malaysia Sambut Aidilfitri dengan Rebat Sehingga RM18,888

06/03/2026

1 Comment

  1. Naeem on 22/11/2017 00:46

    Hai 2016 renault megane gt ada stok dkt malAysia pm pleas 0193504819

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
CFMoto Papio Racer 2026
Roda2

‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

By Shazwan Hisam06/03/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
Roda2

Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

By Shazwan Hisam06/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

By Syafie06/03/2026
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Selamatkah Memandu dengan Tayar Donat? Bolehkah Dipandu Laju?

By Han Othman08/03/20261
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.