Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Honda Passport (2019) Muncul Kembali, SUV Berkuasa dengan Ciri Off-Road
Roda4

Honda Passport (2019) Muncul Kembali, SUV Berkuasa dengan Ciri Off-Road

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju20/12/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


NAMA Honda Passport agak asing didengar pengguna Malaysia kerana model crossover itu tidak dijual di negara ini. Model itu pernah berada di pasaran Amerika Syarikat (AS), tetapi sudah ditamatkan pengeluaran pada 2002, lebih 16 tahun lalu. Kini model itu mahu melakukan kemunculan semula.

Passport (2019) muncul seiring trend segmen kenderaan utiliti sukan (SUV) yang kian meningkat sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Kehadiran semula model itu di AS bakal mengisi kekosongan yang ada antara CR-V (kompak) dan Pilot (saiz pertengahan).

BACA >>> #KLIMS2018: Honda HR-V RS, Jazz dan CR-V Konsep Mugen Tarik Perhatian Ramai

ENJIN – 3.5L AWD, 280HP

Honda Passport mempertaruhkan trenkuasa 3.5L berkuasa 280hp dan tork maksimum 354Nm. Hantaran ke roda disalurkan transmisi automatik 9-kelajuan dengan sistem pacuan semua roda (AWD). Disebabkan Honda memposisikan model ini sebagai jentera dengan kemampuan off-road, ia dilengkapkan 3 mod pemanduan: Sand, Snow dan Mud.

REKABENTUK – PILOT VERSI MINI

Dari segi rekabentuk luaran, Passport (2019) lebih mirip kepada Pilot versi mini, atau CR-V yang dibesarkan. Lampu utama LED diletakkan bersama lampu siang (DRL) LED di atas yang dipisahkan kemasan gril hitam yang melintang sepanjang gril.

BACA >>> Honda CR-V (2017) Terima Tempahan Luar Biasa – Varian 1.5L Turbo Paling Laku!

Passport (2019) banyak menggunakan aksen hitam untuk rupa depan berbanding krom. Bampar depan juga siap sedia dengan lampu kabus. Bahagian sisi, aura SUV ditonjolkan menerusi pelapik badan atau body cladding hitam sekitar gerbang roda, rim 5 jejari, cermin sisi dan skirt sisi yang juga hitam. Rel bumbung juga berwarna senada – hitam.

Bahagian belakang mirip Pilot, dengan bentuk lampu kompak bentuk huruf C, mengingatkan kepada rekabentuk Freed. Rel bumbung, antena sirip yu, dan juga bampar belakang siap difuser hitam disematkan bersama dual ekzos.

KABIN – HITAM MINIMALIS


Passport (2019) cukup minimalis dengan kemasan krom. Masuk ke dalam, bentangan papan pemuka kelihatan sama seperti Pilot, bermula konsol tengah dan tombol gear hingga kawalan penyaman udara, sistem infotainment dan stereng. Apa yang berbeza, tiada lagi slot cakera padat (CD), dan tiada aksen kayu digunakan.

BACA >>> #KLIMS2018: Perodua Tayang SUV Baharu dalam Kelambu, Tarikh Lancar Belum Tahu

Passport (2019) didatangkan dengan penyaman udara zon tripel, kerusi kulit, kerusi dengan ciri pemanas, bumbung suria, konektiviti Apple CarPlay dan Android Auto, kerusi elektrik, dan 6 pembesar suara. Kemunculan semula model SUV Honda itu bakal bersaing dengan Nissan Murano, Chevrolet Blazer, Ford Edge, dan Hyundai Santa Fe.

GALERI
Crossover Honda Honda CR-V (2019) Honda Malaysia Honda Passport (2019) Honda Pilot Honda USA Roda4 SUV SUV kompak
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Dipratonton di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    24/07/2026
    Majlis pelancaran Ford Ranger Facelift 2026 | 1Utama
    Roda4

    Ford Ranger 2027 Facelift Perkenal Tiga Varian Baharu, Sudah Lebih 24,000 Unit Atas Jalan

    24/07/2026
    Denza Z9GT
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Denza Z9GT 2027 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM358,800

    23/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.