Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Honda Tayang Motosikal Elektrik EV Fun Concept 2025, EV Urban Concept 2025
Roda2

Honda Tayang Motosikal Elektrik EV Fun Concept 2025, EV Urban Concept 2025

Abang HirataBy Abang Hirata11/11/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

SANA-SINI berita dan pelancaran mengenai kereta elektrik dan bagaimanakah pula motosikal elektrik?

Bagi pasaran tempatan sudah banyak motosikal elektrik ditawarkan. Malah Kerajaan melalui skim MARiiCas menawarkan rebat RM2,400 untuk pembelian atau langganan motosikal elektrik.

Mengenai pilihan pula, kebanyakan pengeluar peringkat dunia menumpukan kepada skuter berbanding moped dan sportbike EV. Tidak dinafikan Kawasaki pun menawarkan sportbike e-1 (foto atas kiri) dan nakedbike Z e-1. Sebelum itu, Harley-Davidson menampilkan cruiser LiveWire (foto atas kanan).

Ini pula dua model menarik Honda, iaitu Honda EV Fun Concept dan EV Urban Concept (foto atas kanan).

EV Fun Concept ialah sportbike EV pertama Honda yang dibangunkan sebagai motosikal elektrik generasi baharu dengan menawarkan sensasi pemanduan dan fiil unik sebuah EV dua roda elektrik.

Honda tidak banyak bercerita mengenai model ini kecuali penggunaan bateri kekal. Ini satu ciri menarik kerana skuter elektrik Honda dan kedua-dua e-1, dan Z e-1 menggunakan bateri boleh ganti (swappable).

Antara kelebihan bateri boleh ganti ialah penunggang boleh singgah ke mana-mana stesen bateri untuk ditukarkan dengan bateri lain tanpa perlu mengecas.

Lagi maklumat dikongsi Honda, EV Fun Concept boleh menggunakan pengecas pantas CCS2, sama seperti kereta. Ini bermakna, anda boleh singgah ke mana-mana stesen cas pantas.

Disebabkan kapasiti bateri motosikal tidak sebesar kereta, bolehlah disimpulkan masa mengecas tidak terlalu lama.

Mungkin ini antara faktor kenapa Honda tidak memilih bateri boleh tanggal. Satu lagi maklumat dikongsi, Honda EV Fun Concept boleh ditunggang lebih 100km yang mencukupi untuk perjalanan dalam bandar.

Tidak seperti kereta yang mampu memuatkan bateri bersaiz besar dan berat, ruang motosikal pula terhad. Ini berbeza EV Fun Concept gaya naked, EV Urban Concept (foto atas) yang tampil sebagai skuter mirip BMW CE 04.

Maklumat mengenai EV Fun Concept juga terhad, kecuali pemakluman rekabentuk yang menumpukan fungsi, teknologi konektiviti, pek bateri dibangunkan sendiri dan antaramuka manusia-mesin intuitif.

Honda EV Fun Concept
2025 Honda EV Fun Concept
2025 Honda EV Fun Concept
2025 Honda EV Fun Concept
2025 Honda EV Fun Concept
2025 Honda EV Fun Concept
2025 Honda EV Fun Concept
2025 Honda EV Fun Concept
2025 Honda EV Fun Concept
2025 Honda EV Fun Concept
2025 Honda EV Fun Concept
2025 Honda EV Fun Concept
2025 Honda EV Fun Concept
Honda EV Urban Concept
2025 Honda EV Urban concept
2025 Honda EV Urban concept
2025 Honda EV Urban concept
2025 Honda EV Urban concept
2025 Honda EV Urban concept
2025 Honda EV Urban concept
2025 Honda EV Urban concept
2025 Honda EV Urban concept
2025 Honda EV Urban concept
2025 Honda EV Urban concept
Honda Honda EV Fun Concept Honda EV Urban Concept motosikal elektrik motosikal EV roda2
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Roda2

    KTM 1390 Super Duke RR Track – 100 Unit Sahaja, Harga Cecah RM190k

    22/04/2026
    Ducati Multistrada V4 Rally DFM
    Bikin Auto

    #BikinAuto: Ducati Multistrada V4 Rally DFM, Kustom dari Kilang Macam Kereta Mewah!

    22/04/2026
    MV Agusta F3 R 2026
    Roda2

    MV Agusta F3 R 2026 dengan Pakej Prestasi, Harga Tanpa Kos Tersembunyi

    21/04/2026
    Helmet YOHE lancar di Malaysia
    Aksesori

    YOHE Rasmi Lancar Empat Model Helmet, Harga Mula RM319!

    21/04/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Nissan Sakura 2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    EV Jepun Paling Laris, Nissan Sakura 2026 Diperkenal!

    By Abang Hirata13/04/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Honda CBR150R Stealth Edition 2026
    Roda2

    BSH Perkenal Honda CBR150R Stealth Black Edition 2026, Harga RM13,399

    By Shazwan Hisam17/04/2026
    Roda2

    Aveta VS115 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM3,488!

    By Syafie14/04/2026
    Aveta Serra 125 2026
    Roda2

    Aveta Serra 125 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM5,088!

    By Syafie13/04/2026
    Jetour T2 RHD
    Auto Terkini

    Jetour T2 Catat Lebih 4,000 Unit Tempahan di Malaysia

    By Syafie17/04/2026
    Helmet YOHE lancar di Malaysia
    Aksesori

    YOHE Rasmi Lancar Empat Model Helmet, Harga Mula RM319!

    By Syafie21/04/2026
    Perodua Bezza paling laris Mac 2026
    Auto Terkini

    Bezza Pintas ‘King’ Proton Saga, Perodua Kekal Dominasi Jualan Mac 2026

    By Syafie10/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my ยท GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.