Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Hyperdrive – Rancangan Realiti Ala Ninja Warrior Versi Kereta Kini dalam Netflix
Auto Terkini

Hyperdrive – Rancangan Realiti Ala Ninja Warrior Versi Kereta Kini dalam Netflix

ZYBy ZY26/08/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SIAPA suka tonton aksi rancangan TV realiti, Ninja Warrior? Kini bayangkan situasi sama, tetapi pesertanya beraksi dengan kereta lumba!

Jika anda melanggan Netflix, Hyperdrive ialah rancangan sukan hiburan terbaharu yang baru saja masuk dalam senarai tonton bermula 21 Ogos lalu. Seperti Ninja Warrior, peserta Hyperdrive mesti melepasi beberapa halangan tertentu yang memerlukan mereka mencabar had batasan diri dan jentera masing-masing dalam masa terpantas.

Apa yang menarik? Sudah tentulah kehadiran ramai peserta dengan jentera sendiri, dan pelbagai halangan yang perlu mereka tempuhi.

Rancangan ini menampilkan peserta daripada pelbagai latar belakang. Ada ibu kepada dua anak, penghantar pizza, pelumba drift dari Jerman dan juga sensei dari Jepun yang memilih memandu kereta polis Toyota Crown!

Ya, memandangkan peserta perlu memandu kereta sendiri, personaliti peribadi turut memberi kesan ke atas kepelbagaian kereta yang dipandu sepanjang rancangan ini.

Selain model Toyota Crown dari Jepun, pertandingan ini turut disertai banyak kereta lumba yang siap dibikin, daripada kereta muscle klasik Amerika (Ford Mustang Fastback, Chevy Camaro 1969, Pontiac Firebird), kereta sport Jepun (Nissan S14, 350Z, Mazda RX7 FD), kereta kontinental (BMW E30, E92) hinggalah kereta eksotik seperti Lamborghini Huracan.

Dengan prestasi berbeza, memang mengujakan bagi sesiapa saja yang mengakui peminat kereta dan sukan permotoran untuk melihat semua model hebat itu melepasi cabaran yang mendatang.

Cabaran dan halangan yang perlu ditempuhi pula hampir sama dengan aksi gymkhana, tetapi diberikan sentuhan ‘gila-gila’ supaya jadi lebih mencabar. Jika anda pernah bermain permainan video aka games atau menonton filem, cabaran tersebut pasti mengingatkan anda kepada aksi games Need For Speed (NFS) Underground, Forza Horizon dan francais filem aksi Fast & Furious.

BACA >>> Toyota Supra Baharu Bakal Muncul dalam ‘Fast and Furious 9’?

Tarikan utama cabaran dalam Hyperdrive  sudah tentu The Leveler. Peserta perlu memandu kereta mereka melepasi jambatan jongkat-jongket gergasi. Nampak macam mudah, tetapi apabila melihat peserta seakan bergelut untuk melepasi cabaran tersebut, ia pasti membuatkan mata anda melekat pada skrin TV.

Kepada anda yang belum melanggan Netflix, tetapi teringin mahu menonton rancangan berkenaan, boleh cuba program percubaan 30 hari percuma (tertakluk terma dan syarat).

hyperdrive Netflix Rancangan Televisyen Reality TV sukan permotoran TV Realiti
ZY
  • Website

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

20/07/2026
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

20/07/2026
LaLaport Transportation Hub (LTH)
Auto Terkini

LaLaport BBCC Lancar Hab Pengangkutan Baharu, Mudahkan Perjalanan Pelancong

20/07/2026
Auto Terkini

Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

16/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

By Shazwan Hisam16/07/2026
Roda2

Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

By Shazwan Hisam16/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

By Shazwan Hisam15/07/2026
Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

By Shazwan Hisam16/07/2026
HEV

Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

By Abang Hirata15/07/2026
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
ARC XRS x Star Wars
Aksesori

Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

By Syafie08/07/2026
Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

By Abang Hirata20/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.