Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Hyundai Ioniq Electric (2019), Berbaloi Dijual untuk Saingi Nissan Leaf di Malaysia
Roda4

Hyundai Ioniq Electric (2019), Berbaloi Dijual untuk Saingi Nissan Leaf di Malaysia

Abang HirataBy Abang Hirata08/05/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


HYUNDAI-Sime Darby Motors memang berani membawa masuk model hibrid, Ioniq ke pasaran tempatan. Apa yang mengejutkan ialah model itu, yang dilancarkan November 2016, dipasarkan pada harga sekitar RM100,000 sahaja.

Harga itu boleh dikatakan sangat berpatutan kerana Ioniq ialah kereta penumpang yang menawarkan ruang dalaman selesa. Beberapa tahun kemudian barulah Ioniq menerima saingan terus apabila Honda memasarkan City Hybrid.

BACA >>> Hyundai Ioniq Dipilih Sebagai Kereta Terbaik (COTY) Dunia Wanita 2017

Di peringkat global, Ioniq mempunyai dua lagi varian yang tidak dipasarkan di pasaran tempatan, iaitu Ioniq Plug-In Hybrid (PHEV) dan Ioniq Electric. Hyundai mendakwa Ioniq ialah kereta pertama dunia dilengkapkan tiga trenkuasa elektrik yang dirancang sejak awal.

Selepas masuk tahun ketiga sejak kali pertama dilancarkan, Hyundai Motor memperkenalkan Ioniq (2019). Model ini menampilkan beberapa perubahan luaran dan dalaman untuk ketiga-tiga varian utama, termasuk bateri baharu untuk model elektrik.

Kami berpendapat HSDM wajar mempertimbangkan Ioniq Electric dijual di Malaysia bagi merintis jalan kepada kehadiran EV mampu milik. Tambahan pula, pesaing seperti Edaran Tan Chong Motor (ETCM) bakal melancarkan Nissan Leaf beberapa bulan lagi.

TAMBAHAN TENAGA

Ioniq Electric (2019) tampil dengan tambahan kapasiti tenaga sebanyak 36 peratus menerusi penggunaan bateri berkuasa 38.3kWh. Bateri asal model ini ialah 28kWh, manakala bateri baharu memberikan jarak perjalanan sejauh 292km (mengikut rating WLTP). Jarak tersebut cuma sederhana, tetapi cukup perjalanan ulang-alik ke tempat kerja.

Dari segi kuasa, motor Ioniq Electric (2019) mempunyai kuasa maksimum 134hp dan tork 295Nm. Hyundai turut membekalkan pengecas on-board 7.2kW yang dinaik taraf daripada 6.6kW untuk sistem pengecasan AC Type 2. Dengan kuasa 100kW di stesen pengecasan pantas, model ini mampu dicas 80 peratus dalam masa 54 minit.

Luaran Ioniq Electric (2019) menerima beberapa perubahan kosmetik pada gril, bampar depan dan belakang, lampu depan LED dan belakang supaya tampak segar dan dinamik. Hyundai turut memberikan rim 16-inci dengan paten baharu. Ada sembilan warna ditawarkan: Fluidic Metal, Electric Shadow, Liquid Sand, Typhoon Silver Phantom Black, Polar White, Iron Grey, Intense Blue dan Fiery Red.

Sejak diperkenalkan pada 2016, lebih 60,000 unit Ioniq sudah terjual. Angka tersebut biasa sahaja jika dibandingkan kereta konvensional, tetapi cukup besar dalam segmen EV.

BACA >>> Albert Biermann – Orang Kuat i30 N dan Stinger Kini Dilantik Ketua R&D Hyundai-Kia!

GALERI
EV hyundai Hyundai Ioniq Hyundai Ioniq Electric (2019) Hyundai-Sime Darby Motors Kenderaan Elektrik (EV)
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    MAA: Prestasi Automotif 1H 2026 Kekal Kukuh, Unjuran TIV Disemak Naik kepada 800,000 Unit!

    22/07/2026
    Mercedes-Maybach GLS 2027
    Auto Terkini

    Mercedes-Maybach GLS 2027 – 4.0L V8 612 ps/850Nm, SUV Ultra Mewah Guna Teknologi Hibrid Ringan

    22/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    22/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    20/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.