Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Honda Vietnam Perkenal Grafik, Panel Meter Baharu untuk Blade 110
Auto Terkini

Honda Vietnam Perkenal Grafik, Panel Meter Baharu untuk Blade 110

Han OthmanBy Han Othman17/01/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


HONDA Vietnam
mengumumkan model Blade 11o versi baharu dengan rekaan grafik strip dan panel meter baharu pada harga bermula 18.8 juta dong (RM3,334). Rekaan grafik badan kali ini mengetengah elemen ‘elegan dan tajam’ menerusi strip yang menjalar sepanjang badan motosikal. Berbanding varian Standard, varian Sports dibezakan menerusi perkataan ‘Race’ pada badan,

BACA >>> Honda Vietnam Perkenal Warna Baharu Wave Alpha (2019), Harga Kekal RM3,185

Blade 110 Standard turut menambah pilihan warna baharu, biru (sama seperti varian Sports) selain warna sedia ada, merah dan hitam. Blade 110 Sports pula menawarkan empat warna pilihan, iaitu biru, putih, hitam dan merah. Panel meter kapcai berwajah baharu itu kali ini juga lebih jelas, dan mudah dilihat dengan memberikan paparan penuh operasi motosikal seperti indikator minyak, spidomer, takometer dan odometer, indikator signal dan posisi gear.

Blade 110 menggunakan enjin 110cc penyejukan udara dengan kuasa 8.3hp @ 7,500rpm dan tork 8.65Nm @ 5,500rpm. Model baharu ini akan mula dijual pada 22 Januari ini. Varian Sports (brek cakera depan, rim sport) dijual pada harga 21.3 juta dong (RM3,777), manakala varian Standard (brek cakera, rim spoke) berharga 18.8 juta dong (RM3,334).

Selain Blade 110, antara model kapcai bajet ditawarkan Honda Vietnam ialah Wave Alpha 110, Wave RSX FI 110, Future 125 dan Super Cub C125. Bagaimanapun model ini tiada dalam senarai produk Boon Siew Honda untuk pasaran Malaysia.

GALERI

SUMBER: Zing.vn

Honda Honda Blade 110 Honda Vietnam Kapcai Moped roda2 Vietnam
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Perodua Turunkan Harga QV-E, Kini Bermula RM63,499 dengan Pakej BAAS

15/06/2026
Auto Terkini

Bontu Masuk Eropah, Lagi Syarikat dari China, Tawar Kuadrisikal EV

15/06/2026
Auto Terkini

Nissan Z 2027: Nostalgia 240Z dan 300ZX Kembali

15/06/2026
Roda4

#KLIMS2026: Hyundai Stargazer Rasmi Dibuka untuk Tempahan di Malaysia, Harga Mula RM99k!

15/06/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Roda2

#MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

By Syafie09/06/2026
Mforce lancar tiga model Morbidelli baharu - C252V, SC200SR dan Vizy 125
Roda2

#MBS2026: Mforce Lancar Tiga Model Morbidelli Baharu – C252V, SC200SR dan Vizy 125, Harga Mula RM4,988

By Syafie09/06/2026
Roda2

#MBS2026: ARIIC Lancar Dua Skuter Baharu – Touch dan GOBI, Harga Mula RM13,688

By Syafie09/06/2026
Roda2

Yamaha XMAX ABS 2026 Jepun Terima Dua Warna Baharu, Harga 737k Yen (RM18.4k)

By Abang Hirata08/06/2026
Roda4

Toyota Alphard, Vellfire 2026 Diperkenal di Jepun dengan Varian Baharu, Harga Mula RM141k

By Abang Hirata11/06/2026
Auto Terkini

Chery Malaysia Rai Tiga Tahun dengan Harga ‘Durian Runtuh’: Tiggo Cross Kini Serendah RM80,800

By Han Othman09/06/2026
Roda2

#MBS2026: Brixton Lancar 625V, MOUCCA250 di Malaysia, Harga RM12,888, RM26,888

By Syafie09/06/2026
PHEV

#KLIMS2026: Jetour T2 I-DM Dibuka untuk Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM168,888

By Syafie12/06/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.