• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Hyundai Elantra (2021) Serba Baharu Buka Tempahan di Malaysia, Deposit RM777!

Hyundai Elantra (2021) Serba Baharu Buka Tempahan di Malaysia, Deposit RM777!

November 27, 2020 By AI Leave a Comment

293
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


HYUNDAI Elantra (2021)
bakal dilancarkan ke pasaran Malaysia sebelum penghujung tahun ini dengan penampilan serba baharu yang berubah sepenuhnya berbanding rekabentuk konvensional terdahulu.

Elantra generasi ketujuh baharu ini direka buat mereka yang berani tampil berbeza, sporty dan trendy. Harga dijangka sekitar RM1XX,888 dan tempahan dibuka dengan bayaran pendahuluan RM777.

Seperti model Hyundai lain, Elantra (2021) turut menggunakan slogan baharu, ‘Geared for Distinction’ dengan penampilan dramatik yang disebut sebagai 'Futuristic Parametric Dynamics' dan ciri luaran bergaya daripada rekabentuk 3D.

BACA >>> Hyundai Elantra N Line (2021) Debut dengan Enjin 1.6L Turbo, 201hp

Seperti Sonata, Elantra (2021) juga menggunakan enjin petrol Smartstream G1.6 MPi berkuasa 123hp @ 6,300rpm dan tork 154Nm @ 4,500rpm dengan transmisi variabel pintar (IVT) 8-kelajuan SmartStream yang menawarkan pemanduan dinamik

Transmisi baharu ini turut menawarkan kecekapan bahan bakar cemerlang, prestasi lebih baik dan anjakan gear responsif dengan gabungan respons tukaran gear. Ada empat mod pemanduan disediakan: Eco, Smart, Sport dan Comfort.

Selain penampilan luaran yang menarik perhatian, ruang kabin mengetengahkan elemen teknologi termaju seakan duduk dalam kokpit pesawat. Antara ciri lain dibekalkan ialah unit infotainment TFT Supervision 10.25 inci dengan paparan apung 8 inci yang meningkatkan fiil futuristik pemanduan.

Elantra (2021) juga memiliki ciri keselamatan Hyundai SmartSense yang terdiri daripada:

  • Amaran Perhatian Pemandu (DAW)
  • Kawalan Jelajah Pintar (SCC)
  • Bantuan Susur Lorong (LFA)
  • Bantuan Elak Perlanggaran Trafik Lintas Belakang (RCCA)
  • Bantuan Elak Perlanggaran Titik Buta (BCA)
  • Bantuan Elak Perlanggaran Depan (FCA)

BACA >>> Hyundai Malaysia Tunjuk Foto Acah Elantra (2021), Bakal Lancar Awal 2021
BACA >>> Perbandingan: Foto Paten vs Imej Video Acah Honda Civic (2022)

293
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: auto terkini, Hyundai Elantra 2021, Hyundai Malaysia, Pratempahan Hyundai Elantra (2021), Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • 5 Punca Masalah Kereta Bergegar, Diagnosis Awal Jimatkan Wang dan Masa Anda
    5 Punca Masalah Kereta Bergegar, Diagnosis Awal Jimatkan Wang dan Masa Anda
  • Stereng Kuasa Elektrik (EPS) Rosak Mungkin Punca Memandu Rasa Berat, Tidak Stabil
    Stereng Kuasa Elektrik (EPS) Rosak Mungkin Punca Memandu Rasa Berat, Tidak Stabil
  • Nissan Kicks (2019), Model Termurah Menang Anugerah Interior Terbaik WardsAuto 2019
    Nissan Kicks (2019), Model Termurah Menang Anugerah Interior Terbaik WardsAuto 2019
  • Apakah Maksud Kod & Simbol Tayar Motosikal Anda? Ketahui 20 Maklumat Rahsia Ini
    Apakah Maksud Kod & Simbol Tayar Motosikal Anda? Ketahui 20 Maklumat Rahsia Ini

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my