• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / #Tahukah Anda: Inilah Teknologi Enjin Smartstream Hyundai yang Anda Perlu Tahu

#Tahukah Anda: Inilah Teknologi Enjin Smartstream Hyundai yang Anda Perlu Tahu

October 22, 2020 By AO Leave a Comment

6k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


HYUNDAI Sime -Dary Motor (HSDM) baru saja membuka tempahan Sonata (2020) serba baharu untuk pasaran Malaysia yang didatangkan dengan enjin aspirasi natural (NA) Smartstream G2.5L berkuasa 180hp dan tork 232Nm dengan transmisi automatik 8-kelajuan.

Sedan mewah yang dibawa masuk sebagai unit import (CBU) ini didatangkan dengan empat mod pemanduan iaitu Eco, Smart, Sport dan Comfort. Sebagai makluman, Malaysia ialah negara Asean pertama memperkenalkan Sonata!

BACA >>> Hyundai Rancang Bina Teksi Udara Menjelang 2028

Sonata (2020) turut dilengkapkan ciri standard baharu seperti Pemantau Pandangan Titik Buta (BVM), Pemantau Pandang Keliling (SVM), butan anjakan elektronik shift-by-wire, sistem pengecas wayarles dipertingkat menerusi fungsi penyejukan dan rekaan lampu siang (DRL) baharu dengan potongan laser untuk mendapatkan efek krom ketika suis dimatikan.

Apa mengujakan mengenai Sonata (2020) ialah pengenalan unit enjin baharu Smartstream G2.5L MPI. Apakah yang menarik tentang teknologi Smartstream dibangunkan Hyundai ini? Mari kita dapatkan jawapannya.

BACA >>> Hyundai Sonata (2020) Tayang di Malaysia! Anggaran Harga RM200k

1. GUNA TEKNOLOGI CVVD

Enjin Smartstream menggunakan teknologi Durasi Injap Variabel Berterusan (Continuously Variable Valve Duration, CVVD) yang kini bersedia menjadi unit enjin baharu barisan model Hyundai dan Kia terkini. Inovasi ini didedahkan di Hyundai Motorstudio Goyang, Korea menerusi pengenalan enjin Smartstream G1.6 T-GDi, yang juga trenkuasa pertama dipadukan teknologi tersebut.

Apakah kelebihan dan keistimewaan teknologi CVVD yan ada pada enjin Smartstream dibangunkan Hyundai ini? Baca lagi penjelasan di bawah...

2. LEBIH PRESTASI, LEBIH JIMAT DAN LEBIH MESRA ALAM

CVVD mengoptimumkan prestasi enjin dan kecekapan bahan api, serta pada masa sama memenuhi kriteria kenderaan mesra alam. Hyundai mendakwa teknologi baharu ini membantu melonjakkan 4 peratus prestasi enjin dan meningkatkan 5 peratus penjimatan bahan api. Ini termasuk mengurangkan 12 peratus tahap emisi.

3. KAWALAN INJAP IKUT TAHAP PEMANDUAN

Kelebihan utama CVVD ialah kemampuan mengatur tempoh bukaan dan tutupan injap mengikut tahap pemanduan.

Tipikal teknologi kawalan injap variabel (VVT) ialah menguruskan pemasaan bukaan dan tutupan injap, seperti Pemasaan Injap Variabel Berterusan (CVVT), atau mengawal jumlah udara yang disuap dengan melaraskan kedalaman bukaan, seperti Lif Injap Variabel Berterusan (CVVL).

Namun, dua teknologi tersebut tidak dapat mengatur durasi injap kerana pemasaan tutupan injap tidak setara dengan pemasaan bukaan injap, dan tidak dapat bertindak balas mengikut tahap pemanduan yang pelbagai. Jadi, CVVD ialah teknologi enjin baharu yang mampu menangani semua permasalan tersebut dengan kemampuan melaraskan seberapa lama sesuatu injap itu dibuka.

4. OUTPUT ENJIN IKUT KELAJUAN SEMASA

Apabila kenderaan berada dalam kelajuan malar dan memerlukan output enjin rendah, CVVD akan membuka injap ambilan (intake valve) dari tengah hingga hujung lejang mampatan (compression stroke). Ini membantu menambah baik kecekapan bahan api dengan mengurangkan rintangan disebabkan mampatan.

Dalam hal lain, apabila output enjin tinggi, seperti ketika memandu laju, injap ambilan akan ditutup pada permulaan lejang mampatan untuk memaksimumkan jumlah udara yang digunakan untuk proses pembakaran, sekali gus meningkatkan tork bagi menambah baik pecutan.

5. DINAMAKAN SMARTSTREAM G1.6 T-GDi

Enjin pertama menggunakan teknologi CVVD ini ialah Smartstream G1.6 T-GDi, iaitu unit petrol turbo berkuasa 180hp dan tork 265Nm. Enjin ini juga memiliki ciri Resirkulasi Gas Ekzos Tekanan-Rendah (LP EGR) bagi mengoptimumkan kecekapan bahan api.

Sistem resirkulasi gas ekzos akan mengembalikan beberapa gas dibakar menerusi enjin ke kebuk pembakaran, menghasilkan efek penyejukan dan mengurangkan emisi nitrogen oksida. Bagaimanapun unit enjin untuk Sonata spesifikasi Malaysia ialah versi NA tanpa turbo.

BACA >>> Hyundai Tucson (2021) Didedahkan, Tampil Rekabentuk Revolusioner

6. ADA SISTEM PENYEJUKAN DAN PEMANASAN BERSEPADU

hyundai-sonata-2020-performance
hyundai-sonata-2020-engine

Bagi unit enjin Smartstream G1.6 T-GDi, ia memiliki sistem tekanan-rendah yang akan mengalirkan gas emisi dibakar ke depan kompresor pengecas turbo, berbanding sistem ambilan bagi meningkatkan kecekapan di bawah kondisi beban tinggi.

Sebagai tambahan, unit enjin baharu ini memiliki Sistem Pengurusan Termal Bersepadu (ITMS) yang secara pantas memanaskan dan menyejukkan enjin kepada suhu optimum, dan mengarahkan sistem semburan terus yang mencapai 350 bar, melepasi 250 bar untuk enjin T-GDi lama.

Geseran enjin juga dikurangkan hingga 34 peratus menerusi penggunaan komponen geseran rendah.

7. HYUNDAI SONATA JADI MODEL PERTAMA

Enjin Smartstream G1.6 T-GDi mula dipasangkan pada Hyundai Sonata Turbo. Unit enjin ini juga akan menjadi trenkuasa baharu barisan kenderaan Hyundai dan Kia baharu. Maklumat kenderan Kia dengan enjin baharu akan diumumkan tidak lama lagi menjelang tarikh pelancaran model jenama itu kelak.

6k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: hyundai, Hyundai Sonata (2020), Roda4, Sedan, Smartstream, Smartstream G2.5. MPi, Smartstream G2.5L

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • Honda Winner X 160 Mampu Cabar Yamaha Exciter 155 VVA?
    Honda Winner X 160 Mampu Cabar Yamaha Exciter 155 VVA?
  • Lando: "Teksi Tak Basuh Macam Mana? Aku PANG Kau Kang! Bodoh Tak Pakai Otak!"
    Lando: "Teksi Tak Basuh Macam Mana? Aku PANG Kau Kang! Bodoh Tak Pakai Otak!"
  • #Videotomotif: Meter Yamaha Exciter 155 VVA Cecah 151kmj! Memang Padu!
    #Videotomotif: Meter Yamaha Exciter 155 VVA Cecah 151kmj! Memang Padu!
  • #SembangDeras: Benarkah Cas Guna Soket Kereta Boleh Rosakkan Bateri Telefon Anda?
    #SembangDeras: Benarkah Cas Guna Soket Kereta Boleh Rosakkan Bateri Telefon Anda?

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my