Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Honda Wave 110i (2022) Lancar di Thailand dengan 4 Varian, Harga Mula RM4.7k!
Roda2

Honda Wave 110i (2022) Lancar di Thailand dengan 4 Varian, Harga Mula RM4.7k!

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju25/05/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


HONDA Thailand melancarkan kapcai bajet Wave 110i (2022) generasi baharu yang dilengkapi beberapa pembaharuan dalam empat varian.

Rekabentuk depan kekal seperti generasi terdahulu dengan penggunaan lampu LED lebih maju berbanding model ditawarkan di beberapa pasaran Asia.

BACA >>> Thailand Lancar Honda Wave 110i (2022) dengan Lampu Utama LED, Harga Mula RM4.7k!

Varian ditawarkan terdiri daripada pilihan rim sport aloi atau jejari (spokes) dengan dua pilihan sistem brek, iaitu kombinasi brek cakera-dram atau brek dram pada kedua-dua roda.

BACA >>> #TahukahAnda: Mengapa Honda Ubah Posisi Asal Butang Hon, Lampu Signal Belok?

Wave 110i (2022) dilengkapi panel meter baharu tanpa skrin LCD, tetapi beralih sepenuhnya kepada versi mekanikal. Kluster meter atas memaparkan indikator gear, manakala penjuru atas meter dirombak untuk indikator signal belok.

Bahagian tengah didominasi jarum spidometer dan odometer di tengah, manakala jarum minyak diposisikan di bawah.

BACA >>> SOHC atau DOHC? Enjin Mana Satu Lebih Bagus? Kenali Istilah, Fungsi dan Perbandingan

Trenkuasa kekal sama, 4-lejang silinder tunggal 109.5cc SOHC penyejukan udara dengan teknologi suntikan bahan api (FI), tetapi tiada angka kuasa dikongsikan. Enjin ini dikatakan lebih jimat bahan api dengan anggara penggunaan 1.3 liter per 100km.

BACA >>> #ApaNakBuat: Bagaimanakah Isi Minyak Cara Jimat dan Klinikal? (Ikut Liter, Bukan RM)

HARGA DAN VARIAN

  • Varian penghidup tendang, rim jejari dan brek dram: 37,100 baht (RM4,760)
  • Varian penghidung tendang, rim jejari dan kombinasi brek cakera-dram: 40,800 baht (RM5,240)
  • Varian penghidup elektrik dan penghidup tendang, rim berbilang jejari dan kombinasi brek cakera-dram: 43,700 baht (RM5,610)
  • Varian penghidup elektrik dan penghidup tendang, rim aloi, kombinasi brek cakera-dram: 45,700 baht (RM5,870)

SUMBER: Zing

gambar sym super moped vf3i Honda Thailand Honda Wave Honda Wave 110i (2022) Kapcai Moped roda2
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    16/07/2026
    Petronas Sprinta Ladies lancar di Malaysia
    Auto Terkini

    Petronas Sprinta Ladies Lancar, Platform Baharu Perkasa Komuniti Penunggang Wanita

    16/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.