Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Husqvarna Lancar 3 Streetbike Baharu – Vitpilen 401, Svartpilen 401 dan Vitpilen 701
Roda2

Husqvarna Lancar 3 Streetbike Baharu – Vitpilen 401, Svartpilen 401 dan Vitpilen 701

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju14/03/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SELEPAS bertahun menyepi, Husqvarna akhirnya mengeluarkan motosikal menarik, Vitpilen dan Svartpilen yang dinanti-nanti ramai peminat jentera dari Sweden itu.

Husqvarna kali pertama muncul dengan Vitpilen 401 dan Svartpilen 401 pada Pameran Motosikal Milan (EICMA) 2014, dan mengeluarkan Vitpilen 701 setahun kemudian. Namun, tahun demi tahun berlalu tanpa sebarang model baharu. Kini, model dengan julukan ‘Real Street’ itu akhirnya dijadualkan tiba di Eropah menjelang penghujung Mac ini.

Malah, tiga model itu turut singgah ke bilik pameran di Amerika Utara, Asia, dan Australia pada April nanti. Husqvarna dalam kenyataan media berkata, pelancaran tiga model itu ialah langkah penting ke arah mencapai visi progresif Husqvarna dalam segmen streetbike.

VITPILEN 401

Vitpilen 401 menggunakan enjin bersesaran 373cc berkuasa 43hp dengan sistem penyejukan cecair, sama seperti KTM Duke dan RC 390 yang juga dibina berasaskan frem sama. Vitiplen 401 direka untuk gaya tunggang mudah selain menawarkan aspek penting streetbike seperti reliabiliti, keselamatan dan nilai estetika. Motosikal ala cafe racer itu menjanjikan pengalaman tunggangan menyeronokkan dan mudah tanpa mengira peringkat usia. Harga model dijangka sekitar AS$6,299 (RM24,616) bagi pasaran Amerika Utara.

SVARTPILEN 401

Husqvarna menggelarkan Svartpilen atau ‘Black Arrow’ ini sebagai penjelajah jalanan era moden. Model ini juga menggunakan trenkuasa, perkakasan, komponen, sistem ABS dan rekaan frem (diubah suai sedikit) yang sama seperti Vitpilen 401. Svartpilen 401 dilaporkan berharga sekitar AS$6,299 (RM24,616) bagi pasaran Amerika Utara.

VITPILEN 701

Selepas mendapat perhatian ramai menerusi kemunculan dua model prototaip pertama pada 2014, Husqvarna mendapati pasaran mahukan model sama dalam versi lebih besar dan bergaya baharu. Akhirnya Vitpilen 701 dihasilkan.

Vitpilen 701 dijana enjin sama seperti digunakan 701 Supermoto, iaitu silinder tunggal berkuasa 75hp, sistem penyejukan cecair, dan dilengkapi pelbagai ciri motosikal moden seperti ABS, ride-by-wire, klac sliper (slipper clutch), dan dual pengimbang lawan (counterbalancer).

Vitpilen 701 dijual pada harga AS$11,999 (RM46,874) untuk pasaran Amerika Utara dan turut dipasangkan bersama dua lagi model Husqvarna, Vitpilen 401 dan Svartpilen 401 bermula penghujung April.

Husqvarna turut mengeluarkan senarai penuh alat gantu tulen, sut menunggang, dan aksesori yang direka khas mengikut gaya tiga streetbike baharu tersebut.

SUMBER: RideApart

Husqvarna Husqvarna Svartpilen 401 Husqvarna Vitpilen 401 Husqvarna Vitpilen 701 motosikal roda2 streetbike
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    KTM 390 Duke 2026 Untuk Jepun – Brek WP Baharu, Enjin 399cc 45PS, Harga RM20.7k

    24/07/2026
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    24/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    24/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.