• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Perbandingan: Foto Paten vs Imej Video Acah Honda Civic (2022)

Perbandingan: Foto Paten vs Imej Video Acah Honda Civic (2022)

November 14, 2020 By AO Leave a Comment

134
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


HONDA baru saja menyiarkan video acah Civic (2022) yang sebenarnya sudah pun beberapa kali dikesan sedang menjalani ujian enduran. Malah, imej paten sedan kompak itu turut bocor.

Foto ditularkan forum CivicXI itu menunjukkan rupa baharu Civic Hatchback (2022) yang  memiliki persamaan rekabentuk dengan Accord. Rupa Civic baharu semakin jelas menerusi video prototaip disiarkan Honda semalam.

BACA >>> Imej Paten Bocor, Inikah Rupa Honda Civic Hatchback (2022) Generasi Baharu?


Adakah sama imej paten yang bocor dengan prototaip yang ditunjukkan dalam video acah Honda semalam? Mari kita buat perbandingan ringkas di bawah ini:

BACA >>> UK Lancar Honda Civic Type R (2020) dengan 4 Varian Pilihan, Harga Mula RM179k!

Bermula depan, rekaan gril diperbaharui yang diapit lampu utama baharu dengan bentuk lebih horizontal. Bampar depan juga baharu dengan bukaan tengah lebih besar dan garis aliran udara yang berfungsi menyuapkan udara luar ke dalam enjin. Rekaan lampu utama antara imej paten dan prototaip dalam video nampak mirip.

Melihat imej paten, rupa belakang nampak lebih ringkas kerana tiada lagi lampu bentuk-C seakan sepit ketam seperti model sedia ada. Sebaliknya, lampu belakang diperbaharui lebih kompak dan bersambung dengan strip halus (mungkin reflektor) yang melintang sepanjang but.  Bampar belakang juga kurang agresif.

Namun, berbanding bahagian depan yang mirip, sebaliknya rupa belakang prototaip Civic antara imej paten dan video acah memaparkan perbezaan ketara. Namun, imej paten ialah model hatchback, manakala imej video pula mungkin versi sedan. Ataupun mungkinkah imej prototaip ditunjukkan dalam video ialah versi akhir yang menjadi rekabentuk Civic edisi pengeluaran kelak?

Rekabentuk rim juga berbeza. Tetatpi semestinya bukan rim seperti imej paten yang akan menjadi rekabentuk akhir nanti. Secara keseluruhan, Civic (2022) nampak lebih matang berbanding model terdahulu dan dijangka menarik perhatian peminat Honda yang kurang gemar dengan rekabentuk agresif seperti mana sekarang.

Tiada banyak diperkatakan Honda mengenai Civic generasi baharu ini. Apapun, kita tunggu acara perasmian sebenar nanti.

BACA >>> Honda Civic Hatchback Kini Ditawarkan Aksesori Mugen

paten-honda-civic-hatchback-2022-5
paten-honda-civic-hatchback-2022-6
paten-honda-civic-hatchback-2022-1
paten-honda-civic-hatchback-2022-2
paten-honda-civic-hatchback-2022-3
paten-honda-civic-hatchback-2022-4
paten-honda-civic-hatchback-2022-7
honda-civic-prototaip-2022-2
honda-civic-prototaip-2022-1
honda-civic-prototaip-2022-3
honda-civic-prototaip-2022-4
honda-civic-prototaip-2022-5
honda-civic-prototaip-2022-6
honda-civic-prototaip-2022-7

SUMBER: CarScoops

Artikel Berkaitan

134
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Honda Civic (2022), Imej Paten Honda Civic (2022), Roda4, sedan segmen-C, Video Acah Honda Civic (2022)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • 7 Motosikal Terbaik untuk Penunggang Urban Harian di Malaysia
    7 Motosikal Terbaik untuk Penunggang Urban Harian di Malaysia
  • Berapakah Tekanan Angin yang Betul Selepas Tukar Saiz Rim dan Tayar?
    Berapakah Tekanan Angin yang Betul Selepas Tukar Saiz Rim dan Tayar?
  • #TahukahAnda: 5 Tanda Absorber Kereta Anda Perlu Tukar Baharu
    #TahukahAnda: 5 Tanda Absorber Kereta Anda Perlu Tukar Baharu
  • Perbandingan: Yamaha Y16ZR (2021) vs SYM VF3i Pro (2020), Model Mana Paling Berkuasa Sebenarnya?
    Perbandingan: Yamaha Y16ZR (2021) vs SYM VF3i Pro (2020), Model Mana Paling Berkuasa Sebenarnya?

PANDU UJI

#TunggangUji: Modenas Pulsar RS200 (2021) yang Mesra Penunggang Amatur

SELEPAS melancarkan Pulsar RS200 (2021) edisi naik taraf ke pasaran, … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Apa yang Best, Tak Best Pasal Mercedes-AMG A35 4Matic Sedan?

APABILA berbicara tentang Mercedes A-Series, perkara pertama terlintas … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my