Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Honda Thailand Lancar Adik BR-V, Honda Mobilio – Juga Ada 7-Tempat Duduk!
Auto Terkini

Honda Thailand Lancar Adik BR-V, Honda Mobilio – Juga Ada 7-Tempat Duduk!

Abang HirataBy Abang Hirata19/04/20181 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


TAHUKAH anda dalam mencapai misi jualan 100,000 unit tahun ini, Honda Malaysia tidak perlu pun memasarkan semua model jenama itu seperti negara Asean lain. Sebenarnya, ada banyak lagi model Honda yang tiada dalam pasaran tempatan. Malah, model paling baharu, Honda BR-V tiba lewat di pasaran Malaysia jika dibandingkan negara jiran lain.

Puncanya, cita rasa rakyat tempatan yang tinggi selain tidak mahu merendahkan persepsi premium mengenai jenama Honda di negara ini. Ini kerana sejak dahulu lagi Honda diposisikan sebagai jenama separa mewah. Jadi, sudah tentu memasarkan produk berkualiti ‘plastik murah’ akan merosakkan penjenamaan yang sudah dibina sekian lama.

Sebaliknya, di negara jiran, tawaran Honda lebih lengkap bermula sekecil kereta seperti Brio hingga semewah Odyssey.

Pada 9 Mei lalu, Honda Automobile (Thailand) Co Ltd memperkenalkan Honda Mobilio baharu. Model digelar Kenderaan Utiliti Metro atau Metro Utility Vehicle (MUV) itu berada dalam satu segmen sama di bawah Honda BR-V. Lebih menarik, Mobilio turut didatangkan dengan 7-kerusi.

Sasaran Honda Thailand ialah kalangan pembeli yang mempunyai gaya hidup urban melalui rekabentuk bergaya dan ciri praktikaliti. Lebih mengujakan, Mobilio turut tampil dalam versi RS selain varian S dan V.

Honda Mobilio RS
Honda Mobilio V
Honda Mobilio S
Honda Mobilio RS – Interior
Honda Mobilio V – Interior
Honda Mobilio S – Interior

CIRI UTAMA HONDA  MOBILIO

Luaran
  • Lampu utama dengan LED
  • Rim aloi 15-inci
  • Gril hitam kilat – RS
  • Lampu utama dengan multi-reflektor – RS
  • Lampu kabus, bampar depan dan belakang sporty, spoiler belakang LED, sil pintu, logo RS gril depan dan pintu but belakang – RS
  • Kamera undur
Dalaman
  • Meter bercahaya sendiri dengan Paparan Multi-Informasi
  • Penyaman udara automatik
  • Sistem Kunci Pintar
  • Sistem pencucuhan sekali tekan
  • Sistem audio dengan skrin sentuh 6.1 inci – menyokong sambungan HDMI untuk audio dan vide0
  • 7- kerusi dengan tiga baris
  • Barisan ketiga boleh dilipat secara 50:50
  • Juga ada varian 5-kerusi dengan dua baris. Barisan kedua boleh dilipat secara 60:40 dan ada ruang simpanan di bawah kerusi
Nadi Kuasa
  • Enjin 1.5L SOHC i-VTEC – serasi bahan api E85
  • Kuasa 117hp @ 6,000rpm; Tork 146 Nm @ 4,700rpm
  • Transmisi Variabel Berterusan (CVT)
Ciri Keselamatan
  • Kawalan Daya-G (G-Force Control – G-CON) – Kerangka keselamatan yang melindungi kabin ketika berlaku perlanggaran dari pelbagai arah
  • 2 beg udara depan
  • Bantuan Stabiliti Kenderaan (VSA)
  • Bantuan Daki Bukit (HSA)
  • Sistem Brek Anti-Kunci (ABS)
  • Agihan Brek Elektronik (EBD)
Warna
  •  Phoenix Orange Pearl (jingga), White Orchid Pearl (putih), Crystal Black Pearl (hitam), Silver Lunar Metallic (perak) dan Taffeta White (putih)
Harga
  • S (5-kerusi) – 659,000 baht (RM 82,645)
  • V (7-kerusi) – 699,000 baht (RM 87,662)
  • RS (7-kerusi) – 763,000 baht (RM 95,659)

GALERI

Auto Terkini Honda Honda Mobilio Honda Thailand kenderaan utiliti metro (MUV) MUV Roda4 Thailand lancar Honda Mobilio
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Roda4

    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027 – Buat Kali Pertama Dengan Empat Pintu

    28/07/2026
    Roda4

    Mercedes-AMG A45 S Final Edition – Edisi Perpisahan Sebelum Diganti EV

    28/07/2026
    Tiket F1 di Sepang ada harga Madani
    Auto Terkini

    PMX Dedah Tiket F1 di Sepang Ada Harga Madani!

    27/07/2026
    Auto Terkini

    FLUX Tawar Suzuki Fronx, Jimny – Diskaun 69% Sempena Merdeka

    27/07/2026

    1 Comment

    1. Silthice on 05/06/2017 08:06

      Kalau untuk Mobilio dah dalam RM 82k – RM96 di Thailand? Berapakah harga BR-V di Thailand?

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Auto Terkini

    #Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

    By Syafie27/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Nissan GT-R NISMO 2020
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apakah Rahsia Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan?

    By Abang Hirata28/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.