Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Honda Rebel (2020) Kini di Malaysia dengan Ciri dan Warna Baharu, Harga RM32.9k!
Auto Terkini

Honda Rebel (2020) Kini di Malaysia dengan Ciri dan Warna Baharu, Harga RM32.9k!

Abang GYLBy Abang GYL02/09/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


BERITA baik buat peminat cruiser! Boon Siew Honda (BSH) sebentara tadi baru saja melancarkan Honda Rebel (2020) yang tampil dengan gaya lebih model dan kontemporari pada harga RM32,899.

Berbanding model terdahulu, Rebel (2020) kini mampu beraksi lebih baik menerusi ciri elektronik terkini seperti klac anti-gelincir (A&S) yang berfungsi melancarkan anjakan gear untuk tunggangan lebih tenang dan meyakinkan.

BACA >>> Honda Rebel (2020) Kini Lebih Trendy dan Moden dengan Ciri Klac Anti-Gelincir

Rekabentuk cruiser ini menampilkan pakej lampu LED untuk lampu utama dengan diameter 175mm, lampu signal, lampu belakang dan lampu plat nombor. Ada pilihan tiga warna ditawarkan: Matte Jeans Blue Metalik (biru, warna baharu), Matte Armored Silver Metalik (perak) dan Graphite Black (hitam).

Panel spidometer berbentuk bulat kompak dengan lampu latar putih yang memaparkan, maklumat bahan api dan indikator posisi gear yang tiada pada Rebel terdahulu. Bahagian roda menggunakan rim 16 inci dan tayar 130/90 di depan dan 150/80 (belakang).

ENJIN SAMA SEPERTI CBR500R

Aspek mekanikal, Rebel (2020) dijana enjin 4-lejang 8 injap dwi-silinder 471cc DOHC penyejukan cecair dengan teknologi suntikan bahan api PGM-FI, sama seperti sportbike CBR500R, dengan kuasa 45.5hp @ 8,500rpm dan tork 43.3Nm @ 6,000rpm.

Sistem transmisi menggunakan klac manual 6-kelajuan, manakala paip ekzos baharu kini lebih besar, bersaiz 120mm bagi memenuhi standard Euro4. Tambahan kepada Rebel (2020) ialah aksesori khas seperti lampu utama, pelana apung kulit, sulam dan lain-lain.

BACA >>> Kawasaki Rancang Hasilkan Super Cruiser Vulcan H2?

GALERI

Boon Siew Honda (BSH) cruiser Honda Rebel Honda Rebel (2020) roda2
Abang GYL

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Porsche Cayenne Turbo Electric Dipertonton di Malaysia, Harga Anggaran RM1.2Juta!

    26/07/2026
    Auto Terkini

    KTM 390 Duke 2026 Untuk Jepun – Brek WP Baharu, Enjin 399cc 45PS, Harga RM20.7k

    24/07/2026
    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    24/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Majlis pelancaran Ford Ranger Facelift 2026 | 1Utama
    Roda4

    Ford Ranger 2027 Facelift Perkenal Tiga Varian Baharu, Sudah Lebih 24,000 Unit Atas Jalan

    By Han Othman24/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.