Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Hyundai Sonata (2020) Kini di Malaysia! Inilah 5 Perkara Perlu Anda Tahu, Harga RM189k!
Auto Terkini

Hyundai Sonata (2020) Kini di Malaysia! Inilah 5 Perkara Perlu Anda Tahu, Harga RM189k!

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju31/10/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


HYUNDAI Sime Darby Motors (HSDM) rasmi melancarkan Sonata (2020) serba baharu generasi kelapan ke pasaran Malaysia yang ditawarkan dalam satu varian sahaja pada harga RM189,888.

Menampilkan bahasa rekabentuk baharu Hyundai, ‘Sensuous Sportiness’ , sedan segmen-D gaya fastback ini turut  memperkenalkan enjin baharu, Smartstream G2.5L yang dibangunkan untuk prestasi, kecekapan bahan api dan lebih mesra alam.

Berikut 5 perkara penting yang perlu anda tahu mengenai Sonata (2020) di Malaysia:

1. ENJIN SMARTSTREAM G2.5

Berbanding pasaran luar yang menawarkan dua pilihan enjin, Malaysia hanya menerima satu pilihan enjin, iaitu jenis natural aspirasi (NA) Smartstream G2.5L berkuasa 180hp @ 6,000rpm dan tork 232Nm @ 4,000rpm yang disalurkan ke roda depan menerusi transmisi automatik 6-kelajuan.

Pilihan gear dikawal menerusi butang tukaran elektronik (Shift-by-Wire) dalam empat mod pemanduan, Eco, Smart, Sport dan Comfort.

BACA >>> #Tahukah Anda: Inilah Teknologi Enjin Smartstream Hyundai yang Anda Perlu Tahu

2. HARGA RM189,888

Model import penuh (CBU) dari Korea Selatan ini dijual pada harga bermula RM189,888 dalam enam warna pilihan iaitu:

  • White Cream (putih)
  • Shimmering Silver (perak)
  • Nocturne Grey (kelabu)
  • Oxford Blue (biru)
  • Midnight Black (hitam)
  • Flame Red (merah)

3. LUARAN ELEGAN

Berbanding model terdahulu, Sonata (2020) serba baharu ini menampilkan rekabentuk premium dengan jarak roda (wheelbase) lebih panjang, iaitu 2,840mm, manakala lebar 1,860mm dan panjang 4,900mm. Penampilan bahagian depan kini lebar dan agresif yang dipadankan gril krom bertingkat ‘Cascading’ baharu.

Gril dipadukan bonet dengan garis lekuk. Elemen krom bermula dari lampu depan yang dilarik melewati cermin sisi sebelum melingkar di tingkap. Garis krom di depan diperbaharui dengan memasukkan lampu siang (DRL) dipanggil Hidden Lighting Lamps.

Penampilan luaran ini disempurnakan pemasangan rim aloi 18 inci yang dibalut tayar 235/45.

BACA >>> Hyundai Sonata (2020) Tayang di Malaysia! Anggaran Harga RM200k

4. KABIN BERTEKNOLOGI PINTAR

Ruang kabin menumpukan kepada teknologi inovatif dan keselesaan pemandu dan penumpang. Ruang dalaman menggunakan kemasan kulit dwi-tona pada papan pemuka dan kerusi yang diserlahkan unit infotainment 8-inci dan kluster instrumen digital 12.3-inci.

Paling menarik mengenai Sonata (2020) serba baharu ialah imej titik buta di belakang akan dipaparkan pada kluster instrumen depan pemandu setiap kali mengaktifkan signal belok. Paparan skrin infotainmen boleh menawarkan konektiviti Apple CarPlay dan Android Auto untuk penggunkan iOS dan Android.

Pemandu juga boleh menggunakan telefon pintar untuk membuka pintu, bonet dan menghidupkan enjin.

5. CIRI KESELAMATAN TERBAIK

Ciri keselamatan Sonata (2020) dilengkapkan enam beg udara, ciri Pemantau Titik Buta (BSM) dan Sistem Pemantau Tekanan Tayar (TPMS).

GALERI
Auto Terkini hyundai Hyundai Sonata (2020) Hyundai-Sime Darby Motors Roda4 sedan segmen-D
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    20/07/2026
    Auto Terkini

    Volkswagen ID. Cross 2027 – Jarak Sehingga 427km, Harga Munasabah

    20/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    20/07/2026
    Dunlop buka lebih 200 outlet di Malaysia
    Aksesori

    Dunlop Tetapkan Hala Tuju Pertumbuhan Jangka Panjang di Malaysia

    19/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.