Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»HSDM Bakal Lancar 2 Varian Hyundai Kona Electric, Anggaran Harga RM150k
Roda4

HSDM Bakal Lancar 2 Varian Hyundai Kona Electric, Anggaran Harga RM150k

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju05/11/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

HYUNDAI-Sime Darby Motors (HSDM) mengesahkan model Kona versi elektrik akan dilancarkan pada bulan ini menandakan kenderaan elektrik (EV) pertama jenama Hyundai tiba ke pasaran Malaysia.

Ada dua varian Kona Electric bakal ditawarkan dengan trenkuasa berbeza iaitu versi jarak panjang beserta pek bateri  64kWh yang menawarkan pemanduan maksimum sejauh 484km.

Varian kedua pula merupakan versi aras mula yang dilengkapi bateri 39.2kWh dan menawarkan jarak pemanduan sehingga 305km (WLTP) dengan setiap kali cas.

Harga anggaran dijangka serendah RM150,000 untuk varian aras mula dengan pengecualian duti import dan eksais seperti diumumkan dalam pembentangan Bajet 2022.

BACA >>> Hyundai Kona (2021) Facelift Tiba! Boleh Pecut 198kmj, Harga Mula RM119k!
BACA >>> Hyundai Kona Electric (2021) Facelift Lancar di Australia, Harga Mula RM195k

Pengarah Urusan HSDM, Low Yuan Lung berkata:

“Dengan pengumuman pengecualian duit import dan eksais, kami meramalkan peningkatan minat terhadap EV di Malaysia. Ketibaan Kona Electric adalah tepat pada masanya kerana ia memberi konsumer lebih banyak peluang untuk memiliki kenderaan mesra alam.”

Berikut ialah perinciannya:

  • Kedua-dua varian Kona Electric menggunakan seunit motor elektrik yang menawarkan kuasa 201hp (150kW) dan tork 395Nm secara serta-merta. Pecutan ke 100kmj mengambil masa 7.9 saat.
  • Bateri jenis litium ion boleh dicas dari kadar 10 peratus hingga 80 peratus dalam tempoh kira-kira 47 minit, menggunakan alat pengecas pantas (DC) 100kW. 
  • Kona Electric ada opsyen 11kW fasa tiga pengecas dan membolehkan pemilik mengecas menggunakan stesen pengecas awam AC atau kotak pengecas yang dipasang di rumah.
  • Pemandu juga da opsyen mengecas kenderaan EV mereka menggunakan soket kuasa bersesuaian dengan kabel ICCB.
  • EV Kona itu hadir dengan bampar baharu, lampu depan, rekaan rim dan warna lebih menarik yang menyerlahkan karakter sofistikated Kona Electric.
  • Cladding di sekeliling EV itu kini disamakan warna dengan badan kereta, sekali gus menampakkannya lebih lebar dan rendah.
  • Ada tambahan papan skid berbentuk abjad U dan rekaan lampu siang (DRL) baharu untuk menambah baik imej Kona.
  • Ruang dalaman memaparkan susun atur horizontal dengan latar pencahayaan suasana baharu di ruang kaki.

Tempahan untuk Kona  Electric sudah dibuka dan boleh dibuat menerusi platform pembelian atas talian Hyundai iaitu: Click To Buy.

Maklumat lanjut boleh didapati dengan menghubungi talian khidmat pelanggan Hyundai di 1-300-13-2000, laman web Hyundai atau Facebook Hyundai Malaysia.

BACA >>> #PanduUji: Hyundai Kona – SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!
BACA >>> Nissan Qashqai (2021) Lancar, SUV Segmen-C yang Kemas, Bergaya!
BACA >>> Kajian: 7 Sebab Kenapa Pasangan, Keluarga Kerap Bertengkar dalam Kereta
BACA >>> Abang Gan, Rhys William Naik Volkswagen Tiguan Pergi Makan Belut!

Hyunda Kona 2021 Hyundai Kona Electric 2021 Hyundai Malaysia Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) Low Yuan Lung Roda4
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Dipratonton di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    24/07/2026
    Majlis pelancaran Ford Ranger Facelift 2026 | 1Utama
    Roda4

    Ford Ranger 2027 Facelift Perkenal Tiga Varian Baharu, Sudah Lebih 24,000 Unit Atas Jalan

    24/07/2026
    Denza Z9GT
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Denza Z9GT 2027 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM358,800

    23/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.