Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Honda SENSING 360 Generasi Baharu, Honda SENSING Elite Serba Canggih Diperkenal
Auto Terkini

Honda SENSING 360 Generasi Baharu, Honda SENSING Elite Serba Canggih Diperkenal

Abang HirataBy Abang Hirata21/12/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


DALAM teknologi keselamatan kenderaan, Honda menetapkan misi ‘Keselamatan untuk Semua’ dengan sasaran sifar kehilangan nyawa akibat perlanggaran melibatkan motosikal dan kereta menjelang 2050.

Bagi mencapai sasaran tersebut, Honda giat membangunkan teknologi keselamatan dan bantuan pemandu. Terbaharu pengeluar dari Jepun itu mengumumkan ciri baharu ‘Honda SENSING 360’ dan ‘Honda SENSING Elite’.

BACA >>> Honda Pertingkat Teknologi Keselamatan, Bakal Lancar Honda Sensing 360
BACA >>> Honda City Hatchback V-Sensing (2022) Kini di Malaysia, Harga RM91.7k!

Kenderaan Honda akan dilengkapi Honda SENSING 360 menjelang separuh kedua dekad ini (2025 ke atas) dan dijadikan ciri standard pada semua model Honda dan Acura di Amerika Syarikat (AS) menjelang 2030. Sebagai pengeluar bawah syarikat sama, Honda SENSING 360 dijenamakan sebagai AcuraWatc untuk kenderaan Acura.

Secara ringkas, Honda SENSING 360 melibatkan teknologi pengesanan tepat untuk pemandu dan sekeliling kereta. Honda SENSING Elite pula membantu pemandu dalam pemanduan bebas stereng atau tanpa tangan diletakkan pada stereng, termasuk penggunaan kecerdasan buatan (AI).

Honda SENSING 360

  • Generasi pertama Honda SENSING 360 mengurangkan titik buta bagi meningkat aspek mengelak perlanggaran dan mengurangkan beban pemandu.
  • Bermula di China pada 2024, generasi baharu Honda SENSING 360 akan dilengkapi teknologi baharu supaya dapat mengurangkan beban pemandu dengan mengurangkan kebarangkalian berlaku perlanggaran.

  • Ciri itu dibuat menggunakan pengesanan tepat atau situasi tidak normal yang berlaku pada pemandu dan juga sekeliling kenderaan.

Honda SENSING Elite

  • Kemajuan dan popularisasi Honda SENSING Elite akan menjadi varian Honda SENSING paling premium.
  • Honda sedang membangunkan teknologi yang dapat membantu pemandu memandu dengan selamat dan lancar dari kediaman ke destinasi dalam pelbagai kondisi jalan raya, termasuk jalan raya biasa.
  • Antara teknologi untuk pemanduan atas jalan raya biasa adalah ciri boleh lepas tangan dari stereng atau bebas tangan ketika memandu dalam kesesakan trafik di jalan raya utama.

  • Misalnya,  fungsi bebas tangan ketika masuk dan keluar lebuh raya di simpangan jalan.
  • Membantu pemandu memarkir dan keluar dari garaj rumah secara automatik.
  • Melalui penggunaan AI, Honda SENSING Elite mampu meningkatkan keupayaan mengesan situasi rumit dan menangani situasi pemanduan sukar di  jalan raya biasa. AI juga mampu menjadi semakin pintar seiring situasi atau pengalaman dilalui pemandu.
  • Tarikh pelancaran Honda SENSING Elite generasi baharu belum dimaklumkan.

Buat masa ini hampir 7 juta kenderaan di jalan raya AS  menikmati kelebihan teknologi Honda SENSING dan AcuraWatch.

BACA >>> Honda Civic Type R (2023) Masuk UK, Harga Mula RM251k!
BACA >>> #RetroAuto: Senarai 25 Tahun Honda Civic Type R Sejak 1997

Foto dan Infografik Honda SENSING 360 dan Honda SENSING Elite
AcuraWatch Auto Terkini Honda honda sensing Honda Sensing 360 Honda Sensing Elite Teknologi Bantuan Pemandu Teknologi Keselamatan Pemandu
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Logo GWM
    PHEV

    Protected: Nak Pakai EV Tapi Risau Nak Cas? Inilah Cara GWM Hi4 Selesaikan Masalah ‘Range Anxiety’

    24/06/2026
    Harga diesel Semenanjung Malaysia
    Auto Terkini

    MOF Pertimbang Konsep ‘Approved Person’ Dalam BUDI Diesel

    24/06/2026
    CAAM jadi badan berkanun bebas
    Auto Terkini

    Jangan Buat 6 Kesalahan Jalan Raya Ini Kalau Tidak Mahu Dikompaun Maksimum RM500 Mulai 2029

    24/06/2026
    Auto Terkini

    Pemandu Lori Terima RM10,000 Selepas Selamatkan 21 Penumpang Bas Di Menora

    24/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    By Syafie19/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    By Syafie19/06/2026
    Roda2

    SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

    By Shazwan Hisam21/06/2026
    Roda2

    Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

    By Abang Hirata18/06/2026
    Honda N-BOX 2027
    Roda4

    Honda N-BOX 2027 dalam Rekabentuk N-BOX Custom yang Lebih Garang!

    By Abang Hirata22/06/2026
    Roda2

    #KLIMS2026: Suzuki SV-7 GX Bakal Masuk Malaysia, Previu Di MITEC

    By Shazwan Hisam18/06/2026
    Roda2

    Honda CRF250R, CRF250RX, CRF450R dan CRF450RX 2027 – Model 450 Rombakan Besar!

    By Abang Hirata20/06/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Zeekr X 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM158,800

    By Syafie23/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.