Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Hyundai Kona N dalam Pembikinan, Crossover Berprestasi Tinggi Bakal Muncul?
Roda4

Hyundai Kona N dalam Pembikinan, Crossover Berprestasi Tinggi Bakal Muncul?

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju19/05/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


DALAM wawancara terbaharu dengan AutoExpress, bos Hyundai, Albert Biermann mendedahkan pasukannya sedang membina prototaip Kona N. Sekiranya proses pembangunan berjalan lancar dan keputusan akhir selaras dengan sasaran, beliau akan cuba menjual idea itu kepada pengurusan tertinggi di Korea Selatan.

“Saya beritahu mereka (pasukan jurutera) untuk membina kereta itu dan kami akan lihat apa akan terjadi untuk dapatkan kelulusan,” kata Biermann sambil menambah model prestasi itu bakal berkongsi enjin 2.0L pengecas turbo (250hp) yang sama digunakan i30 N. Enjin sama turut ditawarkan pada Veloster N di Amerika Syarikat (AS) yang berkuasa 271hp.

BACA >>> Hyundai Kona (2018) Perkenal Ciri Teknologi Termaju dalam Kelas SUV Segmen-B

“Ia patut jadi trenkuasa i30 N. Sudah tentu kami boleh berikan Kona spesifikasi berbeza bagi suspensi dan stereng, walaupun ada beberapa komponen umum yang kami boleh gunakan kerana ia akan jadi jentera pacuan roda depan (FWD) seperti i30 N. Tetapi kami sudah tahu bahawa enjin dan kotak gear kereta itu adalah untuk Kona N,” katanya.

ENJIN SAMA SEPERTI i30N

i30 N (gambar atas) melakukan debut dengan transmisi manual 6-kelajuan. Pada masa sama, model transmisi dual-klac (DCT) 8-kelajuan sedang dalam pembangunan dan dijangka dilancarkan tahun depan. Veloster N turut dikesan menggunakan kotak gear automatik. Jadi, ada kemungkinan Kona N didatangkan dalam versi transmisi automatik. Siapa tahu mungkin juga Hyundai akan menawarkan kedua-dua transmisi (manual dan automatik).

BACA >>> #Videotomotif: Siapa Menang Lumba Drag? Hyundai i30 N Lawan Volkswagen Golf GTI

Selain enjin dan trenkuasa, pengeluaran Kona N mungkin dimuatkan dengan komponen lain daripada portfolio N, seperti spoiler belakang, brek N dengan kaliper merah, rim aloi ringan N dan aksen merah. Tentu saja akan ditawarkan dalam warna biru khas, ‘Performance Blue’ untuk mendefinisikan barisan prestasi jentera Hyundai N.

SUMBER: AutoGuide

Albert Biermann Crossover hyundai Hyundai Kona Hyundai Kona N Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) Roda4 SUV
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Aston Martin Vanquish 25, Kuasa 835 PS dan 1,000Nm, Bukti V12 Sentiasa Dihormati!

    22/07/2026
    Auto Terkini

    MAA: Prestasi Automotif 1H 2026 Kekal Kukuh, Unjuran TIV Disemak Naik kepada 800,000 Unit!

    22/07/2026
    Mercedes-Maybach GLS 2027
    Auto Terkini

    Mercedes-Maybach GLS 2027 – 4.0L V8 612 ps/850Nm, SUV Ultra Mewah Guna Teknologi Hibrid Ringan

    22/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    22/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.