Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Hypercar Pertama Switzerland Debut 2023 dengan Dua Pilihan Enjin, Harga RM10.2j!
Roda4

Hypercar Pertama Switzerland Debut 2023 dengan Dua Pilihan Enjin, Harga RM10.2j!

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju05/05/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MORAND Cars (Morand) dari Switzerland bakal melancarkan model hypercar baharu dengan dua pilihan trenkuasa, hibrid dan elektrik penuh (EV) menjelang 2023. Kedua-duanya mampu mencapai kelajuan sekitar 400kmj.

Seunit prototaip hibrid akan dihasilkan tahun ini sebelum menyusul varian elektrik pada 2022. Harga hypercar hibrid ialah £1,786,000 (RM10.2 juta), manakala versi EV dianggarkan lebih kurang hampir sama.

Berikut perincian hypercar yang belum diberikan nama itu:

  • Varian EV akan menggunakan empat motor magnet kekal menerusi satu sistem transmisi (kotak gear reduction) dan menghasilkan kuasa terkumpul hampir 1,950hp. Satu pek bateri 70kWh menghasilkan 1400kW, manakala berat 400kg (termasuk perumah, kabel dan bahan elektronik lain).
  • Morand mensasarkan kadar cas semula bateri 8C, iaitu lapan kali ganda kapasiti bateri. Jika berjaya, hypercar itu boleh dicas penuh sepantas 12 minit menggunakan alat pengecas 350kW atau 7 minit dengan pengecas 560kW.
  • Jarak perjalanan setiap cas yang mahu dicapai ialah 301km.

  • Trenkuasa hibrid jenis 5.2L V10 aspirasi natural (NA) berkuasa 690hp dan tork 542Nm. Satu generator motor elektrik akan dipasangkan antara enjin dan transmisi 7-kelajuan. Ada tambahan dua motor lain pada roda depan berkuasa 440hp dengan output kuasa kira-kira 1,100hp. Jumlah tork pula tidak didedahkan tetapi dianggap ‘berlebihan’.
  • Ada peranti simpanan kuasa sedang dibangunkan, iaitu hibrid 300kW antara pek bateri dan superkapasitor yang membolehkan pemanduan mod elektrik penuh sejauh 50km.
  • Setiap varian kereta yang dibina perlu berada di bawah paras berat 1,250kg, termasuk berat pek bateri dan trenkuasa elektrik.
Amplitex
  • Casis monokok kereta akan dibina berasaskan material gentian karbon, manakala badan dibuat daripada jenis bahan berasaskan flaks, iaitu Amplitex yang dihasilkan BComp, iaitu rakan bisnes Morand Cars.
  • Komponen kereta seperti bonet, pintu, penutup belakang, spoiler, tempat duduk dan ruang dalaman dibuat daripada Amplitex. Walaupun Amplitex tergolong sebagai material ringan, tetapi masih berat berbanding gentian karbon.
  • Hanya 73 unit hypercar Morand dibina, tetapi nisbah jumlah hibrid dan EV masih belum diputuskan lagi.
  • Morand Cars diasaskan dua individu penting yang berpengalaman dalam sukan permotoran, iaitu bekas pengurus pasukan Le Mans, Benoit Morand, dan bekas pengurus pasukan Lotus F1 dan pengarah perlumbaan McLaren, Eric Boullier.

BACA >>> Quds Rise – Kereta Sports Elektrik dari Lebanon, Pertama dari Arab, Harga RM123k
BACA >>> Tidak Perlu Beli Pun Boleh Pandu Kereta Sports dengan GoCar Subs

SUMBER: Automotor | Autocar

Benoit Morand Eric Boullier Hypercar Swiss Kereta Sports MORAND Cars Roda4 Switzerland
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Mercedes-Maybach GLS 2027 – 4.0L V8 612 ps/850Nm, SUV Ultra Mewah Guna Teknologi Hibrid Ringan

    21/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    20/07/2026
    Volkswagen ID. Cross 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Volkswagen ID. Cross 2027 – Jarak Sehingga 427km dengan Harga Munasabah

    21/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    20/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.