Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Honda Monkey Ikon Beatles, John Lennon Mahu Dilelong, Jualan Dijangka Lebih RM160k
Roda2

Honda Monkey Ikon Beatles, John Lennon Mahu Dilelong, Jualan Dijangka Lebih RM160k

AryonBy Aryon19/04/20181 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SEBUAH Honda Monkey yang pernah digunakan legenda muzik, mendiang John Lennon bakal dilelong dengan harga jualan dijangka mencecah lebih £30,000 (RM162,728).

Honda Z50A K1 ‘Short Tail’ keluaran 1969 itu berkapasiti 49cc dengan transmisi 3-kelajuan berkuasa 1.95hp. Jentera trail bike itu dimiliki Lennon dari 1969 hingga 1971 yang digunakan mendiang untuk meronda sekitar Tittenhurst Park, iaitu rumah agam gaya Inggeris miliknya yang disenaraikan Kerajaan Britain sebagai kediaman bersejarah Gred II di tenggara England.

Pada 1971, ketika Lennon berpindah ke New York, beliau menjual motosikal mini itu kepada Henry Graham yang kemudian dijual pula kepada pemilik sekarang, John Harington pada tahun sama.

TIADA UJIAN MOT SEJAK 2013

Sejak itu, sudah lebih 47 tahun motosikal itu dipamerkan dalam pelbagai acara dan pameran pemotoran. Status terkini berdasarkan pemeriksaan Kerajaan menunjukkan motosikal ‘monyet’ itu tidak mempunyai ujian MOT (Puspakom versi Britain) yang kali terakhir dilakukan pada Disember 2010, April 2012 dan Mei 2013.

Bagaimanapun, motosikal itu didapati tidak ke mana-mana selepas tahun akhir tersebut (2013) yang mana rekod MOT menunjukkan catatan perbatuan sama pada tahun akhir pendaftaran, 1,467 batu (2,360km).

BACA >>> Ferrari F2001 Schumacher Dilelong RM31 Juta! Pecah Rekod Kereta F1 Paling Mahal Dunia

Motosikal itu ditawarkan H&H Classics sempena acara lelongan motosikal Muzium Motosikal Kebangsaan pada 4 Mac nanti. Model itu akan dilelong tanpa sebarang restorasi dan dalam kondisi tulen seperti mana model asal. Pembeli turut diberikan fail sejarah lanjutan seperti buku log hijau, MOT lama dan surat janji temu Honda.

Ini bukan motosikal pertama milik peminat Lennon yang mahu dilelong. Pada 2008, jentera Monkey, Honda 160Z milik Ringo Starr dilelong pada harga £30,000 (RM162,728), melepasi anggaran £8,000 (RM43,394).

GALERI

 

SUMBER: H&H Classcis

Auto Terkini Beatles H&H Classics Honda Honda Monkey Honda Monkey John Lennnon Honda Z50A K1 Honda Z50A K1 'Short Tail' John Lennon lelong roda2
Aryon

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    KTM 390 Duke 2026 Untuk Jepun – Brek WP Baharu, Enjin 399cc 45PS, Harga RM20.7k

    24/07/2026
    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    24/07/2026
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Dipratonton di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    24/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.