Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Honda Rebel 1100T DCT (2023) dalam Gaya Bagger Diperkenal di Amerika!
Roda2

Honda Rebel 1100T DCT (2023) dalam Gaya Bagger Diperkenal di Amerika!

Abang HirataBy Abang Hirata21/11/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SELAIN Honda Rebel 500 yang dijual di negara kita, ada juga beberapa model lain dalam siri sama yang ditawarkan Honda, seperti dapat dilihat di Amerika Syarikat (AS), iaitu Honda Rebel 300, Honda Rebel 500 dan Honda Rebel 1100.

Model paling premium, Honda Rebel 1100 (2023) dibahagikan kepada tiga, iaitu Honda Rebel 1100 (CMX1100), Honda  Rebel 1100 DCT (CMX1100D) dan terbaharu Honda Rebel 1100T DCT (CMX1100TD) dengan gaya bagger.

Model terbaharu itu didatangkan standard dengan visor angin dan beg pelana berkapasiti 35 liter. Dua aksesori itu menonjolkan sisi berbeza Honda Rebel 1100. Ini secara tidak langsung menambahkan berat Honda Rebel 1100T DCT kepada 245.8kg berbanding 220.9kg (Honda Rebel 1100) dan 230.8kg (Honda Rebel 1100 DCT).

Ketiga-tiga Honda Rebel dipadankan enjin 1,083cc Parallel-Twin, sama seperti digunakan pada Honda Africa Twin. Bagaimanapun, daya tork dan kuasa enjin ditala mengikut kesesuaian jentera cruiser supaya mudah dikendalikan.

Selain itu, enjin Honda Rebel 1100 juga dipadankan transmisi manual 6-kelajuan, manakala dua lagi varian, termasuk bagger menggunakan transmisi automatik dual klac (DCT) 6-kelajuan. Berikut spesifikasi Honda Bagger (2023) versi Amerika Syarikat:

  • Enjin 4-lejang 4-injap 1,083cc SOHC Unicam Parallel-Twin 22.5º penyejukan cecair dengan teknologi suntikan bahan api PGM-FI dan badan terotel 46mm serta Throttle-by-Wire.

  • Ada ciri kawalan tork Honda Selectable Torque Control (HSTC), Kawalan Wheelie dan kawalan jelajah, serta mod tunggang Standard, Sport dan Rain.
  • Transmisi manual 6-kelajuan (Honda Rebel 1100) dan automatik DCT 6-kelajuan (Honda Rebel 1100 DCT, Rebel 1100T DCT).
  • Rantai 525 dengan sproket 16T x 42T.
  • Fork teleskopik konvensional 43mm boleh laras prabeban dengan jarak travel 5.5 inci.
  • Absorber belakang Showa dengan syaf 12.5mm, takungan piggyback pressurized dan boleh laras prabeban dan jarak travel 3.7 inci.
  • Brek cakera tunggal 330mm dengan kaliper brek 4-piston (depan) dan cakera tunggal 256mm dan kaliper brek piston tunggal dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS).
  • Saiz tayar 130/70-18 (depan) dan 180/65-16 (belakang).
  • Tinggi pelana 698.5mm, jarak kelegaan bumi 119.3mm.
  • Kapasiti tangki minyak 13.6 liter (tangki rizab 4.1 liter).
  • Warna Iridium Gray Metallic, Green Metallic (Honda Rebel 1100, Rebel 1100 DCT), dan Metallic Black, Bordeaux Red Metallic (Honda Rebel 1100T DCT).
Harga
  • Honda Rebel 1100 – AS$9,499 (RM43,130)
  • Honda Rebel 1100 DCT – AS$10,099 (RM45,850)
  • Honda Rebel 1100T DCT – AS$11,299 (RM51,2930)

BACA >>> Honda Forza 125 (2023) Muncul di Eropah dengan Varian Special Edition, Ciri Dipertingkat
BACA >>> Honda CT125 Hunter Cub (2022) Guna Enjin Baharu, Harga RM14.1k!

Honda Rebel 1100T DCT Bagger (2023) AS
Honda Rebel 1100 dan Rebel 1100 DCT (2023) AS
Honda Rebel 1100 Iridium Gray
Honda Rebel 1100 DCT Green Metallic
cruiser Honda Honda Rebel Honda Rebel 1100T DCT Honda Rebel 1100T DCT 2023 Honda Rebel 1100T DCT Bagger roda2
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Ducati Desmo450 EDS Diperkenalkan, Motosikal Enduro Pertama Ducati

    10/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Brixton Lancar 625V, MOUCCA250 di Malaysia, Harga RM12,888, RM26,888

    09/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

    09/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: ARIIC Lancar Dua Skuter Baharu – Touch dan GOBI, Harga Mula RM13,688

    09/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda2

    #MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

    By Syafie09/06/2026
    Mforce lancar tiga model Morbidelli baharu - C252V, SC200SR dan Vizy 125
    Roda2

    #MBS2026: Mforce Lancar Tiga Model Morbidelli Baharu – C252V, SC200SR dan Vizy 125, Harga Mula RM4,988

    By Syafie09/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: ARIIC Lancar Dua Skuter Baharu – Touch dan GOBI, Harga Mula RM13,688

    By Syafie09/06/2026
    Roda2

    Yamaha XMAX ABS 2026 Jepun Terima Dua Warna Baharu, Harga 737k Yen (RM18.4k)

    By Abang Hirata08/06/2026
    Roda4

    Toyota Alphard, Vellfire 2026 Diperkenal di Jepun dengan Varian Baharu, Harga Mula RM141k

    By Abang Hirata11/06/2026
    Auto Terkini

    Chery Malaysia Rai Tiga Tahun dengan Harga ‘Durian Runtuh’: Tiggo Cross Kini Serendah RM80,800

    By Han Othman09/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Brixton Lancar 625V, MOUCCA250 di Malaysia, Harga RM12,888, RM26,888

    By Syafie09/06/2026
    PHEV

    #KLIMS2026: Jetour T2 I-DM Dibuka untuk Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM168,888

    By Syafie12/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.