Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Hyundai Palisade (2023) Diperkenal di AS, Model Facelift yang Nampak Macam Baharu!
Roda4

Hyundai Palisade (2023) Diperkenal di AS, Model Facelift yang Nampak Macam Baharu!

Abang HirataBy Abang Hirata02/05/2022
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PADA 13 April lalu, Hyundai memperkenalkan Palisade (2023) di New York, Amerika Syarikat (AS)

Model itu berada dalam segmen kenderaan utiliti sukan (SUV) saiz-penuh (full-size) dengan tiga baris tempat duduk dan kali pertama kali diperkenalkan pada 2018. Model ini ibarat kembar kepada sebuah lagi SUV besar dari Korea, Kia Telluride (foto bawah).

BACA >>> Kia Telluride (2020) – Crossover 8 Penumpang Gaya Amerika di Detroit
BACA >>> Kia Telluride Menang Kereta Terbaik Dunia (WCOTY) 2020!

Palisade (2023) adalah alternatif kepada Telluride yang tidak dijual di pasaran tempatan. Sebaliknya, Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) memperkenalkan SUV Hyundai itu pada Disember 2021. Usaha HSDM itu patut dihargai dan dipuji kerana berani menawarkan model unik seperti IONIQ, IONIQ 5, Kona Electric, Staria dan i30 N.

Banyak ciri Palisade (2023) yang diperbaharui dengan rupa depan seakan model serba baharu. Turut dipertingkat ialah ciri sedia ada dan juga opsyen baharu.

Rangkaian Kuasa
  • Kekal sama, enjin petrol 3.8L V6 Dual CVVT dengan suntikan terus (DI).
  • Anggaran Kuasa 291hp @ 6,000rpm dan tork 355Nm @ 5,200 rpm.
  • Transmisi automatik 8-kelajuan.
  • Pilihan pacuan dua roda (2WD) dan empat roda (4WD) HTRAC.
HTRAC dengan Mod Tunda
  • Sistem pacuan semua roda (AWD) dengan Mod Tunda.
  • Mod Tunda berfungsi melaraskan tetapan pacuan dengan memegang gear rendah lebih lama, dan mengurangkan kekerapan respons anjakan gear.
  • Sistem AWD HTRAC dibangunkan sebagai sistem multi-mod dengan menawarkan klac Pisah Tork Variabel (Variable Torque Split, VTS) dan kawalan tork aktif (Active Torque Control, ATC) antara gandar depan dan belakang.
  • Mod HTRAC: Normal, Sport dan Smart untuk memberikan ekstra keyakinan ketika memandu dalam pelbagai kondisi cuaca.
  • Mod Sport menawarkan pemanduan lebih lincah dengan menghantar daya tork pada roda belakang.
Luaran Baharu
  • Gril dan bampar.
  • Lampu depan dan lampu siang (DRL).
  • Rim aloi.
  • Cermin luar auto-malap.
Dalaman Baharu
  • Panel meter dengan rekaan antaramuka audio.
  • Stereng.
  • Permukaan dan bahan kerusi.
  • Kerusi pemandu dengan gerakan ergonomik.
  • Kerusi baris kedua dengan perehat lengan boleh laras (8 penumpang, pertama untuk Hyundai).
  • Kerusi baris ketiga dengan ciri pemanas (pertama untuk Hyundai).
  • Cermin pintu belakang dengan lapisan akustik (Palisade Calligraphy).
Infotainmen dan Teknologi Berkaitan

  • Paparan navigasi 12 inci dengan resolusi 720p.
  • Cermin pandang belakang paparan penuh digital (pertama untuk Hyundai).
  • Hotspot WiFi (pertama untuk Hyundai).
  • Digital Key 2 Touch (serasi iPhone dan Android).
  • Port USB Type-C dipertingkat, menggantikan port USB Type-A untuk pengecasan lebih pantas hingga 3 Amp.
  • Pengecas wayarles dipertingkat daripada 5W kepada 15W.
  • Fungsi pengecaman suara ditambah baik.
Sistem Bantuan Pemanduan
  • Bantuan Elak Perlanggaran Depan (FCAA).
  • Kawalan Jelajah Pintar (ICC) berasaskan navigasi.
  • Bantuan Pandu Lebuh Raya.
  • Bantuan Elak Perlanggaran Parkir Undur.
  • Bantuan Parkir Pintar Kawalan Jauh.
Teknologi Pasif
  • Beg udara belakang impak sisi.
Palisade XRT – varian baharu

  • Varian khas dengan gaya gelap berikutan pengenalan Santa Fe dan Tucson XRT.
  • Rim aloi gelap 20 inci.
  • Rupa depan dan depan lebih lasak dengan elemen plat skid.
  • Kemasan gril depan gelap.
  • Trim bawah pintu.
  • Rel bumbung hitam.
  • Bumbung suria elektrik.
  • Material kulit tiruan (leatherrette) hitam untuk kerusi.

Sebagai rujukan, Palisade (foto atas) pasaran tempatan adalah versi 2022 dan ditawarkan dalam dua pilihan varian, 7- dan 8-kerusi. Enjin pula menawarkan dua varian, iaitu:

  • 3.8L V6 – transmisi automatik 8-kelajuan, 2WD
  • 2.2L Diesel Turbo – transmisi automatik 8-kelajuan, AWD

Harga Palisade (2022) bermula RM328,888-RM358,888 mengikut jumlah kerusi dan varian enjin.

BACA >>> SUV Mewah Hyundai Palisade (2022) Lancar di Malaysia, Harga Mula RM328k!
BACA >>> Hyundai Kona (2021) Facelift Tiba! Boleh Pecut 198kmj, Harga Mula RM119k!
BACA >>> Hyundai Bakal Bina Pusat R&D di Indonesia, Fokus Hasilkan Produk Tempatan dan Asean

hyundai Hyundai Palisade Hyundai Palisade 2023 Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) Roda4 SUV SUV mewah SUV Saiz Penuh
Abang Hirata

Artikel Berkaitan

Roda4

Leapmotor C10 PLUS, C10 PLUS ‘Night Edition’ Rasmi Dilancar, Harga Mula RM148k!

27/02/2026
Prototaip SUV EV 'Porsche K1'
Roda4

Porsche ‘K1’ – SUV Elektrik Lebih Besar daripada Cayenne Dijangka Tiba 2027

27/02/2026
Auto Terkini

Honda CR-V Generasi Ke-6 Kini di Jepun, Lambat Tetapi Lebih Canggih

27/02/2026
Volvo EX30 2026
Kenderaan Elektrik (EV)

Volvo EX30 2026 Dapat Nafas Baharu Berkuasa 150ps, Jarak Maksimum 476km

27/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Pelajar bantu wanita jatuh basikal kena bayar pampasan
Auto Terkini

Bantu Mangsa Jatuh Basikal, Pelajar Diarah Bayar Pampasan Lebih RM120,000

By Shazwan Hisam24/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Audi RS 5 2026
PHEV

Audi RS 5 2026: PHEV Prestasi Premium Pertama daripada Audi Sport

By Abang Hirata20/02/2026
Auto Terkini

Pakar: Larang Kapcai Musim Perayaan Mampu Kurangkan Nahas Jalan Raya

By Syafie21/02/2026
Anggota JPJ Selangor dibaling mercun
Auto Terkini

Anggota JPJ Selangor Dibaling Mercun Selepas Keluarkan Saman

By Syafie25/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.