Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Honda Vietnam Perkenal Warna Baharu Wave Alpha (2019), Harga Kekal RM3,185
Roda2

Honda Vietnam Perkenal Warna Baharu Wave Alpha (2019), Harga Kekal RM3,185

AryonBy Aryon29/12/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


HONDA Vietnam memperkenalkan Wave Alpha versi kemas kini sempena menutup kalendar 2018 dengan menambah warna baharu dan melakukan beberapa perubahan kecil. Model kapcai bajet itu akan dijual bermula 5 Januari 2019 pada harga 17.79 juta đồng (RM3,185).

Hijau gelap aka Dark Green PB421 ialah warna baharu yang ditambah dalam barisan Wave Alpha sedia dan kini mempunyai 6 pilihan warna berbeza. Tiada perubahan ketara dari segi rekabentuk berbanding model terdahulu.

Berbanding tona hijau sekarang, warna baharu kali ini lebih pekat dan gelap (tetapi kenapa hijau ni nampak macam warna biru?). Honda Vietnam menjangka pilihan warna baharu itu akan mengekalkan status Wave Alpha sebagai kapcai popular di pasaran negara Asean itu.

BACA >>> Honda Wave 125i (2019) Serba Baharu Kini Lebih Murah, Harga Bermula RM5.9k Sahaja!

STRIP GRAFIK MINIMALIS

Tambahan kepada warna baharu ialah strip grafik yang menyerlahkan imej bebayang dan berlekuk pada badan motosikal. Rupa depan nampak bersih dengan warna satu tona saja tanpa sebarang pelekat grafik, cuma tertera perkataan ‘Honda’ bersaiz kecil di dada. Cukup minimalis tetapi kemas.

Wave Alpha dikuasakan enjin 4-lejang silinder tunggal 110cc penyejukan udara berkuasa 8.2hp @ 7,500rpm dan tork 8.44Nm @ 6,000rpm dengan transmisi klac auto 4-kelajuan. Di pasaran Vietnam, Wave Alpha akan berentap dengan Yamaha Sirius. Menurut Honda Vietnam, jualan Wave Alpha sepanjang November lalu ialah 38,798 unit yang merangkumi 16 peratus jualan keseluruhan  motosikal jenama itu.

WAVE ALPHA MALAYSIA?

Honda Wave Alpha 2017
Honda Wave Alpha 2017
Honda Wave Alpha 2017
Honda Wave Alpha 2017

Rasanya, tiada pembaharuan untuk Wave Alpha di Malaysia tahun ini yang tinggal beberapa hari saja lagi akan berakhir. Kali terakhir Boon Siew Honda (BSH) memperkenalkan Wave Alpha versi kemas kini (gambar atas) ialah pada November tahun lalu sebagai opsyen tambahan kepada versi standard.

Wave Alpha facelift versi Malaysia itu menampilkan rekaan grafik agresif ala jentera lumba Cub Prix. Jadi ada kemungkinan Wave Alpha akan dikemas kini untuk 2019. Harga pula RM5,086, tetapi kenapa jauh sangat bezanya dengan versi Vietnam? Hmmmmm…….

BACA >>> Honda Wave Alpha 2017 Berwajah Baharu – Harga RM5,086

Rasanya menarik tak versi Vietnam?

SUMBER: HondaVietnam

Honda Honda Vietnam Honda Wave Alpha Honda Wave Alpha (2019) Honda Wave Facelift Kapcai Moped roda2 underbone Vietnam
Aryon

    Artikel Berkaitan

    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    16/07/2026
    Petronas Sprinta Ladies lancar di Malaysia
    Auto Terkini

    Petronas Sprinta Ladies Lancar, Platform Baharu Perkasa Komuniti Penunggang Wanita

    16/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Petronas Sprinta Ladies lancar di Malaysia
    Auto Terkini

    Petronas Sprinta Ladies Lancar, Platform Baharu Perkasa Komuniti Penunggang Wanita

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.