Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Honda Thailand Lancar Monkey 125 Gundam Edition, Harga RM17.5k
Roda2

Honda Thailand Lancar Monkey 125 Gundam Edition, Harga RM17.5k

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju03/12/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


HONDA Thailand
(AP Honda) pernah mencipta kejutan apabila memperkenalkan motosikal mini edisi khas, Monkey Dragon Ball Edition, tahun lalu.

Tahun ini pula, wakil pengeluar itu memilih tema Gundam untuk Monkey 125 yang didatangkan dalam dua pilihan varian. Varian yang mendapat sentuhan unit talaan Cub House itu ialah RX-78-2 dan MS-06S CHAR’S ZAKU II.

BACA >>> Thailand Lancar Honda Monkey Dragon Ball Limited Edition, Cuma 100 Unit Seluruh Dunia

Hanya 125 unit ditawarkan bagi setiap varian yang masing-masing diberikan nombor siri (1-125). Model edisi terhad itu ditayangkan kepada pengunjung pameran Motor Expo 2020 di Muang Thong Thani, Thailand.

Model ini menampilkan beberapa komponen Monkey 125 dengan seragam Gundam yang berbeza daripada model standard. Antaranya, komponen gentian karbon digunakan untuk menghasilkan panel pelindung tangki minyak.

Selain itu, kotak penapis udara memaparkan corak gentian karbon berserta logo istimewa yang dihasilkan menggunakan proses pencanaian CNC dengan material aluminium.

RX-78-2 berwarna biru dengan seragam seperti imej robot fiksyen itu pada sisi tangki minyak, termasuk unit fork, swingarm dan spring absober, juga dikenakan tona warna sama. MS-06S CHAR’S ZAKU II pula didominasi cat merah dengan imej robot dilakarkan pada tangki minyak.

BACA >>> Hukuman Memandu Mabuk DIPINDA! Sabit Kematian Akan Dipenjara Minimum 10 Tahun!

Kedua-dua varian menggunakan terotel dan grip hendal merah serta beberapa komponen krom untuk menyerlahkan gaya retro.

Pembeli bakal menerima kotak premium dengan lima barangan istimewa berupa kotak simpanan pelbagai guna, baju sejuk Gundam, pembesar suara Bluetooth, penutup muka, dan replika mini mengikut varian. Harga disyorkan untuk Monkey 125 Gundam Edition ini ialah 129,900 baht (RM17,530).

SUMBER: Kompas

Honda Monkey Honda Monkey 125 Gundam Edition Motosikal Mini roda2
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    KTM 390 Duke 2026 Untuk Jepun – Brek WP Baharu, Enjin 399cc 45PS, Harga RM20.7k

    24/07/2026
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    24/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    24/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.