Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Honda Kongsi Foto Baharu Civic Type R (2023) yang Lebih Jelas, Terperinci!
Auto Terkini

Honda Kongsi Foto Baharu Civic Type R (2023) yang Lebih Jelas, Terperinci!

Abang HirataBy Abang Hirata15/12/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KETIKA Honda meraikan kejayaan dalam Formula Satu (F1) dan pembukaan tempahan Civic serba baharu di pasaran tempatan, pengeluar automotif dari Jepun itu mendedahkan beberapa foto Civic Type R (2023).

Foto itu dirakamkan di Litar Suzuka, Jepun yang menjadi lokasi ujian terbaharu selepas berkongsi gambar di Nürburgring, Jerman, Oktober lalu.

BACA >>> Renault Megane RS Trophy-R (2019) Pecah Rekod Type-R di Nürburgring, 7:40.1 minit!
BACA >>> Honda Civic Type R (2023) Sedang Diuji Di Litar Nurburgring, Debut Tahun Depan

Civic RS (2022) yang baru buka tempahan di Malaysia

Kini Honda bermurah hati ‘membelanjakan’ lebih banyak foto model prestasi yang bakal dilancarkan tahun depan. Foto kali ini lebih terperinci hingga menampakkan garis rekabentuk bampar depan dan belakang. Berdasarkan foto itu juga dapat dibayangkan Civic Type R (2023) seperti sudah hampir siap dan mungkin tinggal kerja penalaan akhir.

Berikut apa dapat dihuraikan daripada foto Civic Type R (2023):

  • Bukaan ruang ambila udara bampar  lebar dan besar. Nampak seperti lebih lebar berbanding Civic Type R FK8R.
  • Fender lebih mengembang daripada Civic Hatchback.
  • Ventilator udara pada sisi fender hanya pada paras roda atau lebih rendah daripada Civic Type R FK8R.

  • Kaliper brek merah Brembo.
  • Rekaan rim seakan mirip Civic Type R FK8R dengan tayar Michelin.

  • Ekzos belakang kekal tiga muncung dengan saiz besar di tengah. Model terdahulu cuma dua muncung besar di kanan dan kiri. Rekaan difuser belakang pula seperti Civic Type R FK8R.
  • Rekabentuk spoiler lebih sederhana.

  • Ada spoiler bumbung, tetapi terlalu kabur untuk disahkan. Foto sebelum ini tiada spoiler.

  • Corak kamoflaj pada badan kereta menampilkan model Type R terdahulu.
  • Turut kelihatan sebelah kereta ialah Ketua Projek Civic Type R FK8R, Hideki Kakinuma, yang juga terlibat dalam pembangunan Civic Type R generasi keenam.

Selain luaran, Honda tidak berkongsi foto ruang dalaman. Biasanya Civic Type R dirias kemasan aksen merah. Mengenai enjin pula, Honda dijangka mengekalkan nadi 2.0L VTEC Turbo K20C1 dengan padanan transmisi manual 6-kelajuan.

Cuma kuasa dan ketangkasan masih menjadi tanda tanya, sama ada lebih berkuasa atau tidak. Sebagai makluman, Civic Type R FK8R mempunyai kuasa 306hp dan tork 400Nm. Turut menjadi tanda tanya, adakah Civic Type R (2023) baharu ini dapat mencatatkan rekod baharu di Nürburgring seperti model terdahulu?

Rekod Civic Type R FK8R sudah dileburkan Renault Megane R.S Trophy-R pada 2019 dan pasti menarik jika Honda dapat ‘menapau’ kembali rekod tersebut.

BACA >> Honda Tayang StepWGN (2022) Serba Baharu yang Masih Gaya Kotak!
BACA >> #BikinKereta: Jentera Lumba Civic Si Ini Sentuhan Divisyen Permotoran Honda Amerika

Honda Civic Type R 2023
Honda Civic Type R 2020 (UK)
Honda Civic Type R 2020

 

Honda Honda Civic Honda Civic Type R Honda Civic Type R 2023
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Opel Bekerjasama Dengan Leapmotor Untuk SUV Baharu!

    09/05/2026
    Auto Terkini

    EON & Sahabat Autofest 2026 Kembali Lebih Besar dengan Lapan Jenama, Lancar Portfolio Kereta Sewa Budget!

    08/05/2026
    HEV

    Toyota Yaris Cross Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM99,900!

    08/05/2026
    Aksesori

    Bridgestone Lancar Potenza Adrenalin RE005 di Malaysia, Harga Mula RM351!

    08/05/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda4

    MG Motor Malaysia Rai Ulang Tahun ke-2, Lancar Model CKD Pertama – MGS5 EV, Harga RM116,900

    By Han Othman06/05/2026
    EON & Sahabat Autofest 2026
    Auto Terkini

    EON & Sahabat Autofest 2026 Kembali 8 – 10 Mei Ini dengan Hadiah Proton e.MAS 7!

    By Han Othman05/05/2026
    Auto Terkini

    MyJPJ Guna MyDigital ID Sepenuhnya Bermula 1 Mei 2026

    By Shazwan Hisam30/04/2026
    EON & Sahabat Autofest 2026
    Auto Terkini

    EON & Sahabat Autofest 2026: Festival Automotif Terbesar Kembali dengan Tawaran Hebat, Hadiah Proton e.MAS 7!

    By Han Othman05/05/2026
    Roda2

    EZI RAY 01 Lancar Di Malaysia – Harga Serendah RM2,288 Dengan Rebat Mforce.Cas

    By Shazwan Hisam30/04/2026
    Roda4

    Jetour T1 Kini Dibuka untuk Tempahan, Dua Varian Tersedia, Harga Mula RM143,800!

    By Syafie30/04/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    IONIQ 5 N, IONIQ 6 N Buka Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM450k, RM460k

    By Syafie06/05/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.