Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Honda Perkenal CB500F, CB500X dan CBR500R Edisi 2021 dengan Naik Taraf Minor
Roda2

Honda Perkenal CB500F, CB500X dan CBR500R Edisi 2021 dengan Naik Taraf Minor

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju10/09/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


HONDA memperkenalkan roadster CB500F, advencer CB500X, dan sportbike CBR500R sebagai barisan model 2021 dengan menampilkan kemas kini minor.

Barisan CB500 dirancang pada 2013 sebagai respon kepada krisis kewangan 2008 dan pasaran motosikal yang perlahan. Model dalam siri ini muncul lebih tradisional dalam usaha menarik minat penunggang kebanyakan, iaitu mengetengahkan rekabentuk trenkuasa dan casis yang konvensional, gaya sporty bagi setiap varian, dan dinamik casis responsif.

1. HONDA CB500F

Pada 2019, aspek teknikal CB500 dikemas kini dan dinaik taraf dari segi enjin dan casis. Bahagian roda CB500F lebih kompak dengan  jarak roda 1410mm, manakala tinggi pelana 787mm memudahkan motosikal ini diakses semua pengguna, termasuk penunggang bertubuh kecil dan novis.

Berat basah 188kg membolehkan motosikal ini mudah dikendalikan walaupun dalam halaju perlahan kerana memiliki pusat graviti rendat. Panel instrumen LCD memaparkan indikator gear dan isyarat anjakan gear. Lampu utama dan lampu belakang menggunakan LED penuh.

2. HONDA CB500X

Naik taraf serupa juga dilakukan pada CB500X. Jarak roda sedikit panjang, 1,449mm, manakala tinggi pelana 826mm kerana dipasangkan travel suspensi lebih panjang 150mm untuk menyerap bonggol jalan, khas buat penunggang off-road tahap sederhana.

Tambahan, rake paksi stereng dinaikkan daripada 25.5º kepada 27.5º untuk memberikan lebih kestabilan dalam pemanduan atas permukaan jalan kasar. Walaupun bukan jentera off-road tulen, CB500X direka untuk mudah ditunggang penunggang advencer sederhana.

Dengan rekabentuk menarik, enjin ditawarkan juga fleksibel yang mampu menjana kuasa 47hp @ 8,500rpm dan 31.5Nm @ 7,000rpm, tetapi berat basah 197kg, bertambah 12kg berbanding model F.

3. HONDA CBR500R

CBR500R pula berkongsi jumlah geometri casis yang sama dengan CB500F, tetapi rekabentuk dihasilkan sesuai untuk semua penunggang yang mahukan berjinak-jinak dengan sportbike sebenar. Umumnya, enjin kekal tidak berubah, cuma indikator anjakan gear pada panel instrumen LCD yang disetkan pada 8,750rpm, iaitu 250rpm lebih tinggi daripada kuasa puncak untuk deruman ekzos lebih mengasyikkan. Tinggi pelana 787mm dipadankan dengan posisi bar hendal clip-on untuk memberikan postur tungganan seperti pelumba jalanan.

Mengenai aspek teknikal, enjin petak kembar jenis Parallel Twin 180º (dengan gerek 67mm dan lejang 66.8mm), dinaik taraf untuk memenuhi standard emisi Euro 5. Ini boleh dikatakan evolusi terbesar dicapai Honda dengan memperhalusi penukar bermangkin (catalytic converter) dengan mufler  dwi-paip baharu. Homologasi Euro5 dan teknologi LED untuk semua lampu ialah naik taraf paling signifikan untuk 2021 selain tambahan warna baharu dan instrumen  LCD direka semual.

Hanya CB500X diumumkan untuk pasaran Amerika Syarikat (AS) sebagai model 2021 dan akan dijual pada harga AS$6,999 (RM29,030). CB500F dan CBR500R pula ditunjukkan dalam  laman web rasmi Honda sebagai model 2019 dan 2020.
GALERI

SUMBER: CycleWorld

Honda Honda CB500F Honda CB500X Honda CBR500R roda2
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    16/07/2026
    Petronas Sprinta Ladies lancar di Malaysia
    Auto Terkini

    Petronas Sprinta Ladies Lancar, Platform Baharu Perkasa Komuniti Penunggang Wanita

    16/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.