Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»HRC Belum Sedia Buat Prototaip Baharu WorldSBK, Kekal dengan CBR1000RR-R SP
Auto Terkini

HRC Belum Sedia Buat Prototaip Baharu WorldSBK, Kekal dengan CBR1000RR-R SP

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju11/09/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


DALAM dunia perlumbaan motosikal, Honda boleh dikatakan satu-satunya pengeluar yang berani memilih jalan sukar. Buktinya, Honda ialah pengeluar tunggal yang menghasilkan enjin superbike dengan platform berbeza daripada jentera prototaip dalam MotoGP.

Sebagai contoh, Ducati Panigale V4R diambil daripada Desmosedici GP, Yamaha YZF-R1 pula bagaikan kembar kepada YZR-M1 dengan nadi CP4, manakala Suzuki memiliki GSX-1000R dengan enjin 4-sebaris yang sama seperti GSX-RR dan Aprilia menggunakan enjin V4 sama antara superbike pengeluaran dan RS-GP.

Sebaliknya bagi jentera trek, Honda menghasilkan enjin V4 untuk MotoGP, manakala jentera Kejuaraan Superbike Dunia (WorldSBK) kekal membangunkan enjin 4-sebaris CBR1000RR-R.

Ini kerana menghasilkan jentera dengan platform berbeza memerlukan kos besar. Honda sebenarnya turut memiliki jentera pengeluaran massa yang meminjam DNA jentera MotoGP, iaitu RC213V-S. Bagaimanapun jentera itu tidak dihomologasikan untuk WorldSBK.

Jangan dilupakan RVF1000 yang dikhabarkan beberapa tahun kebelakangan ini. Jika menjadi kenyataan, model itu akan mengadaptasi platfrom RC213V, tetapi dengan perincian lebih kepada pengeluaran massa berbanding RC213V-S.

Menurut salah seorang Bos HRC, Tetsuhiro Kuwata:

Tujuan kami ialah menang perlumbaan. Kami bekerja keras untuk mengambil langkah diperlukan dan memerlukan masa untuk tamat di tempat ketiga minggu lalu. Tapi itu fakta harus kami terima. Namun, kami akan terus kerja keras untuk mencapai tujuan akhir. Tentu saja kami masih menemui kesukaran dengan jentera. Kami dan pasukan pembangunan memberikan fokus untuk menyelesaikan masalah ini.

“Saya tidak hanya nampak seperti itu, penunggang kami juga percaya ciri kami (CBR1000RR-R SP) menawarkan banyak ruang untuk penambahbaikan. Jadi Honda tidak terfikir untuk bawa jentera lain. Mesin ini ada potensi cukup untuk mencapai tujuan kami.”

Menguatkan lagi kenyataan itu, Kuwata yakin Honda pada masa depan akan memperkenalkan beberapa ciri dikemas kini baharu pada jentera pelumba WorldSBK Honda, Leon Haslam dan Alvaro Bautista, terutama casis.

BACA >>> Honda RC213V-S – Motosikal Lumba Versi Jalanan Paling Mahal di Dunia
BACA >>> Padah Menimpa HRC, Repsol Honda Kerana Harapkan Marquez Sahaja

Honda CBR1000RR-R SP Honda HRC Honda RC213V-S Honda RVF10000 Kejuaraan Dunia Superbike (WSBK) roda2 WSBK
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Tiket F1 di Sepang ada harga Madani
    Auto Terkini

    PMX Dedah Tiket F1 di Sepang Ada Harga Madani!

    27/07/2026
    Auto Terkini

    FLUX Tawar Suzuki Fronx, Jimny โ€“ Diskaun 69% Sempena Merdeka

    27/07/2026
    FI kembali ke Sepang untuk GP Bahrain 2026
    Auto Terkini

    PMX: Hubungan Baik Agong, Raja Bahrain Jadi Faktor F1 di Litar Sepang

    27/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Di sebalik Falsafah Rekabentuk MV Agusta, Kejuruteraan Jadi Karya Seni!

    27/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my ยท GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.