Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Honda Malaysia Buka Pusat Servis 3S Terbesar di Kuching, Mampu Servis 50 Kereta Sehari!
Auto Terkini

Honda Malaysia Buka Pusat Servis 3S Terbesar di Kuching, Mampu Servis 50 Kereta Sehari!

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju04/11/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


HONDA Malaysia mengumumkan pembukaan Pusat Servis 3S terbaharu di bandar Kuching yang di bawah urus selia Northmont Capital.

Cawangan pusat servis itu terletak di Petra Jaya yang memanfaatkan penduduk sekitar kawasan utara dan selatan Sungai Sarawak. Pembukaan itu juga meningkatkan jumlah cawangan Honda Malaysia yang ke-14 unit di wilayah Malaysia Timur.

Pusat servis terbaharu seluas 2,339 meter persegi itu menelan belanja hampir RM15 juta yang dibina atas kawasan berkeluasan 4,711 meter persegi, sekali gus menjadi Pusat Servis 3S Honda terbesar di bandar Kuching.

Premis itu dilengkapi 12 ruang kerja servis, tiga ruang baik pulih biasa dan satu ruang servis tayar yang mampu menampung jumlah kira-kira 50 kenderaan diservis setiap hari. Beberapa kemudahan turut disediakan buat pelanggan seperti ruang menunggu selesa, perkhidmatan WiFi percuma, dan ruang kanak-kanak bermain.

BACA >>> Honda Malaysia Bakal Lancar Dua Model Baharu, Teroka Bisnes Kereta Terpakai

Premis itu juga menyediakan perkhidmatan memperbaharui cukai jalan dan insurans, servis cuci kenderaan, dan servis penyaman udara, termasuk imbangan dan penjajaran (balancing and alignment) tayar.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Honda Malaysia, Hironobu Yoshimura berkata;

Tahun ini, wilayah Timur Malaysia mencatat prestasi jualan memberangsangkan dengan menyumbang 5 peratus kepada jumlah jualan Honda Malaysia sejak Januari hingga September 2022. Daripada 5 peratus itu, Sarawak menyumbang 3 peratus.

“City ialah model paling laris di Sarawak, menyumbang 22 peratus kepada jumlah jualan di wilayah tersebut. Model Honda HR-V serba baharu yang dilancarkan pada Julai 2022 menerima sambutan menggalakkan di Sarawak dengan lebih 200 unit dijual.

“Honda Malaysia menitikberat servis selepas jualan untuk memberikan pengalaman terbaik kepada pemilik Honda. Hingga kini Sarawak mencatatkan hampir 40,000 pengambilan servis, meningkat 17 peratus berbanding 2021.

“Dengan pembukaan Pusat Servis 3S terbaharu, saya yakin ia boleh memberi perkhidmatan selepas jualan diperlukan pelanggan di Kuching.”

Pelanggan merancang membuat tempahan janji temu dengan Northmont Capital (Pusat Servis 3S Honda) boleh menghubungi talian 082-258 400, 082-258 500 atau 082-251 900.

Pelanggan juga boleh mengunjungi terus premis berkenaan di  Lot 13105, Sec 65, KTLD, Jalan Tun Abdul Rahman Yaakub, Kuching Sarawak atau melayari laman web www.honda.com.my untuk maklumat lanjut.

BACA >>> Baru Enam Bulan, Honda Malaysia Jual Lebih 39k Unit Kenderaan, City Kekal Paling Laris
BACA >>> Honda Malaysia Buka Tempahan Civic e:HEV RS, Enjin 2.0L, Harga Masih Misteri
BACA >>> PERHATIAN!!! Honda Malaysia Panggil Balik 1,527 Unit City, City Hatchback, BR-V dan HR-V!

Auto Terkini Hironobu Yoshimura Honda Malaysia Malaysia Timur Northmont Capital Honda Pusat Servis 3S Honda
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Porsche Cayenne Turbo Electric Dipertonton di Malaysia, Harga Anggaran RM1.2Juta!

    26/07/2026
    Auto Terkini

    KTM 390 Duke 2026 Untuk Jepun – Brek WP Baharu, Enjin 399cc 45PS, Harga RM20.7k

    24/07/2026
    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    24/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Majlis pelancaran Ford Ranger Facelift 2026 | 1Utama
    Roda4

    Ford Ranger 2027 Facelift Perkenal Tiga Varian Baharu, Sudah Lebih 24,000 Unit Atas Jalan

    By Han Othman24/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.