Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Honda Perkenal Idea Tukar Bateri EV Kosong dengan Cas Penuh Macam Tong Gas Masak
Auto Terkini

Honda Perkenal Idea Tukar Bateri EV Kosong dengan Cas Penuh Macam Tong Gas Masak

Han OthmanBy Han Othman19/04/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


HONDA baru saja menemui penyelesaian bijak tentang bateri kenderaan elektrik (EV), khususnya motosikal EV, iaitu menetapkan saiz standard bateri sesama pengeluar automotif.

Apakah yang kita lakukan apabila mendapati bateri alat kawalan jauh TV sudah habis? Keluarkan, dan gantikan dengan bateri baharu. Bateri itu boleh jadi dibeli baharu ataupun ambil saja bateri daripada perkakasan elektrik sedia ada seperti alat kawalan jauh penyaman udara, ataupun kereta api mainan si anak.

Kalau gas dapur habis? Gantikan tong gas kosong dengan tong gas berisi. Betul?

Ya, situasi bateri dan tong gas di atas adalah apa ditunjukkan Honda pada Pameran Elektronik Pengguna (CES) 2018 di Las Vegas membabitkan barisan produk dengan pek bateri boleh cas yang distandardkan.

MOBILE POWER PACKS

Pada Oktober lalu, Honda memperkenalkan skuter EV spesifikasi pengeluaran, PCX Electric (gambar atas) dengan dua bateri mudah alih di bawah pelana. Kali ini sempena CES 2018, Honda mempamerkan bagaimana pek bateri itu, dipanggil ‘Mobile Power Packs’ boleh digunakan dan dikongsikan dengan mesin lain.

Ada pelbagai barisan produk Honda dipamerkan yang menggunakan bateri sama, daripada model Kenderaan ATV hingga peranti dalaman yang dapat membawa anda dalam posisi duduk, dipanggil 3E-B18. Turut ditayangkan ialah bugi empat roda automatik, 3E-D18 yang berfungsi sebagai pekerja pembersihan untuk syarikat, termasuk melakukan tugasan kecemasan di kawasan berbahaya untuk manusia. Dan sudah tentu tidak dilupakan skuter EV, PCX Electric

BACA >>> Zero DS ZF14.4 – Streetbike Elektrik untuk Penunggang Novis, 262km Sekali Cas!

Semua kenderaan tersebut menggunakan pelbagai nombor berbeza bagi pek bateri sama. Ia samalah seperti gajet lain sedia ada yang menggunakan bateri ‘AA’ (bersaiz sama), tetapi berbeza tahap kuasa.

TUKAR GUNA MESIN LAYAR DIRI


Ideanya, menjadikan bateri sebagai bekalan kuasa mudah alih – ‘Mobile Power Pack Charge’ dan ‘Supply Portable Concept’ yang berfungsi seakan bakul beli belah, iaitu untuk diisi, bukan dibeli. Bahagian paling penting bagi keseluruhan idea itu ialah ‘Mobile Power Pack Exchanger Concept’ (Konsep Menukar Pek Kuasa Mobil). 

Konsep asasnya adalah sebuah mesin layan diri atau vending machine bagi pek bateri cas penuh. Kaedahnya sama seperti menukar tong gas kosong dengan berisi. Caranya adalah menggantikan bateri EV kosong dengan bateri cas penuh menggunakan mesin layan diri yang boleh diletakkan di mana-mana sudut jalan, premis perniagaan atau kediaman.

BACA >>> Emflux Model 1 – Superbike Elektrik Pertama India, 0-100kmj Sepantas 3 saat

Idea Honda ini nyata mampu menjawab permasalahan tentang masa menunggu lama untuk mengecas EV. Malah, turut memberikan penyelesaian kepada isu penghematan bekalan kuasa elektrik. Jika konsep ‘Exchanger’ itu terlaksana, pemilik EV tidak perlu lagi terburu-buru mengecas pantas (fast charging) kerana pek bateri cas penuh sentiasa ada sepanjang masa. Cuma bayar dan gantikan saja. Pek bateri dalam mesin layan diri itu pula dicas secara normal.

PERLU PERSETUJUAN BERSAMA

Walapun masih dalam bentuk konsep, tetapi idea yang disampaikan memang munasabah. Namun, idea berkenaan memerlukan kerjasama dengan pengeluar lain yang masing-masing perlu duduk semeja dan berbincang untuk menghasilkan model EV yang menggunakan Mobile Power Pack yang standard.

BACA >>> Motor Elektrik Sah Jadi Kelas Baharu MotoGP 2019, Walaupun Ekzos Sepoi-Sepoi Bahasa

Jika hanya kenderaan dan peranti Honda, sudah tentu idea konsep itu agak terbatas. Bayangkan pereka bateri AA mengehadkan bateri itu untuk jenama tertentu sahaja. Apapun, tetap idea yang menarik untuk diperhatikan. Harapnya harga pek bateri siap cas itu tidaklah dikira mengikut harga petrol. Setuju?

bateri EV EV Honda Honda PCX Electric Kenderaan Elektrik (EV) Mobile Power Packs PCX Electric pek bateri roda2 skuter skuter elektrik
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

20/07/2026
Auto Terkini

Volkswagen ID. Cross 2027 – Jarak Sehingga 427km, Harga Munasabah

20/07/2026
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

20/07/2026
LaLaport Transportation Hub (LTH)
Auto Terkini

LaLaport BBCC Lancar Hab Pengangkutan Baharu, Mudahkan Perjalanan Pelancong

20/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

By Shazwan Hisam16/07/2026
Roda2

Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

By Shazwan Hisam16/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

By Shazwan Hisam15/07/2026
Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

By Shazwan Hisam16/07/2026
ARC XRS x Star Wars
Aksesori

Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

By Syafie08/07/2026
HEV

Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

By Abang Hirata15/07/2026
Roda2

Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

By Shazwan Hisam07/07/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.