Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Honda Malaysia Perkenal City Special Edition dengan 4 Ciri Ekstra, Harga Bermula RM76k
Roda4

Honda Malaysia Perkenal City Special Edition dengan 4 Ciri Ekstra, Harga Bermula RM76k

Han OthmanBy Han Othman29/08/20191 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


HONDA Malaysia memperkenalkan model sedan subkompak popular Honda City Special Edition yang ditawarkan dalam dua pilihan warna White Orchid Pearl (RM75,955) dan Passion Red Pearl (RM76,075). Harga adalah atas jalan tanpa insurans untuk Semenanjung Malaysia.

City Special Edition ini diberikan beberapa ciri tambahan untuk keselesaan pemiliknya seperti perakam video digital (DVR), pembaca tol terbina dalam, visor pintu dan organiser but.

BACA >>> Kenapa Orang Malaysia Minat Sangat Honda City?

Ciri DVR yang dibekalkan berfungsi merekodkan pandangan pemanduan atas jalan secara masa nyata (real-time), termasuk merakam pandangan belakang. Pembaca tol terbina dalam pula memudahkan pemandu yang kerap menggunakan laluan tol kerana tidak perlu lagi memegang dan menghala peranti Smart Tag kepada pengimbas di pondok tol. Pemandu cuma perlu memasukkan kad Touch ‘N Go dan pastikan kredit mencukupi.

Dua ciri baharu ini disambungkan terus kepada sumber kuasa kereta. Jadi tidak perlu lagi risau tentang bilakah perlu menukar bateri baharu atau membuat pendawaian asing.

City Special Edition turut didatangkan dengan visor pintu yang direka aerodinamik sebagai pelindung hujan kepada pemandu dan penumpang dalam kereta jika mahu menurunkan cermin tingkap untuk mendapatkan udara segara apabila hujan.

Akhir sekali, organiser but pula memastikan setiap barangan peribadi atau baru dibeli dapat diletakkan dengan rapi, selesa dan mudah.

Mengulas mengenai City Special Edition, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan Pengarah Urusan Honda Malaysia, Toichi Ishiyama berkata, City menjadi model segmen-B paling laris di Malaysia selama beberapa tahun.

“Sebagai cara memberikan lebih nilai kepada pembeli Malaysia yang menyokong Honda Malaysia, kami memutuskan memperkenalkan Special Edition untuk City dengan harga menarik, seiring dengan kempen Road to 900,000th Unit Milestone Campaign.

“Saya harap setiap orang dapat merebut peluang ini dan mengunjungi mana-mana 98 pengedar Honda terdekat seluruh negara untuk melihat, memandu uji dan menempah City Special Edition hari ini!” katanya.

BACA >>> 10 Fakta Perlu Anda Tahu Mengenai Honda City Facelift

Sebarang maklumat lanjut mengenai City Special Edition boleh layari laman web Honda Malaysia atau hubungi talian bebas tol 1-800-88-2020

Edisi Istimewa Honda City SE Honda City Special Edition Honda Malaysia Roda4 sedan segmen-B sedan subkompak Segmen B Toichi Ishiyama
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Porsche Cayenne Turbo Electric Dipertonton di Malaysia, Harga Anggaran RM1.2Juta!

26/07/2026
Auto Terkini

KTM 390 Duke 2026 Untuk Jepun – Brek WP Baharu, Enjin 399cc 45PS, Harga RM20.7k

24/07/2026
Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
Auto Terkini

Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

24/07/2026
Auto Terkini

Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

24/07/2026

1 Comment

  1. sewa pa system murah on 31/08/2019 22:33

    aisey..menarik la pulakkkk …

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
HEV

Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

By Abang Hirata15/07/2026
Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

By Abang Hirata20/07/2026
TnG perkenal Enhanced RFID
Auto Terkini

Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

By Shazwan Hisam22/07/2026
Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
Auto Terkini

Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

By Shazwan Hisam24/07/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

By Admin PanduLaju28/06/20211
Auto Terkini

Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

By Shazwan Hisam24/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.