Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Honda Malaysia Lancar HR-V Baharu, Tambah Varian Sport Hybrid i-DCD dan RS
Auto Terkini

Honda Malaysia Lancar HR-V Baharu, Tambah Varian Sport Hybrid i-DCD dan RS

Han OthmanBy Han Othman16/01/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


HONDA Malaysia membuka tahun baharu dengan memperkenalkan HR-V baharu, termasuk melancarkan dua varian terbaharu, iaitu HR-V Sport Hybrid i-DCD dan HR-V RS, sekali gus melengkapkan barisan famili kenderaan utiliti sukan (SUV) subkompak itu kepada empat varian.

HR-V kali pertama dilancarkan pada 2015 dan mencatatkan angka jualan positif, melebihi 72,300 unit terjual setakat penghujung 2018. HR-V turut melakarkan sejarah sebagai model SUV subkompak yang mencetuskan revolusi segmen itu sebagai kelas kenderaan paling berkembang pesat di pasaran Malaysia. Malah, HR-V sendiri menguasai 81 peratus perkongsian pasaran SUV subkompak sejak dilancarkan dan  mengekalkan kedudukan nombor satu buat kali ketiga berturut-turut.

BACA >>> #KLIMS2018: Honda HR-V RS, Jazz dan CR-V Konsep Mugen Tarik Perhatian Ramai

HR-V SPORT HYBRID i-DCD – RM120,800

Malaysia ialah satu-satunya negara luar Jepun yang memperkenalkan HR-V Hybrid baharu dengan teknologi Sport Hybrid i-DCD termaju. Honda turut menjadi pengeluar automotif pertama Malaysia yang melancarkan varian hibrid untuk SUV subkompak pasaran massa.

HR-V Sport Hybrid i-DCD kini sebagai tambahan baharu dalam barisan model hibrid Honda Malaysia, juga pengeluar selain Jepun memperkenalkan sistem hibrid dengan pacuan dual-klac pintar (i-DCD) untuk SUV subkompak. Selain HR-V Hybrid, Honda Malaysia sebelum ini pernah melancarkan model Hybrid i-DCD menerusi model Jazz Hybrid, dan City Hybrid.

HR-V Sport Hybrid i-DCD dikuasakan enjin 1.5L DOHC i-VTEC  dengan suntikan terus yang memberikan lonjakan prestasi memuaskan dengan kecekapan bahan api memuaskan. Padanan transmisi dual-klac (DCT) 7-kelajuan dan Motor Kuasa Tinggi Bersepadu/ Integrated High Power Motor (IHPM).

Kombinasi kuasa daripada enjin dan motor yang dibantu bateri lithium-ion kuasa tinggi memberikan SUV hibrid ini prestasi yang menyamai enjin 2.0L dengan respon pantas dan pemanduan menyeronokkan. Sistem Sport Hybrid i-DCD membolehkan model ini memindahkan kuasa dari bateri kepada motor dalam Mod EV yang memberikan pemanduan lebih jimat.

Teknologi Sistem Brek Servo Elektrik (ESBS) pula menambah baik penjanaan semula tenaga, manakala sistem penyaman udara menggunakan Kompesor Pacuan Elektrik Sepenuhnya (FEDC)  memberikan keselesaan optimum kepada pemandu dan penumpang. Ciri eksklusif lain dimiliki SUV hibrid ini ialah kluster meter Paparan Multi-Info (MID) 3D bercahaya, Shift-by-Wire dan Mod Sport.

Menariknya, bateri HR-V Sport Hybrid i-DCD ini diberikan waranti 8 tahun tanpa had perbatuan!

HR-V RS – RM124,800

Bersama varian Hybrid, Honda Malaysia turut melancarkan HR-V RS bagi melengkapkan famili HR-V kepada empat varian sepanjang tahun ini: Hybrid, RS, V dan E. Ini juga kali pertama Honda Malaysia memperkenalkan varian RS untuk pasaran tempatan.

Spesifikasi HR-V RS dikuasakan enjin 1.8L SOHC i-VTEC dengan kotak gear CVT Earth Dreams Technology yang memberikan keseimbangan prestasi dan penjimatan bahan api, serta dilengkapkan ciri baharu, iaitu sistem stereng Nisbah Gear Variabel (VGR) untuk pemanduan lebih sporty. 

Menyerikan rupa HR-V RS ini ialah rim aloi dwi tona 18 inci, dan rekabentuk gril depan sporty serta bampar depan dan belakang hitam yang menyerlahkan lagi personaliti lasak SUV ini.

BACA >>> HR-V RS Muncul dalam Laman Web Honda Jepun, Sudikah Masuk Malaysia?

Ciri khas lain HR-V RS ialah sama seperti varian V, iaitu kerusi elektrik 8-tetapan sebelah pemandu, kerusi kulit, dan kamera Honda Lane Watch, kamera pandang belakang multisudut (MARC), kawalan jelajah dan pedal syif. Ini termasuk dilengkapkan ciri standard HR-V baharu: 6-beg udara, Signal Henti Kecemasan (ESS), Bantuan Stabiliti Kenderaan (VSA), Bantuan Mula Daki (HSA) dan pautan ISOFIX.

PAKEJ AKSESORI, WARNA BAHARU

Ada lima pilihan warna ditawarkan HR-V baharu: Passion Red Pearl (warna baharu), Modern Steel Metallic, Lunar Silver Metallic, Ruse Black Metallic, dan White Orchid Pearl. Pemilik HR-V juga ditawarkan pakej aksesori menarik seperti berikut:

  • Modulo – RM5,737
  • Urban – RM1,716
  • Utility – RM902

Berikut harga HR-V baharu:

  • HR-V (E) – RM108,800
  • HR-V (V) – RM118,800
  • HR-V RS – RM124,800
  • HR-V Sport Hybrid i-DCD – RM120,800

* Harga atas jalan tidak termasuk insurans

Pelanggan boleh mengunjungi mana-mana 97 pengedar sah Honda untuk melihat, memandu uji dan menempah HR-V baharu. Sebarang pertanyaan boleh hubungi talian bebas tol 1-800-88-2020 atau log masuk www.honda.com.my

GALERI
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

LaLaport BBCC Lancar Hab Pengangkutan Baharu, Mudahkan Perjalanan Pelancong

17/07/2026
Auto Terkini

Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

16/07/2026
Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

16/07/2026
Auto Terkini

Rezeki Bermula Sebotol Air, Dua Pembeli Raih Hadiah Utama Tunai RM135,000

16/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

By Shazwan Hisam16/07/2026
Roda2

Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

By Shazwan Hisam16/07/2026
ARC XRS x Star Wars
Aksesori

Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

By Syafie08/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

By Shazwan Hisam15/07/2026
Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

By Shazwan Hisam16/07/2026
Roda2

Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

By Shazwan Hisam07/07/2026
Konsep kapal boleh terapung atas air
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

By Shazwan Hisam09/07/2026
ZXMoto 820RR-R 2027
Roda2

ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

By Shazwan Hisam08/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.