Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Honda Tunggu Masa Sesuai Lancar Skuter Adventure ADV350 Di Eropah
Roda2

Honda Tunggu Masa Sesuai Lancar Skuter Adventure ADV350 Di Eropah

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju23/10/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

HONDA dilaporkan sedang membuat persiapan untuk melancarkan varian skuter adventure ADV ketiga selepas memfailkan permohonan tanda dagang ADV350 di Eropah awal tahun ini. Model ADV itu adalah produk ketiga selepas X-ADV dan ADV150.

ADV ialah satu produk dibentuk untuk mengisi ruang antara segmen skuter dan adventure dan konsep itu mula dipertontonkan di Pameran EICMA 2015 di Milan, Itali. Ia suatu konsep yang dianggap pelik pada awalnya tetapi mendapat sambutan pembeli di sebilangan pasaran.

BACA >>> Thailand Lancar Honda Forza 350, Kini Enjin Lebih Besar, Harga RM23k

Honda ADV150
Forza

Secara teori, ADV350 mungkin menggunakan model Forza 350 sebagai asas binaan dan meminjam trenkuasa silinder tunggal 330cc sama dengan transmisi pulas dan jalan. Output kuasa dikhabarkan kekal iaitu 29hp @ 7,500rpm, mengikut dokumen permohonan.

Casis turut diambil dari Forza 350 dengan sebahagian besar dimensi kekal sama dengan skuter konvensional tetapi jarak roda ADV350 adalah lebih panjang iaitu 1,520mm berbanding 1,510mm.

Dimensi itu menyebabkan ADV350 jadi lebih besar ditambah pula penggunaan tayar jenis off-road berbanding Forza yang menggunakan kombinasi rim 15 inci depan, 14 inci belakang.

BACA >>> Honda ADV 350 Bakal Tiba, Thailand Jadi Hab Pengeluaran?

Berat skuter adventure itu meningkat daripada 184kg (Forza) kepada 186kg. Dokumen permohonan turut mendedahkan ada versi kedua ADV350 yang lebih berat iaitu 188kg menandakan varian dengan tambahan peralatan skuter yang hadir sebagai ciri standard.

Honda ADV350 adalah lebih panjang iaitu 2,199mm berbanding Forza (2,146mm), mungkin disebabkan jenis tayar berbeza. Ukuran lebar juga bertambah kepada 894mm berbanding 754mm (Forza).

Skuter adventure itu memiliki ketinggian antara 1,295mm hingga 1,430mm mengikut tetapan visor angin. Forza pula setinggi 1,506mm.

Honda ADV350 akan menjadi pelengkap ADV150 yang dijual di Amerika Syarikat dan beberapa pasaran Asean tetapi tiada maklumat sama ada varian itu akan dilancarkan di negara berkenaan.

X-ADV 750 pula dijual di Eropah dan ada potensi ADV350 turut dijual di blok Eropah. Apatah lagi keluarga ADV lahir dari makmal penyelidikan dan pembangunan Honda Itali. Sama ada masuk atau tidak ke Malaysia, kita tunggu kenyataan Boon Siew Honda.

BACA >>> SYM CROX 150 RX Pencabar Skuter Adventure Honda ADV150?
BACA >>> Bocor Lakaran 3D, Dedahkan Rupa Sebenar Honda ADV 350
BACA >>> #BikinMotor: Honda ADV 150 Pasang Monoshock Macam Abang Besar X-ADV 750

SUMBER: Cycle World

Honda ADV Honda ADV350 2021 Honda Eropah roda2 skuter adventure
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    24/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    24/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    16/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.