Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Hyundai Elantra (2020) dengan Teknologi SmartSense Akan Lancar Tengah Bulan Ini!
Auto Terkini

Hyundai Elantra (2020) dengan Teknologi SmartSense Akan Lancar Tengah Bulan Ini!

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju03/12/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


HYUNDAI Elantra (2020) kali pertama melakukan debut global pada Mac lalu di Hollywood, dan Sime Darby Auto Hyundai (SDAH) tidak menunggu lama untuk membawa masuk model segmen-C dengan kod CN7 itu ke Malaysia.

Jika Elantra sebelum ini ialah versi pemasangan tempatan (CKD), tetapi model generasi ketujuh ini akan dipasarkan sebagai unit import (CBU) dari Korea Selatan. Walaupun harga belum diumumkan, tetapi dikatakan akan dijual pada julat harga Mazda3 premium.

Jika pasaran luar menerima dua varian enjin, petrol dan hibrid, Elantra spesifikasi Malaysia cuma ditawarkan satu varian enjin, iaitu petrol Smartstream G1.6 MPi berkuasa 123hp @ 6,300rpm dan tork 154Nm @ 4,500rpm dengan transmisi variabel pintar (IVT) 8-kelajuan SmartStream.

Apa lagi yang menarik tentang Elantra (2020)?

  • Transmisi SmartStream IVT 8-kelajuan dibangunkan Hyundai ini berbeza berbanding kotak gear CVT biasa. Transmisi ini menggantikan tali sawat konvensional dengan rantai yang menggabungkan kecekapan CVT konvensional dengan menambah baik respons ketika penukaran nisbah gear, manakala pemindahan output lebih cekap.
  • Smartstream iVT menghasilkan semula paten tukaran gear transmisi manual lebih baik untuk fiil responsif. Tali sawat rantai menggunakan tegangan tali sawat bagi melaraskan diameter puli untuk menghilangkan gelinciran tali sawat dan meningkatkan kecekapan.
  • Transmisi SmartStream IVT menawarkan tiga mod pemanduan selain normal, iaitu Smart, Eco, dan Sport.
  • Menampilkan siluet ala fastback dengan lekuk badan pada sisi, depan dan belakang berasaskan bahasa rekabentuk Parametric Dynamics. Dari depan dapat dilihat tirai udara di bawah dengan gril Parametric Jewel berserta lampu utama LED.
  • Permukaan sisi Parametric Jewel dapat dilihat dengan garis lekuk pada pintu dan disempurnakan bonet rendah serta rim 17 inci.
  • Mengetengahkan rekabentuk belakang tersendiri dengan padanan lampu LED yang melintang panjang sepanjang but dan membentuk huruf ‘H’.

  • Ruang kabin dihidangkan unit infotainment 8 inci dengan konektiviti Android Auto dan Apple CarPlay, termasuk sambungan lain seperti auksiliari (AUX), USB, dan Bluetooth dengan pengecaman suara.
  • Kluster instrumen 10.25-inci Supervision TFT LCD.
  • Stereng memiliki ciri pemanas, manakala cermin sisi dan kerusi depan ada fungsi ventilasi.
  • Ada pengecas wayarles telefon pintar.
  • Kerusi pemandu boleh laras elektrik dengan sokongan lumbar tanpa fungsi memori, dan disertakan kawalan suhu pintar untuk keselesaan.

  • Penyaman udara dwi-zon dengan kawalan blower automatik 3-tetapan.
  • Ada Sistem Pemantau Tekanan Tayar (TPMS) untuk memeriksaan tekanan angin tayar.
  • Ada ciri but pintar yang akan dibuka dengan hanya berdiri di belakang tanpa perlu menggerakkan kaki bawah but.
  • Memiliki ekstra dimensi badan yang lebih panjang, lebih jarak roda dan lebih lebar dengan ruang penumpang belakang lebih luas.
  • Walaupun direndahkan 20mm, penumpang dengan ketinggian 190sm masih mendapat ruang kepala selesa.
  • Ditawarkan dalam dua pilihan kabin, hitam dan kelabu cerah (kemasan kulit).
  • Ciri keselamatan dilengkapkan dengan:
    • 6 beg udara
    • Sistem Brek Anti Kunci (ABS)
    • Kawalan Stabiliti Elektronik (ESC)
    • Kawalan Bantuan Penghidup Bukit (HAC)
    • Sistem Bantuan Brek (BAS)
    • Sistem Kawalan Traksi (TCS)
    • Pengurusan Kestabilan Kenderaan (VSM)
    • Immobiliser
  • Elantra (2020) turut didatangkan dengan ciri bantuan pemandu Hyundai SmartSense dengan pakej seperti berikut:
    • Amaran Perhatian Pemandu (DAW), Leading Vehicle Departure Alert  (LVDA)
    • Kawalan Jelajah Pintar (SCC) dengan Henti dan Mula
    • Bantuan Susur Lorong (LFA) Dan Bantuan Kekal Lorong (LKA)
    • Bantuan Elak Perlanggaran Trafik Lintas Belakang (RCCA)
    • Bantuan Elak Perlanggaran Titik Buta (BCA)
    • Bantuan Elak Perlanggaran Depan (FCA) -kenderaan, pejalan kaki dan penunggang basikal
    • Bantuan Elak Perlanggaran Depan Simpang (FCA-JT)
    • Amaran Penumpang Belakang (ROA)
    • Amaran Keluar Selamat (SEW)
  • Ada 4 pilihan warna untuk dipilih, iaitu Polar White (putih), Electric Shadow (kelabu kusam), Amazon Grey (kelabu), Intense Blue (biru)

BACA >>> Hyundai Elantra (2021) Serba Baharu Buka Tempahan di Malaysia, Deposit RM777!
BACA >>> Perbandingan: Foto Paten vs Imej Video Acah Honda Civic (2022)
BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Sedan Lebih Baik daripada SUV?

hyundai Hyundai Elantra (2020) hyundai elantra baharu Roda4 Sedan Sedan kompak sedan segmen-C Sime Darby Auto Hyundai Sime Darby Auto Hyundai (SDAH)\
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Roda4

    Audi Q5 2025 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM352,990

    06/05/2026
    Auto Terkini

    Nissan Gravite CNG, MPV Kecil Dengan 7 Tempat Duduk dan 2 Tangki CNG!

    06/05/2026
    Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
    Auto Terkini

    B15 Biodiesel Bermula Jun, Langkah Turunkan Kos Diesel Negara

    05/05/2026
    Zeekr 9X by MANSORY
    Bikin Auto

    #BikinAuto: Zeekr 9X by MANSORY, SUV Ultra Mewah Jadi Lebih Ganas dengan Rim 24 Inci, Pintu ‘Suicide’!

    05/05/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    MyJPJ Guna MyDigital ID Sepenuhnya Bermula 1 Mei 2026

    By Shazwan Hisam30/04/2026
    Roda4

    Jetour T1 Kini Dibuka untuk Tempahan, Dua Varian Tersedia, Harga Mula RM143,800!

    By Syafie30/04/2026
    Roda2

    EZI RAY 01 Lancar Di Malaysia – Harga Serendah RM2,288 Dengan Rebat Mforce.Cas

    By Shazwan Hisam30/04/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    IONIQ 5 N, IONIQ 6 N Buka Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM450k, RM460k

    By Syafie06/05/2026
    Roda4

    MG Motor Malaysia Rai Ulang Tahun ke-2, Lancar Model CKD Pertama – MGS5 EV, Harga RM116,900

    By Han Othman06/05/2026
    Roda4

    Toyota Yaris Cross Buka Tempahan di Malaysia, Harga Bawah RM100k

    By Shazwan Hisam24/04/2026
    EON & Sahabat Autofest 2026
    Auto Terkini

    EON & Sahabat Autofest 2026 Kembali 8 – 10 Mei Ini dengan Hadiah Proton e.MAS 7!

    By Han Othman05/05/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.