• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Kia Telluride Menang Kereta Terbaik Dunia (WCOTY) 2020!

Kia Telluride Menang Kereta Terbaik Dunia (WCOTY) 2020!

April 9, 2020 By Abang Hirata Leave a Comment

687
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SUKAR dinafikan kenderaan Kia mempunyai gaya tersendiri dan pengeluar automotif dari Korea itu tidak pernah berkira untuk melantik individu ternama dalam pasukan rekabentuk.

Misalnya, Kia baru saja melantik Jochen Paesen, iaitu pereka yang pernah berkhidmat bersama Volkswagen, BMW dan NIO, sebagai Naib Presiden Rekabentuk Dalaman Kumpulan. Beliau bakal berkhidmat di bawah Karim Habib yang juga pernah berkhidmat bersama BMW.

Sebelum itu, Peter Schreyer pula adalah legenda yang bertanggungjawab menaikkan jenama Kia.

BACA >>> Kia Telluride (2020) - Crossover 8 Penumpang Gaya Amerika di Detroit

Ini pula kemuncak pengiktirafan diraih Kia apabila Telluride dipilih sebagai Kereta Terbaik Dunia (World Car of the Year, WCOTY) 2020. Lebih mengujakan, satu lagi model Kia, Soul EV pula memenangi Kereta Urban Terbaik Dunia (World Urban Car) 2020.

Telluride berada dalam senarai awal WCOTY dengan 29 model lain serata dunia, manakala Soul EV pula berentap bersama lapan pesaing lain. Kedua-dua model berjaya tersenarai dalam tiga terbaik dalam kategori masing-masing seperti diumumkan pada 3 Mac lalu.

BACA >>> Paesen Dilantik Naib Presiden Rekabentuk Dalaman Kia

KIA TELLURIDE
KIA SOUL EV

Pemilihan WCOTY sebenarnya rumit dan memakan masa lama. Ia bermula di Frankfurt pada 10 September 2019 dan berakhir pada hari pengumuman pemenang pada 8 April 2020. Kenderaan akan dipilih dan mendapat undian daripada panel juri antarabangsa membabitkan 86 jurnalis automotif dari 24 negara.

Setiap juri pula dilantik Jawatankuasa Pemandu Anugerah Dunia berdasarkan kriteria seperti kepakaran, pengalaman, kredibiliti dan pengaruh.

Firma perakaunan antarabangsa KPMG pula membuat penjadualan undian juri. Ada juga beberapa program pemilihan dilakukan seperti Pandu Uji Tahunan LA kali ke-6 di Los Angeles anjuran ZF.

SUV UNTUK CITA RASA AMERIKA

Telluride ialah kenderaan utiliti sukan (SUV) saiz penuh yang kali pertama diperkenalkan di Amerika Syarikat (AS) pada Januari 2019. Ia memang dibina berasaskan citarasa pembeli AS dan tidak hairan kenapa bentuk SUV itu nampak lasak dan bersegi.

Pengaruh Telluride juga dapat dilihat pada beberapa model SUV lain selepas itu seperti Seltos dan Sorento. Menepati cita rasa AS, Telluride dijana enjin 3.8L V6 berkuasa 291hp dan tork 355Nm, manakala transmisi jenis automatik 8-kelajuan. Di pasaran Negara Uncle Sam itu, Telluride dijual pada harga bermula AS$31,890 (RM138,640).

BACA >>> Kia Bakal Perkenal Satu Lagi SUV Baharu Lebih Kompak Selepas Seltos

2020 Telluride
2020 Telluride
2020 Telluride
2020 Telluride
2020 Telluride
2020 Telluride
2020 Telluride
2020 Telluride
2020 Telluride
2020 Telluride
Medium-14208-All-NewKiaSoulEV
687
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: 2020 World Car Awards, 2020 World Car of the Year, Anugerah Kereta Terbaik Dunia (WCOTY), Jochen Paesen, Karim Habib, Kia, Kia Telluride, Peter Schreyer, The World Car Awards, World Car Of The Year

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

PanduLaju.com.my

Pilihan Ramai

  • Ducati Malaysia Lancar Multistrada V4 S (2021), Harga RM146k!
    Ducati Malaysia Lancar Multistrada V4 S (2021), Harga RM146k!

PANDU UJI

#PanduUji: Honda HR-V (2022) yang Bakal Jadi SUV Segmen-B Paling Win!!!

 KENDERAAN Utiliti Sukan (SUV) segmen-B dinantikan ramai, Honda HR-V … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda Civic FE (2022) yang Sedap Lain Macam!

 SOALAN paling kerap ditanya kepada abang, macam mana Honda Civic FE … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: 7 Fakta Asas Aprilia SR GT 200 (2022) Anda Perlu Tahu

APRILIA SR GT 200 (2022) yang diperkenalkan ke Malaysia Jumaat lalu … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my