Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Honda Malaysia Sambut 25 Tahun – Pandu Uji dan Menang Hadiah Hingga RM1 Juta*!
Auto Terkini

Honda Malaysia Sambut 25 Tahun – Pandu Uji dan Menang Hadiah Hingga RM1 Juta*!

Han OthmanBy Han Othman11/11/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Kempen Honda Test Drive & Win 1 Million

SEMPENA ulang tahun ke-25 kehadiran Honda di Malaysia, Honda Malaysia melancarkan kempen istimewa ‘25th Year Anniversary – Because of You’ yang berlangsung 1 Oktober hingga 31 Disember 2025.

Tiga bulan penuh ganjaran ini diraikan khas kepada semua peminat dan pemilik Honda seluruh negara dengan peluang memenangi enam unit kereta* baharu, rebat tunai menarik dan pelan pembiayaan istimewa serendah RM488* sebulan!

 25 Tahun Bersama Anda – ‘Because of You’

Kempen Honda Test Drive & Win 1 Million
Kempen Honda Test Drive & Win 1 Million

Tahun 2025 menandakan satu pencapaian besar buat Honda Malaysia. Dalam tempoh 25 tahun, ramai rakyat Malaysia telah memilih Honda sebagai teman perjalanan seharian mereka. Sebagai tanda penghargaan, kempen ini menawarkan pelbagai ganjaran lumayan dan program khas pelanggan setia sepanjang suku akhir tahun ini.

Test Drive & Win – Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta*!

Inilah peluang untuk anda pandu uji mana-mana model Honda dan berpeluang membawa pulang salah satu daripada enam unit kereta* baharu yang ditawarkan!

Tempoh kempen: 1 Oktober – 30 November 2025
Hadiah utama: 6 unit kereta* Honda
Cara penyertaan:

  • Satu (1) penyertaan untuk setiap sesi test drive
  • Lapan (8) penyertaan tambahan untuk setiap pendaftaran kenderaan baharu

Semua peserta layak untuk penyertaan cabutan bertuah bulanan sepanjang tempoh kempen ini. Setiap pandu uji bukan sekadar pengalaman, tetapi boleh menjadi tiket anda memiliki kereta baharu!

Maklumat lanjut boleh layari ▶️ Honda 25 Years Anniversary Test Drive & Win

Bonanza Akhir Tahun – Nikmati Rebat Tunai hingga RM17,000*

Menjelang hujung tahun, pelanggan berpeluang menikmati rebat tunai dan hadiah eksklusif hingga RM17,000* melalui beberapa program jualan khas seperti:

i. Program Kakitangan Kerajaan

  • Tempoh: 1-30 November 2025
  • Khas untuk penjawat awam (termasuk GLC)
  • Model layak: Honda City, City Hatchback, Civic, dan New HR-V
  • Ganjaran: Rebat tunai tambahan hingga RM9,500*
  • Program  ini turut diperluas kepada ahli keluarga  kakitangan Kerajaan

ii. Program H2H & H2H+ (Honda kepada Honda)

  • Tempoh: 1-30 November 2025
  • Terbuka kepada pemilik Honda sedia ada dan ahli keluarga terdekat, termasuk pemilik motosikal Honda
  • Model layak: City Hatchback, City, Civic, WR-V, New HR-V dan CR-V
  • Ganjaran: Rebat tunai atau baucar servis bernilai hingga RM17,000*

iii. Program Naik Taraf Kebangsaan (National Upgrader Program)

  • Tempoh: 1-30 November 2025
  • Model layak: Honda City, City Hatchback, WR-V dan New HR-V
  • Ganjaran:Rebat tunai atau baucar servis tambahan sebanyak RM9,500*

* Tertakluk kepada terma dan syarat

Step-Up Financing – Bayaran Bulanan Serendah RM488*

Kepada pembeli baharu yang mengutamakan bajet fleksibel, Honda memperkenalkan pelan Step-Up Financing dengan ansuran bulanan serendah RM488* untuk tahun pertama yang sesuai untuk graduan baharu, profesional muda dan penjawat awam.

Program ini dilaksanakan dengan kerjasama Public Bank yang menawarkan margin pembiayaan sehingga 90 peratus daripada harga atas jalan (OTR) berserta tempoh pinjaman hingga 9 tahun.

Contoh kadar bulanan:

  • City / City Hatchback / WR-V – RM488*
  • New HR-V – RM788*
  • Civic – RM888*
  • CR-V – RM988*

* Tertakluk kepada terma dan syarat

Datang ke Bilik Pameran Honda Berhampiran!

Kempen Honda Test Drive & Win 1 Million

Selain promosi jualan, pelanggan juga boleh menikmati:

  • Hadiah Pendaftaran Pelanggan eksklusif
  • Acara Bilik Pameran khas sempena ulang tahun ke-25
  • Ganjaran Ulang Tahun dengan rabat tunai tambahan

Kunjungi mana-mana pengedar sah Honda Malaysia berdekatan anda untuk maklumat lanjut dan rasai sendiri kehebatan model terkini seperti Honda City, City Hatchback, New HR-V, Civic, WR-V dan CR-V.

25 Tahun Bersama Rakyat Malaysia

Kempen ulang tahun ke-25 ini bukan sekadar meraikan kejayaan Honda, tetapi juga tanda penghargaan kepada rakyat Malaysia yang sentiasa menyokong jenama itu sejak 2001.

Sama ada anda mahu memenangi kereta baharu, menikmati rebat tunai besar, atau mencari pelan pembiayaan fleksibel, inilah masa terbaik untuk memandu pulang Honda impian.

Kunjungi laman rasmi Honda sini ▶️ Honda 25 Years Anniversary Test Drive & Win atau terus ke bilik pameran Honda berhampiran untuk pandu uji dan menang hari ini!

25th Year Anniversary - Because of You Auto Terkini Because of You Honda Malaysia Roda4 Step-Up Financing Test Drive & Win
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Mazda Roadster (MX-6) 2027 Untuk Jepun, Dapat Edisi Khas PS Baharu

27/06/2026
Jetour F700
PHEV

Trak Pikap PHEV Jetour F700 2027 Didedah dengan Jarak Pandu hingga 1,300km

26/06/2026
Teknologi hibrid pintar Hi4 GWM
Autotainment

Bukan Setakat Import: Kenapa GWM Hi4 Direka Khas untuk Cuaca, Jalan Raya Malaysia?

26/06/2026
Teknologi hibrid pintar Hi4 GWM
Autotainment

4WD Hanya untuk Off-Road? GWM Hi4 Buktikan Ciri Itu Lebih Penting untuk Pemanduan Harian

26/06/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

By Syafie19/06/2026
Auto Terkini

Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

By Syafie19/06/2026
Roda2

SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

By Shazwan Hisam21/06/2026
MotoGP

#MotoGP: 850cc “Lebih Seperti Motosikal Sebenar” – Augusto Fernandez

By Shazwan Hisam26/06/2026
GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
Elektrifikasi

Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

By Han Othman26/06/2026
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Apa Fungsi ‘Red Carpet’ di Jalan Raya Malaysia?

By Shazwan Hisam26/06/2026
Autotainment

Nak Pakai EV Tapi Risau Nak Cas? Inilah Cara GWM Hi4 Selesaikan Masalah ‘Range Anxiety’

By Han Othman26/06/2026
Honda N-BOX 2027
Roda4

Honda N-BOX 2027 dalam Rekabentuk N-BOX Custom yang Lebih Garang!

By Abang Hirata22/06/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.